Ramai yang mengenali kehebatan Ravana, si penunduk Sita dalam Epik Ramayana. Namun kurang yang mengetahui tentang pencapaian bapa mertuanya, Raja Maya, yang menakjubkan.

Menurut legenda, dewa matahari Hindu, iaitu Surya, memberikan pengetahuan yang khusus berkenaan alam semesta kepada Maya. Mungkin ianya bertujuan untuk membolehkan penduduk bumi memujanya dengan lebih baik.

Lembaran-lembaran ilmu yang meliputi pengetahuan ini dikenali sebagai Surya Siddhanta dan ia merupakan buku astronomi tertua yang diketahui oleh sejarah. Tambah menakjubkan, kebanyakan kandungannya didapati tepat dan selaras dengan ilmu moden.

Surya Siddhanta adalah bukti kemajuan ilmu masyarakat India purba. Menerusi teks ini, kita dapat menemukan asas-asas trigonometri dan matematik seperti tandai piawai dan sistem perpuluhan. Selain itu, teks ini juga memerincikan tentang graviti seribu tahun lebih awal berbanding Sir Isaac Newton yang mengembangkan teorinya pada tahun 1687.

Teks ini menerangkan tentang bagaimana planet bergerak ke arah timur. Ia turut menghitung saiz dan kedudukan planet-planet yang jauh, serta panjang tahun tropika dan jumlah masa yang telah berlalu sejak penciptaan alam dengan agak tepat. Dalam perbincangannya tentang bagaimana masa itu berlalu dalam kadar berbeza dan di bawah keadaan yang berbeza, teks ini memuatkan asas-asas relativiti.

Hikayat Hindu menyebutkan bahawa usia Surya Siddhanta mencecah 2 juta tahun. Namun sumber Vedik menyatakan dalam bentuk lisan bahawa teks ini dikarang buat kali pertama pada 2500 tahun yang lalu. Ilmuwan moden berpendapat bahawa Surya Siddhanta ditulis sekitar awal kurun ke-6M.

Tolak ketepi sebentar kepercayaan yang kononnya teks ini diilhami oleh dewa, ramai ilmuwan meyakini bahawa kandungan Surya Siddhanta merupakan hasil pertemuan antara tamadun India dan Yunani sekitar Zaman Hellenistik. Secara lebih mengkhusus, karya Hipparchus dilihat memberikan impak yang signifikan kepada keilmuan masyarakat India purba.

Hipparchus diyakini sebagai ahli matematik pertama yang mencipta (atau setidak-tidaknya memiliki) jadual trigonometri. Jadualnya itu mengandungi senarai kesemua nilai fungsi perentas, iaitu panjang perentas kali setiap sudut bulatan.

Perkiraan geometrik yang digunakan oleh Hipparchus dalam menentukan jarak antara bumi dengan matahari dan bulan

Jadual trigonometri ini sangat penting dalam pengiraan astrologi, navigasi dan kejuruteraan. Hipparchus menggunakan jadualnya itu untuk menghasilkan jadual pengorbitan matahari dan bulan. Karya Hipparchus berkemungkinan akan hilang buat selama-lamanya andai ia tidak dipelihara oleh ilmuwan di India yang hidup sezaman dengannya.

Surya Siddhanta turut mengandungi pengaplikasian terawal tangen dan secant dalam perbincangan tentang bayang jam matahari. Teks di dalamnya mennyebutkan, “Daripada (jarak rembang meridian matahari), temukan jya dan kojya.

Jika setelah itu jya dan radius masing-masing dikalikan dengan ukuran gnomon (jam matahari) mengikut perkiraan digit, dan dibahagikan dengan kojya, hasilnya adalah bayang dan hipotenus pada waktu tengahari.” (Bab 3: ayat 21-22)

Jadual trigonometri sin yang terkandung di dalam Surya Siddhanta didapati lebih tepat dan lebih terperinci berbanding jadual Hipparchus. Kefungsiannya berkenaan jya (dasar sin) dan kojya (sin serenjang / cosine) merupakan asas yang dimajukan oleh tamadun Arab (Islam) di zaman terkemudian.

Antara perkiraan lain yang terkandung dalam Surya Siddhanta adalah seperti berikut:

Objek-objek jatuh ke bumi disebabkan oleh satu daya tarikan dari bumi. Justeru, bumi, planet, buruj, bulan dan matahari berada dalam orbit lantaran daya tarikan ini.

Panjang purata tahun tropika adalah 365.2421756 hari. Perkiraan ini hanya 1.4 saat lebih pendek berbanding perkiraan moden, iaitu 365.2421904 hari.

Panjang purata bagi tahun bintang adalah 365.2563627 hari, yang mana ia hampir sama dengan perkiraan moden, iaitu 365.25636305 hari.

Anggaran diameter planet Merkuri adalah 3008 batu. Perkiraan ini hanya kurang 1% dari kiraan diameter di zaman moden, iaitu 3032 batu.

Anggaran diameter planet Zuhal adalah 73 882 batu. Perkiraan ini hanya kurang 1% dari kiraan diameter di zaman moden, iaitu 74 580 batu.

Surya Siddhanta memainkan peranan yang penting dalam sejarah tamadun moden. Dengan memelihara dan mengembalkan keilmuan tamadun Yunani purba, masyarakat India berupaya merintis jalan bagi pembangunan matematik dan astronomi di zaman kegemilangan Islam.

Sememangnya, Surya Siddhanta adalah salah sebuah teks Sanskrit yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab di zaman Khalifah al-Mansur. Pengetahun ini kemudiannya dimajukan dan disebarkan ke pelbagai budaya sehingga akhirnya di zaman moden, ia kembali ke Barat.

TERJEMAHAN:

Kerry Sullivan. (31 Ogos 2016). Surya Siddhanta: The Startlingly Accurate Astronomy Book of the 1st Millennium BC. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/artifacts-ancient-writings/surya-siddhanta-startlingly-accurate-astronomy-book-1st-millennium-bc-020969


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.