Napoleon III menerima sepucuk surat yang begitu menarik daripada Singapura. Bertarikh 12 April 1857, surat tersebut ditulis tangan seorang Islam pada 17 Syaaban 1273 H.
Temenggung Daeng Ibrahim kirimkan surat yang ditulis dengan dakwat emas yang bertatahkan pujian kepada Maharaja Napoleon III. Bersama surat ini diturut serta hadiah persenjataan Melayu.
Temenggung tak membuat sebarang permohonan kepada pihak Perancis. Namun baginda menyimpan pandangan yang tinggi tentang Napoléon III atas hubungan rapat Perancis bersama British.
Disebabkan itulah Temenggung Johor menggunakan ayat khusus bagi menerangkan isi hatinya tentang persahabatan Perancis dan British:
“Bertambahlah kakuatan antara kedua pihak tiadalah siapa bangsa yang boleh bandingannya selagi ada perkitaran bulan dan matahari.”
Bermakna selagi Bulan dan Matahari bergerak, (pakatan ini wujud) takde negara lain boleh tewaskan kekuatan Perancis dan British.
Dalam hal ini, kekayaan Johor terbukti secara tersendiri. Surat tersebut diberikan kepada Charles de Montigny. Tetapi tulisannya menggunakan dakwat emas (bukan warna emas; sebaliknya emas tulen untuk catatan diraja).
Selain daripada kekayaan harta, surat tersebut mendedahkan kemahiran seni dalam Kesultanan Johor. Jika negeri tersebut miskin, tentu sekali surat berdakwat biasa akan digunakan.
Temenggung Daeng Ibrahim mangkat pada 31 Januari 1862 di Istana Lama, Singapura. Baginda digantikan puteranya bernama Abu Bakar yang dimasyhurkan sebagai Sultan Abu Bakar al-Khalil pada tahun 1862.
Sultan Abu Bakar sangat berpengaruh dari segi diplomasi dan gemar mengembara sehingga tiba di England pada tahun 1866 (serta bersahabat dengan Ratu Victoria) dimana persahabatan tersebut memainkan peranan dalam pemerintahan baginda di Johor.
Oleh: Azizul Farhan
…
Nak tahu lebih banyak lagi fakta menarik tentang budaya dan sejarah orang Melayu? Baca je KITAB TAMADUN MELAYU. Cepat klik dekat https://bit.ly/40FLVup
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih