Ah, mustahil! Epal yang dijual di pasar pun hanya warna merah dan hijau. Celah mana ada epal hitam ni?
Haa… Epal hitam sememangnya wujud. Ini bukan teori konspirasi bagai macam percaya kepada teori ‘Flat Earth’. Epal hitam sebenarnya ditemui di kampung kecil bernama Nyingchi, terletak di pergunungan Tibet.
Epal hitam atau dikenali sebagai Epal Berlian Hitam adalah sejenis epal domestik dari keluarga epal Hua Niu, keluarga epal yang hanya ditanam di China.
Sebenarnya warna epal ini bukanlah hitam. Warna sebenar adalah ungu gelap. Sebab mengapa epal ini berwarna sedemikian adalah tempat pokok epal ini ditanam.
Pokoknya ditanam di kawasan latitud tinggi, bermaksud ia ditanam di kawasan pergunungan. Disebabkan itu buah epal ini terdedah banyak sinaran ultraviolet (UV) berbanding epal domestik lain. Tambahan lagi, suhu persekitaran sentiasa berubah di mana waktu malam suhunya turun mendadak.
Maka, terhasilnya Epal Berlian Hitam yang hanya ditemui di Tibet ini. Walaupun warna epal ini begitu gelap, namun isi epal ini adalah keputihan, seperti epal domestik lain. AS juga mempunyai epal hitam versi mereka sendiri. Nama epal itu adalah Epal Hitam Arkansas yang hanya ditemui di negeri Arkansas.
Epal Hitam Arkansas juga warnanya tidak segelap yang disangka, tidak juga segelap Epal Berlian Hitam. Warnanya lebih kepada merah gelap dan rupa epal ini biasa dimiripkan dengan buah epal beracun dalam kisah dongeng Snow White. Buah epal ini biasanya dipetik pada musim luruh dan isinya sedap jika disimpan beberapa bulan.
Walau bagaimanapun, keunikan epal hitam ini tidak mendapat keuntungan lebih dalam jualan buah epal berbanding epal merah dan hijau. Sebabnya adalah pokok buah epal ini memerlukan masa sebanyak 5-8 tahun untuk menghasilkan epal hitam. Jadi para pengusaha epal hitam hanya mampu menjualnya dalam dua bulan setahun.
Walaupun epal hitam tidak dapat mengaut keuntungan lebih, namun harga buah ini agak mahal. Sebiji buah epal hitam biasanya berharga USD 7$ (sekitar RM28). Ada juga penjual jualkan epal hitamnya dengan harga maksimum sebanyak USD 20$ (sekitar RM80).
Kalau nak buah hitam ini, boleh la kita pergi ke Arkansas atau Tibet dan jadikan ia sebagai hadiah untuk saudara mara dan kawan-kawan.
RUJUKAN:
Walansky, A. (2 April 2019). This Extremely Rare Apple Looks Like Something Out of a Fairy Tale. Today.com.
Beach, S.A.; Booth, N.O.; Taylor, O.M. (1905), “Arkansas Black”, The apples of New York, Albany: J. B. Lyon, pp. 49–50
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih