Pada tahun 2010 yang lalu, sekumpulan ahli arkeologi menemui sebuah bekas gangsa di dalam salah sebuah makam yang terletak tidak jauh dari tapak kota kuno Xian dan makam Kaisar Qinshihuang (Terakota). Makam ini ditemui ketika kerja perluasan tapak lapangan terbang di bandar Xian. Kota kuno Xian merupakan ibukota kerajaan China purba yang bertahan selama 1,100 tahun lamanya.

Bekas gangsa berkaki tiga, yang berketinggian 20 cm dan selebar 24.5 cm ini diambil lalu dikaji oleh Institut Arkeologi Wilayah Shaanxi. Dan yang lebih menakjubkan, di dalam bekas gangsa tersebut, masih utuh berisi dengan cecair hijau dan tulang-belulang.

Menurut penetian ahli arkeologi, setelah dikaji, ia ternyata merupakan sup tulang yang sudah berusia hampir 2,400 tahun lamanya, atau lebih spesifik, sup ini dimasak pada zaman Negara-Negara Berperang (Warring States Period) yang berlaku sekitar 475 SM sehingga 221 SM.

Di dalam sup tersebut mengandungi lapisan hijau (patina) akibat proses oksidasi bekas gangsa dan keadaan makam yang sangat ditutup secara rapat sehinggakan bahan cecair tidak dapat melakukan proses penguapan.

Penemuan ini secara tidak langsung memberikan petunjuk baharu dan tambahan kepada ahli arkeologi untuk mengetahui gambaran budaya pemakanan bangsa Cina pada zaman tersebut.

Menurut salah seorang ahli arkeologi yang bertanggungjawab dalam kajian sup tulang meleleh ini, Liu Daiyun berkata bahawasanya, bekas gangsa ini dibungkus kembali setelah diambil beberapa sampel daripadanya dan akan meminta bantuan daripada beberapa pakar tertentu untuk menganalisis ramuan apa yang digunakan di dalam sup tersebut.

Selain penemuan sup tulang ini, ahli arkeologi turut menemui bekas gangsa yang lainnya, yang dimana terisi cecair wain.

Yeah, sup berkeladak. Berbuih. Kalau hirup sesudu, terbang sampai ke Musytari.

RUJUKAN:

1. The 2,400-year-old bowl of soup found in tomb of ancient soldier… and it’s still liquid, Daily Mail (2010).

2. Chinese archaeologists unearth 2,400-year-old ‘soup’, BBC News.

3. 2,400-Year-Old ‘Soup’ Discovered In China, Huffpost.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Comments are closed.