Indonesia sekarang tengah bersiap untuk buat salah satu “pembedahan” terbesar dalam sejarah kewangan mereka dengan buang tiga sifar daripada rupiah.

Betul, tiga sifar. Dari Rp1,000 jadi Rp1, dari Rp100,000 jadi Rp100.

Tapi jangan salah faham, bukan harga barang jadi murah, cuma nombor dia jadi lebih kemas dan tak buat orang juling.

Pelan ni dah pun masuk dalam rancangan strategik kerajaan 2025–2029 dan sasaran undang-undang redenominasi siap menjelang 2027.

Benda ni sebenarnya dah berbunyi dari zaman Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, lepas tu Jokowi sambung dan sekarang Prabowo. Tapi kali ni kerajaan nampak serius.

Mereka sendiri mengaku Rupiah terlalu banyak sifar sampai transaksi harian pun rasa macam buat kerja sekolah matematik UPSR.

Nak beli Nasi Padang pun kena kira sampai lima enam digit, memang boleh silap tekan. Paling lawak, ada peguam Indonesia, Zico Leonard sampai bawa isu ni ke Mahkamah Konstitusi sebab katanya mata dia rabun dan tersalah transfer duit banyak kali gara-gara digit rupiah yang panjang. Walaupun kes tu ditolak, point dia jelas yang Rupiah dah terlalu “berserabut”.

Masalah utama bukan rakyat pening kira, tapi perception. Bila mata wang banyak sifar, pelabur luar mula anggap negara tu lemah, tak stabil dan tak setanding negara serantau lain.

Kajian Kementerian Kewangan Indonesia pada 2017 pun pernah sebut Rupiah dipersepsikan sama level dengan Laos dan Myanmar, walaupun ekonomi Indonesia sebenarnya jauh lebih besar.

Jadi redenominasi ni ibarat rebranding untuk pulihkan maruah Rupiah yang makin lama makin hilang seri.
Anak-anak sekolah pun jadi mangsa. Mereka belajar 4+7=11 dalam kelas, keluar kedai tengok harga air mineral Rp7,000. Tak matching langsung.

Bank Indonesia sendiri mengaku benda ni tak masuk akal untuk sistem pembelajaran. Jadi redenominasi ni bukan hanya sebab isu ekonomi, tapi juga isu pendidikan generasi masa depan.

Satu lagi masalah besar ialah sistem IT. Sesetengah software perbankan dan akaun syarikat di Indonesia dah mula “mengamuk” bila jumpa angka lebih 10 trillion.

Server pun stress, apatah lagi cashier yang kena kira manual. Gabenor Bank Indonesia pernah kata sistem akan jauh lebih laju dan stabil kalau tiga sifar tu dibuang terus. Maksudnya, setiap urusan kewangan negara boleh berjalan lebih lancar tanpa beban digit panjang.

Semua perubahan ni kebetulan berlaku ketika Rupiah berada pada tahap paling lemah terhadap Ringgit Malaysia dalam sejarah moden. Baru beberapa hari lepas, RM1 tembus sampai Rp4,000 dan ada masa naik lebih tinggi.

Ringgit pula menguat sebab ekonomi Malaysia tengah stabil, pelaburan asing masuk, dasar fiskal teratur dan keyakinan pasaran meningkat. Jadi kontras dia memang jelas yang Malaysia tengah naik, Indonesia tengah sakit kepala.

Redenominasi memang takkan tiba-tiba buat Rupiah jadi kuat, tapi ia langkah pertama untuk bagi pelabur rasa lebih yakin. Ibarat makeover. Bukan ubah orangnya, cuma kemaskan penampilan supaya tak nampak lemah.

Ekonomi tetap perlu pembaharuan struktural, dasar fiskal yang lebih ketat dan polisi yang stabil. Tapi sekurang-kurangnya bila nombor dah pendek, Rupiah tak lagi nampak “murah” dan tak tercabar dari segi imej.

Akhirnya, isu sebenar bukan tentang rakyat hilang title “jutawan rupiah” atau duit nampak kurang digit. Yang penting ialah nilai sebenar di belakang mata wang tu. Kalau Rupiah lebih stabil, inflasi terkawal dan pelabur yakin, rakyat pun lebih senang bernafas.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.