Demikian hari Amerika Syarikat mengebom Qasem Soleimani sampai Iran naik marah. Timbul ura-ura pasal Perang Dunia Ketiga. Ada seorang sahabat saya bukan main lagi: “Alhamdulillah. Baguslah. Aku dah lama bersedia nak berjuang.” Pejam celik, dunia melutut pada COVID-19. Hamba Allah ini diberhentikan kerja dan bukan main marah pada Muhyiddin Yassin kerana katanya sibuk berpolitik pada ketika harga barang melambung.

Senang cakap, semua persediaan beliau masuk parit walau lama mana sekalipun dirancangnya. Namun itulah hakikat kalau berperang. Cuma peperangan zaman sekarang adalah dengan cara elak penyakit berjangkit. Perang zaman dulu pula caranya elak peluru. Tempiasnya sama – ekonomi hancur, politik tidak stabil dan rakyat sengsara.

Kalau kaji Perang Dunia Kedua guna teori geopolitik, memang faham sangatlah. Beberapa penguasa bersifat rakus dan tamak haloba bertanding dalam percaturan. Jerman kalah. Tetapi kalau amati dari segi peribadi, boleh nampak habis segala dosa. Banyak keluarga terburai semasa Perang Dunia Kedua. Ibu bapa hilang anak. Anak menjadi yatim piatu. Perempuan perlu menggugurkan janin kerana didatangi lelaki lain.

Dan anggota tentera pula berkomunikasi dengan kekasih halal atau kekasih gelap melalui surat.

Curahan Hati Para Pejuang

Surat-surat cinta zaman Perang Dunia Kedua mempunyai nilai tersendiri. Kerana kata-kata yang ditulis menjadi “saksi peribadi” bukan untuk sejarawan semata-mata. Pakar-pakar psikologi turut menggunakan surat cinta untuk mengamati impak peperangan. Ramai anggota perang tercedera teruk kerana perang ini. Ramai… tetapi bukan semua, seperti Reg Roome yang dihantar untuk berjuang di Timur Tengah.

Sampul surat Roome.

Surat-surat cinta Roome kepada kekasihnya Helen Jones nampak lebih berbunga-bunga untuk dibandingkan dengan Raymond Brim misalnya (Fraser, n.d.).

Ingin baca bagaimana Jepun cuba menjajah China dan Korea pada waktu silam? Beli buku terbaru The Patriots Kitab Tamadun Jepun di: http://bit.ly/KitabTamadunJepun

Brim berjuang menentang pihak Jerman di beberapa negara Eropah. Beliau tidak banyak menulis kerana sentiasa berada di udara. Sejarawan mendapati isterinya Patricia yang kirim surat untuk dibacanya. Patricia siap selit gambar peribadi lagi. Bukan gambar telanjanglah. Ini surat cinta. Bukan langganan OnlyFans. Gambar ala-ala manja yang Patricia sendiri cakap “posing pelik” (Brockell, 2021). Gambar orang posing macam Patricia zaman sekarang bersepah di Facebook dan Instagram. Kalau posing untuk suami atau teman lelaki tidak mengapa, ini harap muka saja lawa tetapi tidak laku.

Boleh tengok gambar peribadi Patricia di sini: https://www.washingtonpost.com/history/2021/02/14/war-love-letters-valentines-day/

Selain Roome dan Brim, ada beberapa surat cinta yang wajar dibincangkan. Semasa mengubah suai Hotel Scarborough, pekerja terjumpa satu kotak surat-surat cinta di bahagian lantai. Tersembunyilah senang kata.

Salah satu surat cinta Scarborough.

Curahan hati ini penuh dengan puisi, dikongsi antara 1941 hingga 1944 pada ketika Hotel Scarborough dipegang kerajaan British untuk menempatkan anggota tentera (BBC, 2021).

Mengulas Sisi Psikologi

Surat cinta Scarborough kelihatan lebih berpuisi atas sebab anggota tersebut masih belum turut berperang. Mereka ditempatkan di Hotel Scarborough selepas berlatih sahaja. Mereka bukan antara anggota yang berlindung daripada serangan udara Jerman. Tetapi surat-surat cinta Brim dan Roome memang nampak kesan-kesannya. Roome memberitahu mudah: “Remember that I love you”. Lenggok bahasanya ditulis secara terus tanpa manis-manisan yang kadangkala berbelit macam usus.

Ingin baca mengenai sejarah Islam di India? Beli buku terbaru The Patriots, Mughal: Mutiara Islam Di India di: http://bit.ly/PraTempahMughal

Surat Roome diulas pakar psikologi sebagai “bukti patriotisme dan ketakutan”. Maksud ketakutan pula bukanlah bacul. Tetapi Roome mahu selesai berperang dan pulang ke pangkuan isterinya. Dan sekadar maklumat, Roome selamat dan dapat pulang ke pangkuan isterinya.

Surat-surat cinta ini siap hanyut ke pantai.

Bukan semua orang boleh faham pasal benda ini. Sebab itulah ada orang macam sahabat saya sembang meleleh cakap sudah bersedia bagai. Baru kena pandemik sudah koyak. Alah, maklumlah orang single. Darah menggelegak sebab tiada siapa sudi menenangkan. Sebab itu kita kena sedar diri sambil tengok cermin – kadang kenapa muka lawa tetapi masih kena tinggal?

RUJUKAN:

BBC. (2021, Mac 11). Wartime love letters discovered under Scarborough hotel floorboards.

Brockell, G. (2021, Februari 14). ‘Dearest sweetheart’: The passion and poignancy of wartime love letters. The Washington Post.

Fraser, L. (n.d.). ‘Remember that I love you’: A soldier’s letters to his sweetheart. CBC.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply