“Saya benci Nippon! Sebab mereka
ingat mereka kuat…”
Itulah antara ucapan Sybil Kathigasu yang dilakonkan oleh Elaine
Daly dalam drama bersiri Apa Dosaku yang pernah ditayangkan di Astro sebanyak
11 episod diadaptasikan daripada kisah seorang wanita bernama Sybil Kathigasu.
Sybil Kathigasu
Tidak ramai yang mengenali siapakah wanita ini justeru
rencana ini ingin mendendangkan kembali nama wirawati ini dan sejarahnya. Sybil
Medan Kathigasu dilahirkan pada 3 September 1899 di Medan, Indonesia. Nama asal
beliau ialah Sybil Medan Daly. Beliau merupakan satu-satunya anak perempuan
daripada 5 beradik kepada Joseph Daly yang berdarah Ireland-Eurasia dan ibunya
bernama Beatrice M4tilda Daly nee Martin berketurunan Perancis-Eurasia.
Walaupun Sybil dilahirkan di Medan tetapi beliau telah berpindah ke Tanah
Melayu dan membesar di situ.
Sybil mendapat pendidikan dan latihan sebagai jururawat dan
bidan di Singapura pada umur 21 tahun. Pada 7 Januari 1919 beliau berkahwin
dengan Dr. Abdon Clement Kathigasu seorang anak kelahiran Taiping, Perak yang
berketurunan imigran dari India. Mereka berdua mengendalikan sebuah klinik di
Jalan Brewster (kini dinamai jalan Sultan Idris Shah) di Ipoh, Perak bermula
tahun 1926. Anak pertama Sybil m4ti selepas 19 jam dilahirkan akibat beberapa
implikasi ketika kelahiran. Pada 26 Februari 1921, Sybil melahirkan anak
perempuannya Olga Kathigasu dan anak keduanya Dawn Kathigasu dilahirkan pada 21
September 1936.
Perkahwinan Sybil dan suaminya
Setelah hampir 15 tahun berkhidmat dalam dunia perubatan dan
kejururawatan di Ipoh segalanya berubah apabila Jepun mula menjejaki Tanah
Melayu pada 8 Disember 1941. Daripada utara satu demi satu daerah ditakluki
oleh tentera Jepun dan tentera Jepun mulai mara ke selatan. Ini menyebabkan
Sybil Kathigasu dan keluarganya berpindah dan bersembunyi di pekan Papan, Perak
yang terletak kira-kira 20 km barat Ipoh. Majoriti penduduk pekan Papan adalah
pelombong dan peniaga yang berbangsa cina. Sybil juga fasih berbahasa kantonis.
Umum mengetahui bahawa Jepun amat anti dengan bangsa cina. Setelah Jepun menguasai Perak ramai kaum cina dibvnuh dan ditangkap oleh tentera Jepun untuk dikerahkan bagi membina landasan kereta api di sempadan siam dan Burma. Pada waktu itu gerila Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) yang majoritinya dibarisi kaum cina memberi tentangan hebat kepada pihak Jepun di serata Perak.
Oleh sebab yang demikian, ramai yang telah terc3dera
memerlukan bantuan perubatan. Sybil dan suaminya sedaya upaya membantu merawat
ahli gerila anti Jepun. Mereka membuka satu klinik rahsia di ruang bawah tanah
rumahnya yang bernombor 74 di Jalan Papan. Ahli yang terc3dera akan dibawa ke
rumah Kathigasu pada waktu malam melalui suatu jalan rahsia merentasi bukit di
belakang rumah beliau dan mereka akan mengetuk pintu belakang rumahnya sebanyak
tiga kali sebagai kod rahsia.
Sybil juga telah menyimpan sebuah radio secara haram tanpa diketahui oleh pihak Jepun untuk mendapatkan informasi dari luar daripada BBC dan untuk menyuntik semangat para ahli gerila. Radio beliau dikodkan Josephine dan bahagian-bahagian radio tersebut ditanggalkan, diasingkan dan disorok di tingkat atas rumah apabila tidak menggunakannya sebagai langkah berjaga-jaga jika pihak Jepun membuat pemeriksaan rumah.
Namun tidak lama selepas itu radio tersebut telah rosak dan digantikan dengan Josephine II yang disorokkan di dalam sebuah lubang yang digali di bawah tangga rumahnya. Josephine II juga rosak kerana lubang tersebut dipenuhi air ketika hujan lebat. Beliau mendapatkan radio ketiganya Josephine III dan disorokkan di ruang bawah rumahnya tempat di mana beliau merawat ahli gerila.
Malangnya, setelah gerila anti-Jepun ditangkap pada satu
pertempuran, kegiatan Sybil terbongkar. Pada 1 Ogos 1943, Sybil Kathigasu dan
suaminya ditangkap oleh tentera Jepun. Namun sebelum ditangkap, Sybil
memberitahu ahli gerila supaya berjanji untuk tidak memberitahu kegiatan
hubungan gerila anti-Jepun dengannya kerana risau Jepun akan meny3rang dan memusnahkan
pekan Papan. Pada awalnya Jepun tidak
mengesyaki Sybil kerana beliau bukan orang cina dan mereka tidak mengetahui
bahawa beliau fasih berbahasa kantonis. Sybil dipindahkan ke penjara Batu
Gajah.
Pada waktu itu bermulalah episod ng3ri penyeks4an demi peny3ksaan secara fizikal dan mental ke atas Sybil Kathigasu yang mana tidak seorang pun daripada kita sanggup menerimanya. Beliau telah dit4mpar dan dipvkul dengan teruk akibat keengganan beliau menjawab soalan. Tidak cukup dengan itu, kuku beliau dic4but satu demi satu kemudiannya jari beliau ditvsuk dengan j4rum daripada bawah jari sehingga t3mbus ke atas.
Setiap keengganan beliau untuk menjawab soalan dibalas dengan pvkulan sehingga beliau tidak boleh berdiri. Beliau tidak diberi makan dan minum. Namun begitu, beliau tetap tidak mendedahkan nama-nama ahli gerila dan sebarang maklumat mengenainya. Melihat keengganan beliau, kempeitai Jepun telah meny3ksa beliau dengan lebih teruk.
Beliau dit3kap dengan b3si p4nas di bahagian betis dan kakinya berkali-kali dan beliau dipvkul dengan batang buluh di bahagian k3pala sehingga r3bah dan p3ngsan. Tentera Jepun juga menghantar banduan palsu ke penjara dan diletakkan ke dalam satu kamar yang sama dengan Sybil untuk mengorek rahsia namun tidak berjaya.
Anak bongsu beliau Dawn Kathigasu dig4ntung di pokok yang penuh dengan kerengga dan Jepun mengugut untuk memb4kar anaknya hidup-hidup jika beliau tidak menjawab soalan. Sybil juga dis3ksa dengan “Tokyo Wine Treatment” iaitu sejenis 4zab s3ksaan yang dicipta oleh Jepun. Sybil disvmbat dengan paip dan air dip4m masuk ke mulutnya kemudian tentera Jepun dengan but keras mereka meny3pak p3rut beliau berkali-kali sehingga tersembur kembali air tadi. Sarjan Ekio Yoshimura juga meny3pak rahang Sybil Kathigasu sehingga p4tah. Beliau menanggung segala kep3ritan 4zab ini hanya demi keselamatan penduduk Papan dan ahli gerila.
Penderitaan dua tahun Sybil Kathigasu berakhir apabila Jepun
tewas dan menyerah kalah pada Ogos 1945. Selepas Jepun menyerah kalah, Kapten
David mencari Sybil Kathigasu di penjara Batu Gajah. Beliau dibebaskan dan
dibawa pulang semula ke Papan sebelum diterbangkan ke England untuk menerima
rawatan lanjut.
Sumber Gambar : orangperak.com
Pada 7 November 1947, beliau merupakan satu-satunya wanita Malaya yang menerima pingat King George IV di Istana Buckingham, England sebagai penghargaan kepada keberanian beliau. Dan pada 12 Jun tahun berikutnya pada ketika beliau berusia 49 tahun, beliau telah m3ninggal dvnia di Hospital Lanark, Scotland akibat acute septicemia yang merupakan kesan daripada kec3deraan rahangnya. Glasgow City Medical Centre telah menjalankan b3dah siasat ke atas m4yat beliau dan mendapati bahawa terdapat banyak organ-organ dalamannya yang r0sak teruk akibat dipvkul.
Beliau disemadikan di tanah perkuburan Lanark, Scotland dan pada
tahun 1949 m4yat beliau telah dibawa kembali ke Ipoh dan disemadikan di tanah
perkuburan Katolik bersebelahan dengan gereja St. Michael hasil cadangan
anaknya Olga Kathigasu.
Sumber gambar : orangperak.com
Rumah Sybil Kathigasu
Sebuah jalan di Ipoh telah diberi nama sebagai Jalan Sybil
Kathigasu demi mengabadikan nama beliau atas jasa dan pengorbanannya. Rumah
beliau di pekan Papan masih berdiri walau usang namun masih belum rebah atau
direbahkan. Walaupun begitu pekan Papan tidak segah dengan sejarahnya. Pada
hari ini pekan Papan seolah-olah hidup segan m4ti tak mahu. Pekan Papan
mempunyai banyak rumah-rumah kedai yang ditinggalkan usang di tepi-tepi jalan
Papan dengan belukar yang menjalar sehingga ke bumbung.
Pekan Papan hari ini
Pada ulang tahun kelahiran Sybil Kathigasu ke-117, Google Doodle melampirkan lakaran Sybil Kathigasu memakai seragam jururawat di depan rumahnya
Sybil Kathigasu sempat menulis sebuah buku bertajuk “No Dram
of Mercy” mengenai kisah hidupnya yang kemudiannya diadaptasikan menjadi sebuah
drama bersiri pada tahun 2010. Drama ini diarahkan oleh Bernard Chauly dan
watak Sybil dilakonkan oleh Elaine Daly iaitu cucu saudara kepada Sybil
Kathigasu sendiri. Drama ini juga turut dibintangi beberapa pelakon lain
seperti Beto Khusyairy, Zahiril Adzim, Cheryl Samad dan Khatijah Tan.
Sybil Kathigasu, walaupun namanya kurang didendangkan namun fakta
akan keberanian wanita ini sudah cukup untuk menggelarnya sebagai seorang
wirawati. Jika ketabahannya berupa batu-bata sudah pasti cukup untuk membina
sebuah rumah yang besar. Jika d4rah dan air matanya yang diperah tentera Jepun
merupakan dakwat, sudah cukup untuk menulis sebuah buku.
“I hate your Government because you Japanese think that your strength gives you the right to act as tyrants everywhere. You treat the people of Malaya like ill-bred dogs who can respect only the b*ot and the wh!p” -Sybil Kathigasu-
RUJUKAN
1. “Edith of
Malaya”. Time. 1948. Dicapai pada 22 November 2019.
2. Dilema
Moral Menulis Skrip Cerita ‘Apa Dosaku’. Mstar. Au Yeong How. Dicapai pada 22
November 2019.
3. Sybil
Kathigasu : Jururawat dan Pejuang Tanah Air. Amir MS. 2017. Dicapai pada 22
November 2019.




No comments yet