Mungkin kenyataan ini tidak berapa meletup dalam negara kita sebab ia tidak berkaitan dengan sejarah Melayu. Namun bagi peminat sejarah Rom dan para pengkaji yang sekian lama turun padang mengkaji tamadun yang gah ini, kenyataan wanita TikToker ini menaikkan amarah.

Sedikit latar belakang tentang wanita TikToker ini, nama berdaftar dia ialah ‘Donna D2’ dari AS. Sejak mendaftar dalam media sosial ini pada bulan Julai 2020, telah ramai pengikutnya berjumlah 94,000 orang dan mempunyai ‘likes’ sehingga sebanyak 2 juta.

Apa yang Donna D2 rakam sehingga mempunyai jumlah pengikut dan ‘likes’ begitu banyak? Dia merakam kenyataan pseudo-sejarahnya dan mengaku dia adalah graduan sarjana muda sejarah dan anthropologi bagi mendapatkan kredit yang sah.

Pada 16 November tahun ini, dia mendakwa bahawa tamadun Rom ‘tidak wujud’ dan samakan dengan dunia Disney yang fantasi. Donna sengaja berbuat demikian hanya menaikkan amarah para sejarahwan.

Rakaman Donna ini mendapat tontonan sebanyak 90,000 Kali namun dia tidak mendapat perhatian yang dia nak kerana banyak komen yang menyatakan Donna hanyalah ‘troll’ semata-mata.

Pada 23 November, Donna menaikkan video seterusnya juga tentang Rom tapi menyatakan ‘Rom hanyalah metafora’. Video ini mencapai 100,000 tontonan dan menjadi berita sensasi dalam internet. Ini videonya:

@momllennial_Reply to @venuscupidfollyandtime Rome. Isn’t. Real. #fyp #fypシ #ancienthistory #deconstruction #BetterTogetherChallenge #PlutoTVDecades♬ Steven Universe – L.Dre

Kenyataan pseudo-sejarah Rom Donna yang pertama ialah ketiadaan dokumen-dokumen yang merekod sejarah Rom. Kenyataan Donna ini ialah membingungkan sejarahwan itu sendiri. Adakah dia tidak tahu bahawa Bukit Capitoline yang berada di tengah Rom banyak menyimpan dokumen yang merekodkan sejarah Rom pada fasa Republik?

Kenyataan Donna yang kedua ialah dokumen-dokumen yang ‘kononnya’ sejarahwan Rom tulis adalah dalam bahasa Yunani. Di sini Donna ‘buktikan’ bahawa selama ini tamadun Yunani Kuno adalah ‘kuasa pemain’ sekitar abad ke-2 hingga ke-4 Masihi.

Kenyataan kedua ini telah dipatahkah oleh seorang profesor sejarah klasik Rom dari Earlham College, Indiana bernama Maxwell T. Paule dalam rakaman TikTok beliau yang mempunyai pengikut seramai 145,000 orang.

Paule menyatakan bahawa dokumen-dokumen Rom jelas ditulis dalam bahasa Latin dan banyak direkodkan tentang ‘Caesar’ yang terang-terang sejenis gelaran hormat dari Rom sendiri. Ini penjelasan beliau:

@profmaxwellA stitch with @momllennial_ . #conspiracy #Latin #Greek♬ original sound – Maxwell T Paule

Kemudian masuk ke kenyataan Donna ketiga iaitu Tembok Hadrian yang terletak di utara British bukanlah tembok. Dia menyatakan bahawa ‘tembok’ itu ialah jalan raya kuno, berdasarkan penelitian peta satelit. Aduh saudari, pergilah bercuti ke UK dan terus ke Tembok Hadrian sana. Baru kau tahu betapa wujudnya tembok itu semasa Rom melawan puak Scotland.

Donna tidak sekadar menyampaikan pseudo-sejarah Rom semata. Dalam hantaran TikTok dahulu Donna mendakwa bahawa nama asal ‘Jesus Christ’ ialah ‘clitoris healer’ dan juga mendakwa bahawa Alexander the Great yang gemilang itu ialah seorang wanita.

Konklusinya, jika benar kau ada ilmu dan dakwa ada ijazah sarjana muda atau PhD, sebarkan ilmu baik-baik. Dan lagi satu, jangan jadi palatao. Kepada saudari Donna, sudah-sudahlah bodohkan diri dengan pseudo-sejarah saudari. Pergilah bercuti ke Itali dan rajinkan sikit jelajah ke muzium dan lokasi tinggalan Rom, terbuka sikit mata saudari tentang Rom yang ‘tidak wujud’ ini.

RUJUKAN:

Reynolds. 3 December 2021. A history TikToker’s viral claim that Ancient Rome ‘didn’t exist’ is getting backlash from academics. The Insider.

Cowie, Ashley. 5 December 2021. Ancient Rome Didn’t Exist, Claims a Qualified Bachelor of History. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.