Selasa, 13 Oktober 202613 Okt 2026
Kronikel Dunia

Surat Cinta Yang Menyayat Hati Dari Tamadun Purba Korea

Luahan
cinta terhadap seseorang yang dikasihi biasanya diungkap dengan kepelbagaian
gaya bahasa yang bertujuan untuk menyentuh hatinya. Surat cinta itu berbaur
rasa cinta, rindu, resah, dan segala macam perasaan yang terlalu sukar diungkap
dengan apa-apa juga perkataan. Anehnya, mereka yang mengilhamkan
ungkapan-ungkapan puitis itu terlalu kreatif. Terlalu estetik.

Kalau zaman Melayu lama, perasaan cinta itu diungkapkan melalui pantun. Pemilihan diksi untuk pantun-pantun cinta itu terlalu indah. Misalnya,

Kalau roboh kota Melaka,
Sayang selasih di dalam puan,Kalau sungguh bagai dikata,Rasa nak mati dipangku Tuan.

Bunga melati terapung-apungBunga ramapi di dalam puan,Rindu hati tidak tertanggung, Bilakah dapat berjumpa tuan?

Perasaan cinta itu juga diungkapkan dalam lagu. Antara lagu yang diklasifikasikan diksi dan metaforanya indah ialah lagu Gurindam Jiwa.

Tuai
padi antara masak

Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan



Anak cina pasang lukah

Lukah dipasang di Tanjung Jati

Di dalam hati tidak ku lupa

Sebagai rambut bersimpul mati



Batang selasih permainan
budak

Daun sehelai dimakan kuda

Bercerai kasih bertalak tidak

Seribu tahun kembali juga



Burung merpati terbang
seribu

Hinggap seekor di tengah laman

Hendak mati di hujung kuku

Hendak berkubur di tapak tangan



Kalau tuan mudik ke hulu

Carikan saya bunga kemboja

Kalau tuan mati dahulu

Nantikan saya di pintu syurga

Ungkapan cinta itu bukan sahaja diungkapkan melalui pantun dan lagu tetapi juga melalui surat. Zaman sebelum adanya emel dan telefon bimbit, luahan-luahan rasa itu dikirim melalui surat yang dikarang dengan penuh jiwa dan raga. Kadang-kadang surat itu tiba disertai bunga dan adakalanya berbau harum dek semburan minyak wangi atau bedak.

Malah, ada yang juga yang lebih berani menghantar surat bertandatangankan kucupan bergincu. Mereka yang melalui zaman percintaan ini pasti pernah menggunakan kaedah-kaedah tersebut.

Kemudian, ada pula khidmat pesanan ringkas (SMS) dan bermula SMS inilah kepuitisan ungkapan cinta itu sudah mula berkurangan. Kini, ayat-ayat WeChat dan WhatsApp atau apa-apa aplikasi yang sepertinya sudah menggantikan sepenuhnya cara penyampaian rasa cinta itu. Langsung hilang seni dan kreativitinya.

Begitulah “indahnya”
ayat cinta WeChat yang adakalanya memperlihatkan kurang adabnya. Hilang nilai
kesantunan bahasanya. Begitupun, banyak juga yang cair membacanya.

Begitulah evolusi ayat-ayat cinta secara ringkasnya. Namun begitu, tahukah anda bahawa ada sepucuk surat cinta yang berusia beratus-ratus masih elok pada waktu ditemukan oleh para arkeologis di Kota Adong, Korea Selatan?

Terjemahannya:

Kepada ayah Won,
1 Julai, 1586.

Kau selalu mengungkapkan, “sayang, ayuh hidup bersama sampai rambut jadi uban”, lalu kita pun mati pada detik itu. Tapi kenapa kau sanggup pergi tanpa aku? Siapa yang patut aku dan anak aku bergantung untuk hidup? Sampai hati kau pergi dulu sebelum aku…

Bagaimana kau memberikan hati kau kepada aku dan bagaimana aku memberikan hati aku kepada kau? Bilamana kita berbaring bersama, kau sentiasa beritahu, “sayang… apakah setiap orang meraihkan cinta seperti mana kita? Apakah mereka seperti kita?” Dan kemudian, sampainya hati kau tinggalkan aku.

Aku tak mampu
hidup tanpa kau. Aku nak pergi ke kau. Tolong bawa aku ke tempat kau berada.
Perasaan aku di dunia ini tidak mampu aku buang dan sayang aku untuk kau tak
ada hadnya.

Tolonglah baca
surat ini dan ceritakan perincinya dalam mimpi aku nanti. Hanya semata-mata aku
nak dengar butir kata kau dalam mimpi, maka aku tuliskan surat ini. Teliti
surat ini dan bercakaplah dengan aku.

Bila aku melahirkan anak kita nanti, pada siapa dia patut panggil ayah? Bolehkah seseorang memahami apa yang sedang aku hadapi? Sungguh, tiadalah tragedi seperti ini beraku dibawah langit melainkan pada aku.

Kau sekarang sedang berada di tempat lain, dan tak mungkin dalam kesedihan seperti yang aku rasa. Tiada penghujungnya kehilangan ini ketika aku menulis surat ini. Tolonglah baca surat ini dan datanglah kepada aku dalam mimpi nanti. Aku percaya yang aku dapat melihat kau dalam mimpi. Datanglah dalam mimpi aku secara rahsia dan tunjukkanlah diri kau kepada aku. Tiadalah batasnya apa yang aku mahu bataskan dan aku noktahkan surat ini sampai sini.

Pada tahun 1998, para arkeologis di Korea Selatan menemukan sebuah makam yang berisi sosok seorang pemuda yang sudah diawetkan ketika melakukan penggalian makam kuno di Kota Adong, Korea Selatan. Mereka percaya bahawa mayat tersebut bernama Eung Tae Lee yang hidup pada abad ke-16.

Para arkelogi menganggarkan bahawa pemuda ini meninggal dunia pada usia 30 tahun.  Mendiang adalah sebahagian daripada klan Goseong Yi. Kisah kematian mendiang Eung Tae Lee begitu dramatis kerana pada saat ditemukan, mayat Eung Tae Lee mendakap sepucuk surat dengan isi yang sangat menyentuh beberapa orang arkeologis sehingga ada yang menitiskan air mata saat membaca isi surat tersebut.

Surat itu ditulis oleh isterinya yang sedang hamil. Surat yang ditulis dengan bait-bait yang penuh kesedihan itu dialamatkan kepada ayah dari anak yang sedang dalam kandungannya. Di sisi kepala mayat itu, para arkeologis juga menemukan sepasang sandal yang diperbuat daripada anyaman jerami dan rambut isterinya sendiri. Pada masa duka itu, dia memotong rambutnya, menjalinnya dan merajut rambutnya bersama helaian jerami untuk dijadikan sepasang sandal untuk suaminya. Sandal itu dikuburkan bersama dengan jenazah suaminya.

Iktibar daripada kisah ini, bagi pembaca yang sudah ada pasangan hidup, hargailah setiap saat itu bersama pasangan yang sangat mencintai anda. Jangan sesekali mensia-siakan cinta yang menjadi anugerah terindah dalam kehidupan kita kerana tidak semua manusia dianugerahkan rasa cinta.

Walau sesibuk mana sekalipun anda, siramilah hubungan anda dengan pasangan dengan kata-kata cinta yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Tidak perlu malu. Tidak perlu berasa anda ketinggalan zaman. Cinta dianugerahkan kepada mereka yang menjadi pilihan Allah. Jangan juga menjadikan cinta sebahagian daripada permainan untuk mempersendakan atau bertujuan hanya untuk mempermainkan seseorang.

RUJUKAN:

  1. Last Words of Love Were Sealed for 500 Years in a Korean Tomb. https://www.ancient-origins.net/artifacts-ancient-writings/last-words-love-were-sealed-500-years-korean-tomb-009202
  2. Korean Love Affair. https://archive.archaeology.org/1003/abstracts/korea.html

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet