Pada tahun 2014, seorang sejarawan bernama Jim Bailey menemui sejumlah duit syiling perak di Rhode Island. Tetapi ukiran pada setiap kepingan syiling ini amat mengejutkan.
Kajian mengesahkan syiling ini berasal daripada bumi Yaman, sekitar tahun 1693 (Simon, 2021).
Ini yang menimbulkan persoalan: siapa yang pergi ke Timur Tengah pada zaman itu? Sedangkan majoriti di bumi Amerika waktu itu bukanlah golongan berharta.
Penemuan Bailey merancakkan aktiviti galian di sekitar rantau New England. Dan ramai membuat penemuan syiling sama dalam keadaan yang sama (ditanam) tetapi di negeri berbeza (Associated Press, 2021).
Semua penemuan ini berbalik ke seorang individu penting dalam sejarah lautan. Henry Every dilahirkan di Devon, England, pada 20 Ogos 1659 (Baer, 2005).
Ketika ini, England sedang mengalami kemelut politik yang besar setelah berjaya menubuhkan sistem republik. Angin laut mengucup ubun-ubun Every sejak usia remaja lagi. Beliau menimba pengalaman sebagai seorang kelasi untuk England, berper.ang di Algiers dan Perancis sehingga 29 Ogos 1690.
Every menggunakan kemahirannya di laut untuk menjalankan perdagangan ham.ba di sekitar Lautan Atlantik.
Tetapi pada tahun 1693, sekumpulan pelabur London menghubungi Every melalui Sir James Houblon.
Mereka mahu merangsangkan semula ekonomi England. Jadi Every diperlukan untuk mengemudikan sebuah kapal dalam konvoi perdagangan ke Laut Caribbean.
Tetapi mereka member.ontak kerana tidak dibayar gaji. Kelasi yang mengetuai pember.ontakan ini ialah Every sendiri.
Musim Haji Tahun 1695
Henry Every membentuk kumpulan sendiri untuk menjalankan aktiviti lan.un di sekitar kawasan ini. Beliau meram.pas kapal daripada konvoi perdagangan Houblon.
Kapal Charles II diberikan nama Fancy yang menjadi senj.ata utama Every. Di Guinea, seorang penghulu puak dijemput menaiki Fancy untuk berdagang. Penghulu ini terkejut apabila hartanya diram.pas Every.
Nama Every tentu sekali akan tenggelam, jika sekadar beroperasi secara kecil-kecilan sebegini.
Dua tahun selepas mula menjalankan aktiviti la.nun, Every mendapat peluang yang mengabadikan legasinya.
Beliau berlayar ke sebuah pulau di Laut Merah untuk menunggu jika ada kapal dagang daripada Empayar Mughal (India). Bukan setakat kapal yang menggunakan laluan laut di situ… tetapi sebuah armada yang mengangkut harta kekayaan luar biasa.
Musim haji tahun 1695 bermula pada 22 Julai. Every tiba di Selat Bab-el-Mandeb pada Ogos 1695. Beliau tidak terlewat sebenarnya, kerana jemaah haji kadang perlu menunggu beberapa minggu untuk pulang ke tanah air masing-masing.
Di Bab-el-Mandeb, beliau bertemu Joseph Faro, Richard Want, Thomas Tew, Thomas Wake dan William Maze. Kelima-lima individu ini ialah pemimpin lan.un, dengan kekuatan 38 meri.am dan 290 anggota jika digabungkan… tidak termasuk Fancy yang mempunyai 46 meri.am.
Mereka akan berganding bahu untuk menye.rang armada Mughal yang dimiliki Maharaja Aurangzeb. Menurut Tew, armada ini mempunyai 25 buah kapal. Tetapi semua tidak berlayar sekali.
Hanya Ganj-i-Sawai dan Fateh Muhammed saja yang penting untuk mereka. Tew sudahpun menyer.ang Fateh Muhammed pada malam sebelum semua lan.un bertemu. Jadi inilah masanya.
Kemenangan Di Laut Merah
Gandingan mereka membuka ser.angan pada Fateh Muhammed. Anggota-anggota kapal ini tidak mampu menandingi ser.angan Fancy. Dalam masa sekejap, Fateh Muhammed menjadi milik Henry Every yang tidak mahu melepaskan Ganj-i-Sawai.
Selama lapan hari mereka mengejar… dan selama lapan hari itulah mereka bercatur di laut terbuka. Hanya Every dan Joseph Faro saja mampu mengejar Ganj-i-Sawai. Richard Want dan Thomas Wake jauh ketinggalan di belakang. Meskipun dengan 62 mer.iam dan hampir 500 anggota bersen.jata, Ganj-i-Sawai tewas akhirnya. Dan 600 penumpang (jemaah haji) menjadi mang.sa Every.
Ramai disik.sa semasa sesi soal siasat untuk mengetahui setiap syiling dalam kapal. Wanita dijadikan alat pemuas naf.su. Ada yang lebih rela membµnµh diri pun (Lennox, 2008). Dengan Ganj-i-Sawai dan Fateh Muhammed, Every menjadi seorang hartawan yang sangat kaya. Jumlah ini mungkin bernilai AS$130 juta hari ini.
Dan Aurangzeb begitu murka setelah diberitahu tentang kejadian ini. Hubungan England dan India sudahlah teruk pada masa ini. Tindakan Every mengeruhkan keadaan. Semua anak kapal Every dibµrµ habis.
Ramai yang didapati tidak bersalah (mungkin kerana so.gokan). Tetapi Every hilang sampai sudah, mungkin telah bersara di bumi Amerika dengan nama baru. Tidak pelik pun… kerana sepanjang hidupnya, beliau dipanggil Henry Avery, Jack Avery, John Avery, Benjamin Bridgeman dan Long Ben.
RUJUKAN:
Associated Press. (2021, April 1). Arabian coins found in US may unlock 17th-century (ditapiskan) mystery. The Guardian.
Baer, J.H. (2005). (ditapiskan) of the British Isles. Tempus Publishing. Halaman 91.
Lennox, D. (2008). Now you know (ditapiskan): The Little Book of Answers. Dumdum. Halaman 70.
Simon, S. (2021, April 10). Rhode Island man unearths ancient coins that could solve (ditapiskan) (ditapiskan) cold case. NPR.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih