Siapa sangka, kegagalan seseorang dalam usaha mahu lulus peperiksaan perkhidmatan awam boleh membawa kepada salah satu peristiwa politik terpenting dalam sejarah China: Pemberon.takan Taiping. Pergolakan sosial dan keagamaan pada pertengahan abad ke-19 ini didalangi oleh Hong Xiuquan, yang dilahirkan pada tahun 1814 di Wilayah Guangdong, China.
Pergelutan Hong dalam bidang akademik menjadikan dia seorang yang fanatik keagamaan dan dia memimpin golongan petani di tenggara China dalam gerakan besar-besaran yang mengancam kuasa pemerintahan dinasti Qing hingga menyebabkan berjuta nyawa melayang.
Keluarga Hong tergolong dalam kumpulan etnik Hakka terpinggir, yang berasal dari utara China tetapi berhijrah ke wilayah selatan pada abad ke-13. Orang Hakka mengekalkan budaya mereka sendiri yang berasingan dan tak pernah berasimilasi sepenuhnya dengan budaya tempatan di selatan China. Tradisi dan bahasa mereka tetap berbeza.
Keluarga dan rakan Hong Xiuquan melihat potensi besar dalam dirinya dan berbelanja besar untuk membiayai pendidikannya. Sekiranya dia lulus dalam peperiksaan perkhidmatan awam Confucianisme, Hong boleh menjadi pegawai kerajaan, yang akan membawa kekayaan dan prestij kepada bangsanya.
Untuk mengambil peperiksaan, Hong terpaksa merantau ke ibu kota wilayah, Guangzhou. Dia mengambil peperiksaan buat pertama kali pada tahun 1827 tetapi gagal, lalu pulang ke kampung dan bekerja sebagai guru sekolah.
Hong tak berputus asa dan dia merantau ke ibu kota sebanyak dua kali lagi untuk mengambil peperiksaan, namun kedua-duanya gagal dan dia mengalami gangguan sistem saraf selepas cubaannya pada tahun 1837.
Semasa jatuh sakit, dia mendakwa telah mengalami visi yang membawa dia ke ‘alam di sebalik mata’ di syurga dan bercakap dengan dua orang yang suci, seorang berjanggut emas, seorang lagi dia kenali sebagai abangnya.
Mereka memberi amaran kepada Hong tentang dunia yang telah dikuasai oleh syaitan. Selepas sembuh, Hong kembali mengajar.
Hong mengambil peperiksaan perkhidmatan awam untuk kali keempat dan yang terakhir pada tahun 1843 dan gagal lagi.
Dengan penuh kekecewaan, dia merujuk beberapa risalah yang diberikan oleh mubaligh Kristian semasa dalam salah satu lawatannya ke ibu kota sebelum itu. Mubaligh barat adalah biasa di China pada waktu itu, dan Hong pernah bersemuka dengan beberapa orang daripada mereka.
Dengan risalah itu, Hong menerapkan teologi Kristian dengan visinya dan percaya bahawa lelaki berjanggut itu adalah Tuhan, abangnya pula sebagai Jesus, dia percaya dirinya adalah anak kedua Tuhan yang telah diutuskan untuk menyelamatkan China daripada syaitan dalam bentuk dinasti Qing. Dia memeluk agama Kristian dan mula menyebarkan ajarannya sendiri di rantau ini.
Bangsa Manchu menggulingkan dinasti Ming dua abad sebelum itu dan menubuhkan dinasti Qing. Di bawah pemerintahan Qing, populasi China meningkat tiga kali ganda, tetapi pada tahun 1800-an, Qing dicabar oleh realiti rev.olusi perindustrian dan kekuatan kuasa Eropah yang semakin meningkat.
Semasa tempoh kebangkitan Hong, dinasti Qing telah dikalahkan oleh British dalam Per.ang Can.du Pertama yang berakhir pada tahun 1842. China terpaksa akur dengan perjanjian perdagangan yang berat sebelah dan menyerahkan wilayah, termasuk Hong Kong.
Kekalahan yang memalukan ini, bersama dengan kemerosotan ekonomi dan kesan idea Kristian dan demokrasi barat turut menyumbang dalam mencetuskan ketegangan.
Hong Xiuquan mula menyebarkan Kristian mengikut tafsirannya sendiri di kalangan kalangan orang terdekatnya dan mula menarik ramai pengikut, termasuk organisasi sama dari wilayah Guangxi. Di sana, sebilangan besar petani yang kebanyakannya etnik Hakka melihat ada harapan dan matlamat dalam ‘visi’ Hong.
Musuh-musuh politik Qing juga melihat Hong sebagai wadah yang baik untuk menentang rejim Qing. Pada tahun 1851, apabila pergerakan itu telah menarik beribu-ribu pengikut, Taiping Tianguo (Kerajaan Keamanan Besar Dari Syurga” ditubuhkan dengan Hong sebagai pemimpin agama dan politik.
Gerakan Taiping tidak lama kemudian mengaturkan diri mereka dan bersedia untuk beraksi. Sebagai tambahan kepada doktrin Kristian, mereka percaya bahawa lelaki dan wanita adalah sama, semua harta harus dimiliki dan diagihkan secara lazim, idea seakan sosialisme yang menarik minat petani miskin, buruh, dan pelombong di rantau ini.
Seluruh ahli adalah tentera kerajaan ‘syurga’, tanpa mengira asal usul dan latar belakang sosial mereka. Jumlah mereka yang semakin meningkat membimbangkan pegawai Qing, dan kerajaan Qing mengerahkan tentera untuk menyer.ang pada tahun 1851. Tentera Taiping berjaya mengalahkan mereka.
Dalam setahun, keahlian Taiping mencecah angka sejuta. Mengatasi tentangan demi tentangan dari Qing, Taiping mengasak ke timur laut, menyerap lebih ramai rekrut semasa mereka menuju ke lembangan Sungai Yangtze.
Pada bulan Mac 1853, Taiping yang berjumlah sekitar dua juta orang men.awan kota Nanjing, yang dinamakan semula sebagai Tianjing, bermaksud “ibu kota syurga.” Kejatuhan kota utama ini menjadi tamparan padu terhadap dinasti Qing. Dengan tertubuhnya negara pemberon.tak, Qing cuba untuk menghancurkannya.
Hong sementara itu merancang untuk menyatukan kuasa Kerajaan Taiping dan mahu melancarkan Ekspedisi Utara untuk menak.luki ibu kota Qing di Beijing.
Pasukan Tianjing meninggalkan Nanjing pada Mei 1853 dan merancang untuk merekrut lebih ramai pengikut dengan berdakyah di sepanjang perjalanan namun gagal kerana perancangan strategi yang kekok dan melemahkan semangat peserta.
Pada tahun 1855, Taiping mula berundur. Kegagalan Ekspedisi Utara nampaknya menandakan kejatuhan mereka, tetapi Kerajaan Taiping terbukti amat tahan lasak dengan beberapa kemenangan militari ke atas tentera Qing.
Tentera Qing berjaya mengepung Nanjing, tetapi Per.ang Can.du Kedua yang meletus antara Qing, British dan Perancis telah mengalihkan tumpuan Qing dalam menundukkan pemberon.takan sepenuhnya.
Walaupun mencipta kejayaan di medan per.ang, tipu muslihat dan perbezaan pendapat melanda pentadbiran Taiping. Situasi mental Hong Xiuquan semakin merosot, mendorong beberapa jeneral dan penasihatnya untuk mencabarnya. Usaha mereka gagal, dan proses pemutihan yang ga.nas menyusul pada tahun 1856.
Ketidakstabilan politik yang berterusan dan beberapa kekalahan ketara, seperti kekalahan Taiping pada 1857 di tangan tentera Qing di Ruizhou, melemahkan lagi pemberon.takan itu.
Pada tahun 1859, Hong Rengan, sepupu Hong Xiuquan, merangkap salah seorang pengikut terawalnya, mengambil alih kuasa dan kawalan pergerakan itu. Dia berhasrat untuk memodenkan kerajaannya mengikut garis demokrasi barat.
Hong Rengan menggubal pembaharuan dalam pendidikan dan mengha.ramkan pelac uran, perdagangan hamba, dan Can.du. Beliau juga membuka sempadan Taiping untuk berdagang dengan pedagang asing.
Walaupun mencapai beberapa kemajuan yang signifikan dalam tempoh ini, nasib Taiping telah termeterai oleh kekalahan Qing dalam Per.ang Can.du Kedua pada tahun 1860. Setelah sekali lagi terpaksa tunduk kepada kuasa Eropah, Qing mendapati bahawa bekas musuh mereka itu bersedia menawarkan bantuan dalam menamatkan Pemberon.takan Taiping.
Pemberon.tak menimbulkan ancaman yang besar terhadap kepentingan ekonomi Eropah di China kerana cubaan mereka yang kerap (tapi gagal) untuk menak.luk Shanghai. Pengembara asing, seperti Frederick Townsend Ward dari Amerika Syarikat dan Charles Gordon dari Britain memainkan peranan penting dalam menangkis ser.angan Taiping ke atas pelabuhan.
Peningkatan kerjasama antara kuasa barat dan pemerintah Qing menjadi faktor untuk pemimpin tentera yang berpengaruh seperti Zeng Guofa mula memodenkan tentera Qing.
Taiping ada berjuta-juta tentera, tetapi mereka terputus sumber makanan di dalam kota yang dikepung. Ketiadaan makanan untuk tentera lebih dahsyat daripada ribuan musuh mengepung kota.
Apabila Hong Xiuquan dimaklumkan perkara ini, dia tidak ambil peduli dan mengatakan bahawa rakyat boleh makan “ganlu” (sejenis herba teh manis).
Namanya semacam herba kayangan, tetapi ia sebenarnya adalah sejenis rumpai tanah. Sesetengah orang berpendapat ia tidak boleh dimakan, tetapi Hong Xiuquan berkata: “Baiklah, aku akan makan dahulu.”
Selepas itu, Hong hanya makan makanan yang diperbuat daripada rumpai ini sepanjang hari, dan akhirnya dia kerac.unan dan m.ati akibat sak.it pada tahun berikutnya.
Sebelum meninggal dunia, Hong Xiuquan masih sempat untuk meninggalkan ‘visinya kepada semua orang: “Aku akan pergi ke syurga dan menerima tentera syurga daripada bapa dan abang aku untuk menjaga Tianjing.”
Nanjing bertahan selama dua tahun dalam pengepungan, tetapi pada tahun 1864 kejatuhannya semakin jelas. Pada bulan Jun tahun itu, Hong Xiuquan meninggal dunia. Sebulan kemudian pasukan Qing memasuki Nanjing dan merebut kota itu. Pemberon.tak diburu, ditangkap dan dibu.nuh. Pemberon.takan telah berakhir.
Setiap saki baki penentangan Taiping telah dihapuskan, tetapi legasi Taiping adalah mendalam dan berkekalan. Kuasa dinasti Qing sudah sangat lemah akibat per.ang dan pemberon.takan sehingga berakhirnya Qing selaku dinasti imperial-feudalis terakhir di China pada tahun 1911.
Segala-galanya berubah selepas Republik China ditubuhkan. Setiap peraturan yang ditinggalkan bangsa Manchu telah diubah, manakala sistem egalitarianisme peninggalan Taiping terus memberi inspirasi sejauh hingga era Parti Komunis China yang akan berkuasa pada 1940-an.
RUJUKAN:
Jen, Yu-Wen (1973), The Taiping Rev.olutionary Movement, Yale University Press.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih