Kalau kita tonton filem-filem barat tentang tokoh-tokoh atau peristiwa tertentu pada kurun ke-15 hingga 19, kita pasti dihidangkan dengan pandangan grandeurs kehidupan golongan-golongan bangsawan, orang kaya serta kerabat diraja yang memukau. Contohnya saya ambil dari filem yang memaparkan tentang kehidupan Ratu Elizabeth I (Ratu Lizzy), Raja Phillipe dan Marie Antoinette, Ratu Victoria dan banyak lagi.

Lihat sahaja pakaian mereka yang berwarna warni penuh dengan renda dan labuci serta aksesori yang dibuat indah bergemerlapan, dengan rambut-rambut palsu pelbagai warna, seluar dan kot dari satin, sutera dan baldu, kasut bertumit tinggi dan sebagainya. Lihat juga senibina istana-istana contohnya Istana Versailles dan Buckingham, serta barisan demi barisan kedai-kedai serba aneka di kotaraya-kotaraya seperti Paris dan London.

Anda pasti kagum dan terfikir, hebat sungguh bangsa barat dan ketamadunan mereka bukan? Anda pasti tertanya-tanya mengapa keadaan seperti itu tidak wujud dalam tamadun melayu. Yang ada hanya istana-istana kayu yang mudah reput, kedai-kedai dari buluh beratap rumbia dan jalan-jalan denai yang becak serta berlopak…serta penjaja-penjaja yang duduk bersila atas tanah. Pakaian pula hanya sehelai sepinggang,ada yang berkemban dan digambarkan lusuh, compang camping dengan warna yang hampir sama bagi semua orang yakni bertona tanah, hitam dan putih. Tiada sistem peparitan dan tali air serta tiada pusat-pusat ilmu dan membeli belah seperti di barat.

Well guess what ,you are wrong!  Minda anda telah terprogram dengan filem-filem sebegini yang banyak propa dari betul. Keadaan sebenar adalah jauh panggang dari api. Tahukah anda bagaimana keadaan London pada zaman Ratu Lizzy pertama?

Disebut sendiri oleh sejarawan Inggeris bahawa seluruh jalan-jalan di London penuh dengan tahi dan kencing manusia dan haiwan serta sampah sarap. Dianggarkan bahawa, pengumpulan najis-najis serta sampah sarap ini adalah seberat 60 tan! Setiap hari akan ada budak-budak pemungut najis menggunakan penyodok untuk mengangkut najis-najis ini ke Sungai Thames.

Pada zaman itu adalah perkara biasa bagi seseorang yang tinggal di tingkat atas rumah kedai untuk membuang air besar melalui tingkap yang menghadap ke jalan. Bagi yang lebih sopan mereka akan membuang air besar di dalam baldi dulu sebelum mencampakkan ke jalan! Semua najis dan sampah akan dibuang di tengah jalan dan pada zaman inilah kasut tumit tinggi dicipta untuk mengelakkan kaki dari tenggelam dalam tahi!

Jadi di mana sistem peparitannya? Sungai Thames itulah parit, itulah sumber air. Dilaporkan bahawa sungai tersebut telah terlalu tercemar hinggakan tidak ada orang yang berani minum airnya untuk beberapa ratus tahun. Pepatah inggeris ada menyebut ‘from breast to the beer bottle’ yang bermaksud sehinggakan sehinggakan bayi pun minum beer sebab tiada sumber air selamat untuk diminum. Pada zaman Sir Francis Light dan Stamford Raffles datang ke alam melayu, keadaan mungkin tidak sekotor itu namun amalan membuang sisa kumbahan ke sungai masih berterusan dan amalan tidak mandi untuk beberapa bulan malah tahun juga adalah perkara biasa.

Di Paris pula pada zaman Napoleon dan Marie Antoinette keadaan bandar Paris sama macam London hinggakan sejarawan mengatakan bahawa ‘Paris was the foulest and smelliest cities in Europe’. Jadi, anda bayangkanlah.

Tahi mereka merata-rata… mungkin kedengaran bodoh bukan, tapi inilah kenyataannya. Bangsa yang sebahagian dari kita banggakan sebagai bertamadun dan maju hidup hanyalah indah khabar dari rupa.

Sebab itulah Paris terkenal dengan pembuatan minyak-minyak wanginya sebab nak tutup bau tahi yang melekat pada badan mereka! Amalan berak merata adalah lumrah bagi warga Paris dan kota-kota besar yang lain baik dari golongan bangsawan, orang biasa hinggakan golongan diraja!

Istana Versailles yang dianggap sebagai antara yang tercantik, terbesar dan terhebat di Eropah pada zaman itu juga indah khabar dari rupa. Istana ini memang penuh dengan perhiasan serta perabot-perabot yang mahal-mahal dan cantik malah bertatah emas dan permata, namun menurut sejarawan, istana ini juga mendapat gelaran sebagai ‘kubang tahi’ atau cesspool. Ramai delegasi-delegasi dari luar perancis yang bertandang ke istana tersebut tidak tahan dengan bau busuk dan kekotoran dalam istana itu. Digambarkan bahawa oleh kerana istana ini terlalu besar dan jumlah bilik air adalah sedikit maka para dayang dan pekerja istana malah tetamu-tetamu diraja terpaksa ‘melepaskan pelaburan mereka’ di tepi-tepi tingkap, belakang pintu, disebalik langsir serta di sekitar koridor istana dan bawah tangga!

Sama ada lelaki atau perempuan, datuk or datin, tengku or tengku putri, Tun or Toh Puan (malas nk tulis gelaran-gelaran barat) semuanya akan buang air besar dan kecil’ di merata-rata tempat bagaikan haiwan. Saya pernah terbaca bahawa ada seorang bangsawan wanita yang buang air besar sambil berjalan tanpa membuka pakaiannya. oleh kerana pada zaman itu semua wanita bangsawan memakai kain kembang yang besar jadi tiada siapa yang perasan bahawa dia sedang membuang air besar’.

Najisnya itu terpaksa dibersihkan oleh orang suruhannya. Seperti orang Inggeris, orang Perancis juga tidak suka mandi, cuma Marie Antoinette sahaja yang mandi agak kerap yakni 2 minggu sekali dan baginda mandi dengan pakaian penuh. Gigi mereka juga reput dan hitam sebab banyak makan gula dan tak gosok gigi.

Ratu Lizzy contohnya mempunyai gigi yang hitam sepenuhnya hinggakan rakyatnya ingat itu adalah satu trend baru yg harus diikut. Rakyat England juga mengikut kebiasaan Ratu Lizzy yang suka sapu kapur pada seluruh muka untuk tutup kulitnya yang berkedut dan rosak.

Cuba anda bayangkan…keterangan-keterangan yang saya berikan ini tentu bertentangan dengan filem-filem yang anda pernah tonton bukan? Masih lagi nak berbangga dengan tamadun barat yang jijik dan pengotor ini?

Sistem perparitan konon…sistem peparitan di England hanya wujud pada abad ke 19 yakni sekitar tahun 1850-an tepat dengan zaman kemasukan british ke tanah melayu itupun sebab peristiwa THE GREAT STINKS. Kalau saya ada masa itu saya akan kata kat depa ‘eleh baru belajar buat longkang dah pandai nak kata orang melayu pengotor dan tak bertamadun’.

Bacaan Lanjut:

A Brief History of Toilets (http://content.time.com/time/health/article/0,8599,1940525,00.html)

London’s ‘Great Stink’ and Victorian Urban Planning (http://www.bbc.co.uk/history/trail/victorian_britain/social_conditions/victorian_urban_planning_04.shtml)

The Great Stink of Paris and the Nineteenth-Century Struggle against Filth and Germs by David S Barnes ~ perfume books (http://www.nstperfume.com/2010/07/23/the-great-stink-of-paris-and-the-nineteenth-century-struggle-against-filth-and-germs-by-david-s-barnes-perfume-books/)

Think Your City is Dirty? Try Living in 19th Century London. (http://www.apartmenttherapy.com/think-your-city-is-dirty-try-living-in-19th-century-london-npr-217301)

The filthy, stinking truth (http://www.salon.com/2007/11/30/dirt_on_clean/)

Hanging Out at La Morgue in 19th Century Paris
(https://www.geriwalton.com/hanging-out-at-la-morgue-in-19th-century-paris/)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) UKM. Bukan pakar sejarah tetapi peminat seumur hidup.

1 Comment

Leave A Reply