‘Amul al-Huzn atau Tahun Kesedihan merupakan tahun wafatnya Abu Talib dan Khadijah, dua orang yang sentiasa menyokong dakwah Rasulullah (saw). Tahun tersebut ialah ketika tahun ke-10 kenabian bersamaan 619 atau 620M.
Abu Talib iaitu bapa saudara Nabi Muhammad (saw) yang membesarkan baginda setelah kematian datuknya, Abdul Muttalib. Beliau merupakan pemimpin suku Bani Hashim serta menjadi pelindung kepada Rasulullah. Menurut kebiasaan di Mekah waktu itu, perlindungan suku tak boleh dilanggar, sehingga musuh tak boleh cederakan Nabi Muhammad.
Sa’id bin al-Musayyab menceritakan apabila Abu Talib nazak, Rasulullah (saw) pergi kepadanya. Abu Jahal dan ‘Abdullah bin Abi Umayyah al-Mughirah bersama Abu Talib ketika itu. Rasulullah meminta pakciknya melafazkan syahadah.
Abu Jahal dan ‘Abdullah bin Abi Umayyah bertanya adakah Abu Talib membenci agama Abdul Muttalib? Rasulullah terus meminta pakciknya melafazkan syahadah sehingga Rasulullah berkata; “Sesungguhnya demi Allah! Aku akan meminta ampun untuk engkau selagi aku tidak dilarang daripadanya.” Selepas itu Allah s.w.t menurunkan ayat:
Maksudnya: Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka
(At-Taubah : 113)
Dan Allah s.w.t menurunkan berkenaan Abu Talib, Allah mengatakan kepada Rasulullah (saw),
Maksudnya: Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)
(Al-Qasas : 56)
Kematian Abu Talib menyebabkan Rasulullah tak lagi dijamin keselamatannya oleh suku sendiri. Jawatan Abu Talib disandang oleh Abu Lahab yang keras menentang perjuangan Rasulullah (saw).
Tak lama selepas kematian Abu Talib, isteri Rasulullah (saw) iaitu Khadijah binti Khuwailid kembali ke rahmatullah di bulan Ramadan sekitar usia 65 tahun.
Saidatina Khadijah (ra) pernah diiktiraf oleh Rasulullah (saw) sebagai wanita terbaik melalui hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bin Abu Talib (ra):
Maksudnya: “Wanita terbaik yang pernah ada ialah Maryam binti Imran dan Khadijah.”
Sahih al-Bukhari (3432) dan Sahih Muslim (2430)
Saidatina Khadijah (ra) sentiasa ada untuk Rasulullah (saw) disaat Baginda dalam kesusahan, membantu Baginda menyebarkan dakwah, memberikan kasih sayang sepanjang bersamanya.
Kejadian ini tak lama selepas boikot yang dilakukan oleh Quraisy terhadap umat Islam. Penduduk Mekah dilarang untuk berniaga dan menjalankan urusan dengan umat Islam dan menyebabkan kekurangan makanan dan mungkin menyebabkan kematian Khadijah.
Atas kedukaan yang dirasai Rasulullah (saw), Baginda keluar ke Taif dengan harapan penduduknya akan menyahut seruannya dan membantu menghadapi kaum Quraisy, malang bila tiada siapa yang mahu menyokong dan ditentang dengan sangat teruk.
Baginda menamakan tahun tersebut sebagai Tahun Kesedihan. Tahun Kesedihan dan Isra Mikraj ada kaitan yang rapat kerana ibadat solat menjadi sumber kekuatan baru buat Rasulullah (saw).
Oleh: Azizul Farhan
…
Rasulullah SAW menghadapi pelbagai liku dan cabaran dalam menyampaikan dakwah. Bacalah KITAB TAMADUN ISLAM untuk menghayatinya. Cepat borong di Shopee kami: bit.ly/ktislam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.