Semua orang ada tabiat pelik masing-masing. Mungkin bagi anda, ia merupakan sesuatu yang memalukan atau tidak dapat dielakkan tetapi itu memudahkan orang mengenali siapa anda. Usah bimbang, tokoh-tokoh terkenal juga mempunyai tabiat pelik mereka yang tersendiri.

  • Pythagoras

Semua mengenalinya sebagai tokoh hebat dalam dunia matematik dan falsafah. Malah, Pythagoras juga merupakan tokoh terawal yang menunjukkan minat terhadap diet berteraskan sayur-sayuran (vegetarianism).

Di sebalik minatnya terhadap diet makanan tersebut, rupa-rupanya beliau sama sekali tidak suka sebarang makanan berbentuk kekacang. Kebenciannya terhadap makanan itu sangat ketara sehinggakan Pythagoras menegah mana-mana pengikutnya untuk tidak memakan kekacang. Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada kebencian ini didorong oleh faktor kesihatan atau sebaliknya.

  • Beethoven

Bagi penggemar lagu-lagu klasik orkestra, tidak sah jika tidak mendengar lagu-lagu yang digubah oleh Ludwig van Beethoven. Antara lagu gubahannya yang terus malar hijau hingga hari ini ialah Simfoni No.9 dan Fur Elise.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Tetapi tidak ramai tahu komposer berdarah Jerman itu mendapat inspirasi untuk lagu-lagu gubahannya semasa mandi. Beliau akan berjalan-jalan dalam biliknya sambil memikirkan gubahannya sebelum mandi dan meneruskan kerjanya itu.

  • Honore de Balzac

Nama Honore de Balzac mungkin kurang dikenali berbanding nama Agatha Christie, Sir Arthur Conan Doyle atau rakan senegara, Alexandre Dumas. Tetapi di mata orang Perancis, de Balzac merupakan seorang penulis novel yang hebat.

Namun begitu, penghasilan karyanya memerlukannya minum 50 cawan kopi dalam sehari. Dan beliau mendakwa boleh bekerja selama 48 jam dengan tiga jam rehat. Mungkin atas sebab inilah, de Balzac berupaya menghasilkan novel seperti Louis Lambert dan Seraphita.

  • Igor Stravinsky

Stravinsky merupakan antara komposer dan pemain piano terkenal Rusia pada abad ke-20. Antara lagu gubahannya yang terkenal ialah Firebird, Le Rossignol (The Nightingale) dan Petrushka. Bila ditanya apa rahsia penghasilan lagu-lagu sebegini, Stravinsky mendedahkan beliau berdiri di atas kepala selama 15 minit dengan tujuan mengosongkan kepalanya. Setelah itu, barulah kerja-kerja penggubahan dilakukan.

  • Leonardo da Vinci

Sebut saja nama da Vinci, ramai membayangkan lakaran The Vitruvian Man, mahakarya agungnya Monalisa atau pelbagai rekaan aneh yang melangkaui zamannya. Tetapi tidak ramai tahu dalam tempoh 24 jam, beliau hanya tidur sebentar saja. Tabiat ini turut diikuti oleh pereka-pereka genius lain seperti Nikola Tesla dan Thomas Edison.

  • Nikola Tesla

Ramai mengetahui tabiat tidurnya tidak lebih daripada dua jam dalam sehari. Tetapi tabiat pelik pereka berdarah Serbia-Amerika lebih daripada itu. Ada mendakwa Tesla suka menggerakkan jari kakinya 100 kali bagi setiap kaki sebelum tidur. Alasannya mudah, ia dikatakan boleh merangsang sel otaknya.

Dan seperti didedahkan dalam siri dokumentari terbitan History, The Tesla Files, beliau juga amat meminati burung merpati. Selain itu, Tesla tidak suka melihat barang kemas dan perempuan gemuk.

  • Agatha Christie

Sebut saja genre misteri penyiasatan, tidak sah jika tidak menyebut nama Christie. Beliau bertanggungjawab memperkenalkan watak penyiasat Hercule Poirot dengan watak tersebut sebenarnya diinspirasikan daripada detektif terkenal ciptaan Conan Doyle, Sherlock Holmes.

Tetapi jika ada menjangkakan Christie menulis kisah Poirot atau Miss Marple di meja atau pejabat biasa, lupakanlah. Hakikatnya, beliau menulis di mana saja beliau rasakan boleh mempengaruhi mood penulisannya baik di dapur atau bilik hotel. Christie juga suka menulis menggunakan mesin taip, justeru kadang-kadang sesetengah kisah ditulis tanpa sebarang perancangan plot.

  • Albert Einstein

Tabiat pelik tokoh fizik terkenal dalam sejarah ini sebenarnya amat panjang. Semasa kecilnya, beliau dianggap lembap dan mengalami kesukaran untuk berkata-kata. Namun begitu, Einstein tidak pernah melihatnya sebagai satu kelemahan kerana ia membolehkannya memikirkan pelbagai persoalan kehidupan seperti teori kerelatifan.

Tetapi selepas bergelar warga emas, tabiat aneh beliau membuatkan ramai menggaru kepala. Einstein dikatakan suka membiarkan rambutnya panjang, tidak lagi memakai stokin dan menurut kisah seorang pemandunya, pernah memakan belalang hidup-hidup.

  • Friedrich Nietzsche

Bagi individu yang suka bekerja atau berfikir dalam keadaan berdiri, anda tidak keseorangan. Bagi pemikir dan filsuf abad ke-19 ini, sesiapa yang bekerja dalam keadaan tenang memang patut dimarahi berbakul-bakul. Salah seorang yang pernah dimarahi oleh Nietzsche ialah rakannya Gustave Flaubert dengan gelaran penihilis.

Selain Nietzsche, tokoh-tokoh terkenal yang suka bekerja sambil berdiri ialah penulis novel Mrs Dalloway, Virginia Woolf dan dalang di sebalik Alice in Wonderland, Lewis Carroll.

  • Charles Dickens

Tidak ramai tahu Dickens yang dikenali menerusi novel A Tale of Two Cities, The Haunted Man dan Oliver’s Twist amat obses bukan saja terhadap pembikinan novel yang sempurna. Bahkan, beliau merasa susah hati setiap kali melihat rambutnya tidak terurus dan selalu menyikat rambut setiap hari.

Semasa membikin novel-novelnya itu, Dickens akan memeriksa setiap tulisan dengan pembantunya dan kadang-kadang melakukannya berulang kali. Ramai pakar berspekulasi beliau sebenarnya mengalami masalah kecelaruan obsesif-kompulsif.

Dickens juga suka melihat sesetengah benda ada di atas meja menulisnya. Antara barang yang perlu ada ialah sehelai kertas yang besar, sebilah p1s4u, sebuah pasu bunga kecil, sebuah daun emas dengan seekor arnab berpaut padanya dan dua patung kodok gemuk yang saling bermain p3d4ng yang diperbuat daripada gangsa.

RUJUKAN:

Evans, Greg. (2017). 11 geniuses with extremely unusual habits. The Independent. https://www.indy100.com/article/geniuses-unusual-habits-albert-einstein-jane-austen-agatha-christie-beethoven-loenardo-da-vinci-8100936

 

Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.