Ada sebuah filem bertajuk Under Paris yang sengaja dibuat untuk memerli kerajaan Perancis yang tak ambil peduli dengan keadaan Sungai Seine sebelum Olimpik.

 

Apa sebenarnya jadi di Sungai Seine?

 

Pertama sekali, kenapa Sungai Seine yang dipilih untuk kejohanan Olimpik?

 

Sungai Seine ni merupakan ikon Paris yang terkenal. Sungai ni akan digunakan untuk acara seperti triathlon dan renang maraton sememangnya memberi daya tarikan unik dan keindahan visual kepada Sukan Olimpik dikelilingi oleh pemandangan menara Eiffel dan bangunan-bangunan bersejarah Paris.

 

Tapi bayangkanlah, ibaratnya kita buat Sukan Olimpik tapi suruh para atlet berenang di Sungai Melaka atau Sungai Klang. Mana maunya. Kita sendiri tahu kebersihan sungai-sungai sangat tak memuaskan. Perkara yang sama berlaku di Paris.

 

Ujian kebersihan yang dilakukan baru-baru ini keatas Sungai Seine menunjukkan paras bakteria E. coli yang tinggi dalam air sungai ini.

 

E. coli ni adalah bakteria yang biasanya dikaitkan dengan pencemaran najis dan boleh menyebabkan penyakit seperti cirit-birit, jangkitan saluran kencing, radang paru-paru dan sepsis jika tertelan.

 

Masalahnya, ujian ni dibuat dalam tempoh 28 hari sebelum Sukan Olimpik dan hasilnya menunjukkan tahap bakteria yang tak selamat untuk perenang. Malah, ini adalah minggu ketiga berturut-turut sampel dari sungai menunjukkan paras bakteria yang tinggi. Aje gampang kome!

 

Sebenarnya Sungai Seine ni pun dah lama diharamkan untuk berenang sejak 1923 lagi. Yang menghairankan, selepas 100 tahun tiba-tiba kerajaan Perancis nak gunakan sungai tu untuk Sukan Olimpik.

 

Pihak berkuasa Paris telah membelanjakan sekitar $1.5 bilion untuk usaha membersihkan Sungai Seine menjelang Sukan Olimpik. Malah mereka bina sistem perparitan khas dibawah Sungai Seine supaya sistem pembentungan najis tak melalui sungai.

 

Namun, hujan lebat baru-baru ini telah menyebabkan sistem pembetungan melimpah dan mencemarkan sungai dengan najis. Ia semakin memburukkan lagi keadaan.

 

Dan baru-baru ini juga, terdapat protes di Paris yang digelar sebagai “protes najis”, di mana orang ramai digalakkan untuk berak di Sungai Seine.

 

Malah, Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Datuk Bandar Paris Anne Hidalgo berjanji untuk berenang di sungai itu sendiri untuk membuktikan ia selamat.

 

Orang-orang Paris nak berak di sungai tu pada hari presiden dan datuk bandar mereka nak berenang di sungai tu supaya tahi-tahi terapung ketika mereka berenang.

 

Walaupun kita tidak tahu sama ada mereka benar-benar melakukannya, protes ini mendapat liputan meluas dan menimbulkan persoalan mengenai tahap kebersihan sungai tersebut.

 

Sebenarnya filem Under Paris pun memerli sikap kerajaan yang keras kepala yang tak mahu membatalkan atau menukar lokasi kejohanan tersebut ke tempat lain. Pengakhirannya, semua atlet kena ngap dengan jerung.

 

Lebih pentingkan duit daripada nyawa. Sia-sia je ibarat untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Dalam realiti pun sama macam dalam filem, Perancis tak ada pelan B untuk elak daripada menggunakan Sungai Seine semasa Sukan Olimpik.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Perancis dianggap sebagai bumi bertuah kerana geografinya dilindungi oleh halangan semulajadi. Anda boleh baca masalah yang dihadapi Perancis dalam siri DUNIA TANPA TEMBOK. Dapatkan segera!

 

DTT: https://shope.ee/5V6BFhsNqi

DTT II: https://shope.ee/509ueoOgIc

DTT III: https://shope.ee/6pbYqChURS


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Comments are closed.