Mumia di China? Kalau korang anggap yang ni mumia yang sama dari Mesir, jangkaan korang langsung tak tepat. Mumia ni jauh beza dengan mumia-mumia firaun Mesir tu.
Pada tahun 1990, beratus-ratus mayat yang dah 4,000 tahun ditemui terkubur dalam bot di kawasan gurun di Wilayah Xinjiang, China.
Mayat-mayat yang seumpama mumia ni dikenali sebagai Mumia Lembah Tarim, diorang diuji secara genetik dan saintis jumpa asal-usul mumia misteri ni.
Badan dan pakaian mumia masih utuh walaupun dah berusia sehingga 4,000 tahun. Ciri-ciri wajah dan warna rambut pun masih kelihatan. Mayat-mayat ni terawet secara semulajadi disebabkan udara gurun yang kering.
Mumia-mumia ni ditemui terkubur dalam peti berbentuk bot yang dilapik dengan kulit lembu.
Pakaian diorang nampak macam orang luar dari China sebab diorang tinggi, pakai topi bulu kambing biri-biri dan kasut kulit. Sesetengah daripada diorang pun berambut perang.
Bila kajian DNA dah dibuat, barulah dapat diketahui yang diorang ni memang penduduk tempatan kawasan tu. Diorang mungkin hidup sekitar tahun 2,100 hingga 1,700 SM.
Mumia Lembah Tarim ni kelihatan macam penduduk purba yang lenyap di Eurasia selepas Zaman Air Batu terakhir yang menjadi nenek moyang kepada orang-orang Asli yang tinggal di Siberia dan Amerika harini.
Orang-orang yang duduk sekitar 400 kilometer dari Lembah Tarim ni pun ada DNA yang sama dengan mumia ni.
Rupanya 4000 tahun yang dulu, nenek moyang diorang dah menenun baju sejuk, bina sistem pengairan, tanam gandum dan gembala biri-biri serta menyusukan lembu untuk membuat keju berdasarkan apa yang ditemui sekitar kawasan mumia tu dijumpai.
Begitulah sedikit sebanyak yang kita dapat tahu berkaitan sesebuah tamadun apabila kita menemui peninggalan arkeologi yang masih boleh dikaji untuk tatapan generasi baru.
Oleh: Azizul Farhan
___
Jangan lupa KLAB akan berlansung tak lama lagi! Di sana kami lancarkan buku baru kami iaitu TAMADUN UNTUK PEMULA yang bakal bawa korang meneroka 30 buah kaum dan tamadun yang gemilang! Sementara tunggu, kami sediakan bab-bab percuma hanya untuk korang! Mari dapatkan di sini: https://thepatriots.store/feb24/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih