Mempelajari seni bela diri amat digalakkan dan ia merupakan satu kesenian yang timbul sebagai satu cara mempertahankan diri dari ancaman musuh.
Nama ‘Tahtib’ terbit dari perkataan Arab iaitu fan a’nazaha wa-tahtib yang bermaksud lebih kurang iaitu ‘kesenian yang menggunakan kayu panjang/tongkat’.
Melalui pandangan mata kasar seni Tahtib mungkin kelihatan mirip Silambam kerana penggunaan objek yang sama seperti kayu panjang, tapi saya percaya terdapat besar jurang perbezaan antara kedua-dua ilmu beladiri tersebut.
Tamadun yang kaya dengan sejarahnya tentu tidak melupakan kesenian dalam aspek pertahan diri. Seperti di Nusantara/Asia Tenggara kita mempunyai Silat, Tomoi/Muay Thai/Pradal Serey yang boleh dianggap sebagai Seni Bela diri yang sudah lama wujud di Nusantara sejak zaman Hindu-Buddha lagi.
Objektif kesemua ilmu seni bela diri cuma satu iaitu sebagai satu cara mempertahankan diri apabila diperlukan lebih lagi dalam keadaan kecemasan, diancam musuh misalnya.
Bahkan bukan saja untuk penggunaan bersifat individu tapi turut diaplikasikan ketika dalam per-tempu.r4n.
SENI BELA DIRI MESIR KUNO
Mustahil peradaban paling megah seperti Tamadun Mesir Kuno tak ada kemahiran pertahanan diri. Walaupun ia berterusan hingga kini, namun seni bela diri yang dipersembahkan sekarang tidaklah seratus peratus asli seperti kewujudan asalnya. Seni Tahtib sekarang banyak diubah dan digandingkan dengan tarian antara dua individu bersama kayu panjang.
Jangan salah sangka ia tetap merangkumi latihan pertahanan diri dan seni persembahan. Kebiasaannya Tahtib dilengkapkan dengan seni tarian dan muzik dimainkan sebagai naratif persembahan. Muzik dalam Tahtib menampilkan Tabl (gendang) dan Mizmar (seruling/serunai).
Menarik untuk melihat Tahtib semakin berkembang lalu menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia untuk menonton persembahan Tahtib yang biasanya dilakukan di Luxor dan Aswan.
SEJARAH TAHTIB MENJANGKAU USIA 4,500 TAHUN
Amnya Tahtib ketika zaman Mesir Kuno dikenali sebagai teknik pertahan diri keten-tera.an yang berkesan dalam per-tempu.ran, kemudian Tahtib ini berkembang menjadi salah satu bentuk kesenian yang boleh dilakukan dalam suasana aman dan bukannya suasana pe.rang. Dengan kelainan seperti ini, Tahtib mungkin mengalami perubahan konsep kerana sekarang membenarkan wanita menari dengan lelaki dalam persembahan tarian, kalau hendak bercakap dalam konteks zaman dahulu mungkin tidak ada gandingan berlawanan jantina.
Selain itu, Golongan kayangan seperti Firaun, ten-tera elit dan bangsawan turut dilatih berlawan dengan cara menggunakan senjata kayu panjang. Bukti awal keberadaan Tahtib digambarkan dalam ukiran seni dari tapak Nekropolis Abusir, digali berhampiran pinggir barat daya Kaherah.
Seterusnya, gambaran lain terdapat dalam Piramid Sahure dinasti Kelima. Secara keseluruhan, terdapat 35 makam yang ditemui di lokasi Minya di Beni Hassan Necropolis, yang juga membawa gambaran lebih terperinci mengenai bentuk seni Tahtib. Selain itu, lokasi arkeologi di Tell-el Amarna yang berjarak 60 km dari Minya juga mempunyai gambaran serupa.
Oleh kerana Tahtib terkenal di kalangan pahlawan elit Mesir, seni ini menarik minat golongan kelas bawahan seperti Petani. Dan akhirnya Tahtib menjadi sukan yang dianjurkan sewaktu perayaan di mana tentera dan atlet yang telah bersara memberikan demonstrasi yang menarik.
Tahtib diajarkan kepada petani bukan saja seni latihan persembahan tetapi juga gerakan beladiri yang keras dan mantap.
Tahtib paling menonjol dikesan sejak tempoh Kerajaan Baru Mesir(New Kingdom of Egypt) antara 1550-1153 SM. Setelah agama Kristian muncul, tulisan Kristian awal juga menggambarkan Tahtib sebagai tarian istiadat yang dipersembahkan sebagai hiburan untuk perayaan, terutama semasa majlis perkahwinan.
Walaupun terdapat sedikit perbezaan antara Tahtib Kuno dan Tahtib moden dari aspek pergerakan dan sebagainya, masyarakat Mesir sedar tentang kepentingan Tahtib ini wajar dipelihara sekaligus dapat melestarikan budaya kuno ini di persada dunia.
RUJUKAN:
B.B, Wagner. (2021). Egypt’s Ancient Tahtib Martial Arts Form: Stick Fighting Warriors! Ancient Origins.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih