Masa terluang yang ada waktu Lockdown ni, penulis sering menonton filem, terutamanya filem-filem lama. Pada satu malam, selepas menonton filem The Towering Inf.e.rno yang diterbitkan pada 1974, penulis teringat sebuah kejadian yang berlaku di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Pulau Pinang.
Menara KOMTAR, Pulau Pinang merupakan kebanggaan buat rakyat negeri itu. Kedudukannya yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Georgetown berfungsi sebagai pejabat-pejabat kerajaan, selain daripada tarikan pelancong.
Menara KOMTAR suatu ketika dahulu merupakan bangunan tertinggi di Malaysia sebelum dipintas oleh Menara Maybank pada 1988. Setelah siap dibina pada 1985, menara KOMTAR merupakan menara tertinggi di Asia, selepas Menara Sunshine 60 di Tokyo.
Pada 1 Januari 1974, bermulah pembinaan buat menara yang menjadi kebanggan buat rakyat Pulau Mutiara itu. Akan tetapi, pada tahun 1983, satu kem.a.langan telah berlaku. Semasa pembinaan menara sudah mencapai tingkat 47, satu keb.akaran besar telah berlaku di tingkat 43. Diceritakan bahawa, kebaka.ran ini berpunca dari seputung rokok yang tidak dima.tikan dengan betul.
Kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 8 malam. Pasukan bomba dari Seberang Perai turut membantu di dalam operasi memadamkan keb.a.k.a.ra.n tersebut. Pada ketika itu, pasukan bomba dari Seberang Perai itu menaiki feri untuk sampai ke Georgetown kerana pada masa itu, Jambatan Pulau Pinang masih dalam proses pembinaan.
Pasukan bomba akhirnya berjaya memadamkan .a.pi pada awal pagi berikutnya walaupun mengalami kesukaran kerana kejadian itu berlaku di tingkat yang tinggi.
Walaubagaimanapun, tiada kem.alangan jiwa dilaporkan dan berita ini telah menjadi tular bukan sahaja di Malaysia, malah di serantau negara ini kerana ia melibatkan salah sebuah bangunan tertinggi di Asia dan kejadian ini merupakan antara keb.a.karan bangunan terteruk di Asia pada ketika itu.
Disebabkan kedudukan Pulau Pinang yang berhampiran dengan Indonesia yang terletak di dalam Lingkaran .A.p.i Pasifik, penghuni KOMTAR juga turut merasai gegaran sekiranya berlaku gempa bumi di negara jiran itu. Semasa kejadian tsunami yang melanda Aceh pada 2004, gegaran turut dirasai di KOMTAR dan Pulau Pinang. Walaubagaimanapun, KOMTAR masih utuh dan kekal berdiri.
Pada 2016, berlaku sebuah keba.ka.ran turut berlaku di premis perniagaan di KOMTAR dan pasukan bomba berjaya memadamkan ..a..pi tersebut dalam tempoh 10 minit. Kebak.a.ran tersebut memu.snahkan 40% kawasan berhampiran di dalam tingkat bangunan tersebut.
Hingga hari ini, KOMTAR masih lagi menjadi tumpuan para pelancong, walaupun dilanda pelbagai bencana. Malah, KOMTAR juga bukan sahaja terkenal dengan bangunannya, tetapi juga dikenali dengan Teh Tarik KOMTAR yang digilai oleh para peminat teh.
RUJUKAN:
Nasir, S. S. M. (2016, October 15). Pusat komersial KOMTAR terbkr. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/11/2016/10/202377/pusat-komersial-komtar-terbkr.
“Komtar: Malaysia’s Monument to Failed Modernism — Failed Architecture”. Dicapai pada 4 Jun 2021.
Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar). Penang Travel Tips. (n.d.). https://www.penang-traveltips.com/bm/malaysia/pulau-pinang/komtar.htm.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih