Eh, payah duduk negara majoriti umat Islam tapi kehendak majoriti tak boleh dipenuhi. Kehendak yang dimaksudkan ialah larangan penjualan arak secara terbuka. Bila hal ini dibangkitkan dalam laman media sosial, ada yang melenting tak tentu hala. Tak percaya, lihat gambar di bawah.

Boleh rujuk pautan asal hantaran Facebook ini: https://www.facebook.com/mhaz1992/posts/pfbid02kLmGQxKjoPv4vJXWsmNpSCNpnT8cwZTqsuZ4d5LVTiukGRu9ny1xnmbc2cCjHUql

Pembuat hantaran bising pasal isu jual arak belah Shah Alam, Selangor. Tapi yang bising apasal orang bukan dari negeri Selangor terutama Malaysia Timur? Takut sangat ke perkara sama berlaku dekat negeri sendiri? Macam takut bayang-bayang sendiri.

Tak bolehkah pasaraya-pasaraya akur dengan permintaan majoriti penduduk di situ agar arak tak dijual secara terbuka? Yang minta penduduk, ya. Takde arahan pun dari kerajaan baik kerajaan negeri atau kerajaan pusat. Dan paling penting, takde pun yang anggap ini tindas kehendak orang bukan Islam.

Sebelum itu, kami cadangkan korang dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM. Kalau arak dibenarkan berleluasa macam di Eropah dan Byzantine, segala sumbangan Tamadun Islam yang kita kenali hari ini takkan wujud. Nak tau apa lagi sumbangan Tamadun Islam kepada dunia hari ini, dapatkan buku ini sekarang! Beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Kitab-Tamadun-Islam.-i.238336777.5538250581

Orang bukan Islam kalau nak arak, mereka ada banyak pilihan. Bar dan pub bersepah di luar sana. Premis-premis yang ada lesen alkohol macam restoran-restoran boleh jual. Pendek kata, nakkan benda alah tu takkan jadi masalah. Jadi, apa masalah nak riuh macam ayam bertelur sebiji, riuh sekampung?

Yang bising-bising tolak larangan jual arak pernah ke fikir kesan baik hal ini? Pertamanya, dari segi kesihatan, kesihatan bertambah baik terutama dari segi kesihatan mental. Bila itu berlaku, peluang berlakunya kemalangan jalan raya akibat pemandu mabuk makin berkurangan.

Orang bengang tau setiap kali isu pemandu mabuk timbul. Untuk tempoh lima bulan pertama 2020 sahaja, 67 kemalangan membabitkan pemandu mabuk dengan tiga kes kematian. Kalau mati sendiri, takpe. Tapi kalau sudah babit orang tak bersalah macam kes langgar atau kenderaan remuk, siapa nak bertanggungjawab? Yang bising-bising pasal larangan jual arak, sanggup ke tanggung?

Keduanya, produktiviti kerja individu bertambah baik. Orang datang kerja dalam keadaan lagi cergas dan segar, tak payah risau pasal mabuk. Kerja sungguh-sungguh, yang untung pada akhirnya si polan sebab itu jadi sebab naik gaji dan dapat bonus. Yang untung pun keluarga sebab duit yang selalu beli untuk arak boleh guna untuk keperluan lain.

Akhir sekali, kadar jenayah turun terutama babit kecurian dan pembunuhan. Bila arak tak lagi dijual secara terbuka, segala punca jenayah yang tercetus hilang macam tu saja. Sesebuah kawasan jadi aman dan orang tak perlu rasa takut kalau nak keluar ke mana-mana.

Tapi yang paling lega kalau benda alah ini tak dijual ialah juruwang (cashier). Sapa yang pernah jadi cashier terutama di pasaraya tau rasa tak senang setiap kali arak dibawa ke kaunter. Kerja tetap kerja, terpaksalah lepaskan walaupun dalam hati rasa bersalah teramat. Sebabnya, ia merupakan perbuatan dosa dengan pelakunya antara 10 kelompok membabitkan arak yang dilaknat Tuhan.

Laknat di sini merujuk kepada satu hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. Rasulullah s.a.w bersabda, “10 golongan babit arak yang dilaknat ialah pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya.”(Riwayat al-Tirmizi)

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Para ulama berbahas tentang hukum orang yang menjual arak di kaunter. Mereka berpandangan si penjual memang berdosa tetapi darjah dosanya taklah setinggi orang yang minum. Salah seorang ulama yang berpandangan sedemikian ialah Syeikh Mulla Ali al-Qari menerusi kitabnya al-Mirqah Sharh al-Misykah.

Tetapi, jika pendapatan seseorang itu bercampur antara yang haram dan halal, maka tak haram apabila si polan terima harta yang diberikan kerana tidak yakin pemberian itu bersumberkan yang haram. Justeru, bagi orang yang kerja di premis yang menjual barangan halal dan minuman keras dan seumpamanya, hukum pendapatan yang diperoleh hasil daripada jualan produk-produk berkenaan adalah makruh.

Dan ini menimbulkan dilema kepada cashier yang kerja di pasaraya-pasaraya yang jual arak secara terbuka. Mereka ini cari rezeki untuk sara keluarga. Tapi kalau sumber pendapatannya bercampur babit barang halal dan haram, macam mana Tuhan nak bagi berkat pada hidup? Benda ini nampak remeh pada majikan tapi untuk umat Islam, ini bukan isu yang boleh dipermainkan.

Jadi, apa benda nak kecoh-kecoh bab larang jual arak secara terbuka? Aku nampak lagi banyak faedah daripada keburukannya. Nak sangat jual, juallah kaunter asing-asing dan jangan babit cashier Muslim. Ke memang selama ini tak prihatin, tau kira untung dan kedekut ruang tahap Haji Bakhil? Fikirlah…


Muhammad Rasulullah s.a.w secara konsisten menolak arak. Baginda sedar betapa besarnya impak alkohol terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusia. Disebabkan tindakannya itu, Madinah dan kerajaan-kerajaan Islam yang muncul selepas itu menjadi kerajaan yang disegani kawan dan digeruni lawan.

Ketahuinya lebih lanjut menerusi MUHAMMAD: DAKWAH DAN DIPLOMASI. Beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Muhammad-Dakwah-dan-Diplomasi-i.238336777.4838248189

RUJUKAN

Nurulfatiha. (2020, 13 Mac). Haram pekerja terlibat jual beli arak meskipun di kaunter. Sinar Plus.

Suara Sinar. (2021, 13 September). Sampai bila rakyat jadi korban pemandu mabuk?.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply