Terkurung selama 33 tahun akibat fitnah tuduhan palsu, seorang panglima per*ng yang merupakan tokoh dengan jasa yang tidak terhitung banyaknya kepada kerajaan Republik China dan gerakan politik militari Kuomintang, ditakdirkan meninggal dunia 10 tahun terlalu awal sebelum sempat menyaksikan nama dan maruahnya dibersihkan kembali.
Satu-satunya peringatan tentang kewujudannya adakalanya diterbitkan melalui laporan akhbar seperti berita dengan tajuk utama “Sun Li-jen masih hidup!” yang diterbitkan dalam majalah Xinwen Tiandi pada tahun 1982. Namun mengapa panglima nasionalis yang bernama Sun Li-jen ini membiarkan dirinya difitnah dengan mendiamkan diri selama 33 tahun? Sebelum itu mari kita telusuri sejarah beliau dalam tentera nasionalis China dahulu.
PER*NG SINO-JAPAN KEDUA
Sun mengetuai pasukan tentera Nasionalis China dalam memer*ngi pencerobohan impierialis Jepun semasa Pertemp*ran Shanghai pada tahun 1937 dan terc*dera parah akibat l*tupan periuk api. Setelah pulih, Sun kembali memimpin pasukannya di barisan hadapan.
Setelah menjalani latihan selama dua tahun, Divisyen Baharu ke-38 pimpinannya dikirim oleh Chiang Kai-shek ke Burma bagi melindungi Jalan Burma di bawah Jeneral Zhang Zhen, komandan Tentera Darat ke-66, bersama Jeneral Du Yuming (Tentera ke-5) dan Jeneral Gan Lichu (Tentera ke-6) sebagai sebahagian daripada Angkatan Ekspedisi China.
Sun mengetuai satu formasi pasukan China (Bahagian ke-38) melalui permukaan geografi yang mencabar untuk menyelamatkan 7,000 pasukan Inggeris yang terperangkap dalam ser*ngan sejumlah besar tentera Jepun ketika Pertemp*ran Yenangyaung. Selain tenteranya sendiri, art1leri British dan kereta kebal 7th Armoured Brigade (United Kingdom) buat sementara waktu diletakkan di bawah perintah Sun atas arahan Jeneral Slim.
Walaupun gagal menghentikan Jepun dari menyeberangi Jalan Burma, Sun tetap menerima penghormatan dari Jeneral William Slim, panglima Tentera Darat ke-14 British. Sun dan divisyennya berundur ke India, sementara Du Yuming, yang tidak mengendahkan nasihat Sun, nekad berundur kembali ke China sebelum ditangkap dan dis*ksa dengan teruk oleh penceroboh Jepun.
Pada awal tahun 1943, setelah berjaya berundur ke India, divisyen Sun diserap ke dalam New First Army dan menjadi sebahagian dari ‘X Force’, pasukan China di bawah perintah Joseph Stilwell, komander Amerika Syarikat untuk seluruh tentera Amerika dan China di “Teater China Burma India”.
Jeneral Stilwell menganggap Sun sebagai komandan lapangan tentera China yang paling berkeupayaan dalam semua peper*ngan. Pada tahun 1945, atas undangan Jeneral Amerika, Dwight D. Eisenhower, Sun menerokai medan per*ng di Teater Eropah. Dia kembali ke China untuk memimpin New First A*my ke Canton bagi menerima penyerahan kalah Jepun.Disiplin pertemp*ran yang ada pada divisyen Sun menimbulkan rasa hormat Stilwell terhadap askar-askar China. Pasukannya menerajui Kempen Burma, usaha Stilwell pada tahun 1943 untuk merampas Burma Utara dan menghidupkan kembali jalan darat ke China menggunakan Jalan Ledo.
PER*NG SAUDARA CHINA
Tamatnya per*ng dengan Jepun tidak bererti China sudah aman. New First Army pimpinan Sun dikerahkan ke Manchuria, di mana t*ntera Soviet meninggalkan pasukan K*munis bagi menguasai kawasan-kawasan strategik dan pihak Nasionalis hanya dapat mencari sokongan melalui lanun-lanun tempatan dan bekas anggota tent*ra Jepun yang telah menyerah kalah.
Pada 20 Mei 1946, pasukan Sun mengalahkan People’s Liberation Army (PLA) dan menawan persimpangan kereta api utama dalam Pertemp*ran Siping, tetapi hanya berjaya setelah sebulan berper*ng.
Jeneral Lin Biao dari pasukan k*munis pernah menyatakan: “Selagi kita tidak perlu melawan New First A*my, kita tidak takut dengan jutaan t*ntera Kerajaan Pusat.”
Sun pernah membuat kenyataan sinis bahawa PLA yang menentang tentera Nasionalis umpama “lalat menyer*ng harimau,” tetapi ketika PLA memperoleh siri kemenangan tempatan yang semakin bertambah, Du Yuming, panglima kegemaran Chiang Kai-shek berulang kali menuduh Sun tidak patuh kepada arahan pihak atasan.
Chiang merasakan bahawa Sun tidak boleh bekerjasama dengan pegawai lepasan pendidikan dari akademi Whampoa lalu menggantikannya dengan jeneral yang dianggapnya lebih setia. Sun dikembalikan ke pos kawalan di Nanjing pada bulan Julai 1947, sebagai timbalan panglima T*ntera Darat dan panglima pemerintah Pusat Latihan T*ntera Darat.
Konsul Jeneral Amerika di Mukden pada waktu itu, O. Edmund Clubb, kemudian mengenangkan bagaimana Sun dilayan seperti orang asing kerana menerima latihan dan pendidikan di Amerika Syarikat: “kesetiaan peribadi dikira oleh rejim Nasionalis sebagai elemen yang lebih penting daripada keupayaan atau kemahiran, apabila anda menyemai sikap pilih kasih sebegitu, anda menghadapi bahaya. “
DITUDUH SEBAGAI PEMBERONTAK
Ketika dikenali sebagai seorang jeneral terkenal yang mengetuai “Tentera Terbaik Dibawah Syurga” semasa kempen Parti Nasionalis China (Kuomintang/KMT) dalam perjuangan menentang pencerobohan imperialis Jepun dan per*ng saudara melawan Parti Komunis China, Sun dijatuhi hukuman tahanan di rumah pada tahun 1955 oleh pemimpin KMT Chiang Kai-shek setelah dia didakwa cuba merancang untuk melakukan gerakan rampasan kuasa.
Anak lelaki Chiang Kai-shek, Chiang Ching-kuo, meneruskan tempoh penahanan Sun Li-jen ketika dia menjadi presiden Republik China (Taiwan). Kurang dua bulan setelah kem*tian Chiang Ching-kuo pada Januari 1988, keluarga Sun menghubungi wartawan Lee Wen-pang, yang bercakap dengan Sun selama tiga jam, beliau menerbitkan slot wawancara eksklusif di Independent Evening Post dan menulis untuk majalah The Journalist.
Sun, yang berusia 87 tahun ketika itu, meminta anak angkatnya untuk menunjukkan kepada Lee sehelai halaman buku catatannya, yang berbunyi: “Siapa yang boleh membersihkan nama saya? Siapa yang boleh memberi saya keadilan? ” Dia kemudian akan menyatakan bahawa dia sudah tidak ingat lagi bila dia menulis ayat tersebut.
Sun menyatakan rasa kesal kerana beberapa pegawai bawahannya juga turut dihukum, dan mengatakan bahawa dia berharap pemerintah boleh membersihkan namanya sebelum dia meninggal dunia. Tetapi isteri dan anaknya tidak yakin bahawa hasrat itu akan menjadi kenyataan, memandangkan segala fail dan dokumen berkenaan kes tersebut diklasifikasikan sebagai sulit dan segala usaha hingga saat itu berterusan menemui kegagalan.
Hanya beberapa bulan kemudian, dia dibebaskan atas perintah Presiden Lee Teng-hui. Sun sebelumnya telah memberitahu Lee Wen-pang bahawa impiannya yang mahu membersihkan nama baiknya itu lebih besar daripada dia mengimpikan kebebasan, tetapi sayangnya dia meninggal dunia pada 19 November 1990, iaitu 10 tahun terlalu awal sebelum dirinya dibebaskan dari segala tuduhan oleh Control Yuan (Cawangan Siasatan Kerajaan Republik China).
LAPORAN BERTINDIH
Bekas anggota Control Yuan, Tao Pai-chuan menulis dalam memoirnya pada tahun 1982, “Dari semua kes di mana saya cuba membersihkan nama seseorang, tidak ada yang lebih memerlukan keberanian berbanding kes Sun Li-jen.”
Tao adalah sebahagian daripada jawatankuasa seramai lima orang ahli yang dibentuk oleh Control Yuan pada tahun 1955 untuk melakukan siasatan bebas setelah jawatankuasa dengan seramai sembilan ahli orang-orang Chiang Kai-shek mendapati Sun bersalah atas semua tuduhan.
Menteri Jabatan Maklumat Kerajaan, Wu Nan-ju, menteri yang ketika itu dari Pejabat Maklumat Kerajaan yang tidak lagi berfungsi, menyampaikan versi rasmi peristiwa itu dalam bentuk kenyataan awam selepas kejadian itu.
“Dalang kepada kes pengintipan yang terkini, Kuo Ting-liang, adalah bekas orang bawahan Sun Li-jen yang lama. Kuo dikirim ke Taiwan untuk menggunakan hubungannya dengan Sun bagi tujuan menyusup masuk ke dalam organisasi dan menggulingkan pemerintah. Rencana kudeta Kuo ditemui oleh pihak berkuasa, dan dia telah mengakui perbuatannya. Sun bertindak menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak menyedari perkara itu dan sejak itu dia mengundurkan diri dari menduduki jawatannya. Presiden telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat kes tersebut dengan adil.”
Jawatankuasa Chiang dianggotai oleh pemimpin tertinggi kerajaan, termasuk Naib Presiden, Chen Cheng, Menteri Keadilan, Wang Chung-hui, Menteri Pertahanan, Yu Ta-wei dan Setiausaha Umum Presiden, Chang Chun.
Laporan itu dimulakan dengan surat pengunduran diri Sun Li-jen, di mana dia sangat menyesali akan kecuaiannya yang hampir menghancurkan negara, “kejahatan yang tidak dapat ditebus dengan 100 nyawa.”
Kesemua sembilan ahli jawatankuasa Chiang mendapati Sun bukan sahaja bersalah kerana kecuaian, tetapi juga mendakwa Sun telah meminta Kuo untuk membantunya merekrut dan menstruktur angkatan tent*ra rahsia, dan Kuo menggunakan kesempatan ini, bersama dengan dana yang diberikan oleh Sun, untuk meneruskan kegiatan pemberontakannya. Hasil kajian itu menyimpulkan bahawa Sun pasti tahu mengenai rancangan orang bawahannya itu dan menuduhnya melindungi pergerakan komunis.
Setelah meneliti pengakuan tersebut, jawatankuasa tersebut menyimpulkan bahawa kegiatan Kuo tidak ada unsur-unsur hasutan, turut dijelaskan bahawa dia dan Sun hanya berusaha untuk membuat perancangan menaiktaraf keberkesanan angkatan t*ntera. Ini juga menyatakan bahawa Sun tidak tahu tentang niat orang bawahannya itu untuk memberontak, dia menyangka perletakan jawatannya adalah hukuman yang sudah cukup setimpal.
Ahli jawatankuasa Tsao Chi-wen terus memperjuangkan nasib Sun yang tidak bersalah untuk beberapa tahun seterusnya, dia membuat kenyataan dalam satu forum kerajaan pada tahun 1956 bahawa Lee dianiaya hingga ters*ksa dan keseluruhan kes itu adalah direka-reka atas dasar konflik peribadi.
EMPAT PULUH ENAM TAHUN KEMUDIAN
Pengembaraan Chu Hung-yuan selama 26 tahun untuk membersihkan nama Sun Li-jen bermula ketika dia mengunjungi kediaman jeneral itu di Taichung pada bulan April 1988. Selama bertahun-tahun, sejarawan Academia Sinica itu telah menemuramah lebih dari 100 orang yang mempunyai kaitan dengan kes tersebut.
Chu menulis dalam artikel Academia Sinica Weekly bahawa penyelidikan itu memakan masa yang lama atas banyak sebab, termasuklah apabila Sun meninggal dunia setelah temuramahnya yang ke-13. Perkara ini menjadi lebih rumit setelah bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Dean Rusk memberitahu China Times bahawa Sun memang permah merancang cubaan gerakan rampasan kuasa.
Kuo, yang telah diasingkan oleh pemerintah ke Pulau Green di Australia setelah dia dibebaskan dari penjara, meninggal dunia secara misteri setelah temuramah pertamanya dengan Chu pada tahun 1991, beliau dikatakan terjatuh dari sebuah keretapi di Chungli. Kejadian ini hanya membakar lagi semangat Chu untuk mencari kebenaran.
Kejayaan mula muncul ketika Chu menemui laporan jawatankuasa siasatan lima orang yang hilang, walaupun telah ditapis dengan berat. Dia juga menyimpan rekod perubatan Kuo, sekaligus menyimpulkan bahawa Kuo diser*ng semasa berada didalam keretapi dan m*yatnya dibuang.
Chu juga turut mendapati bahawa Kuo bukanlah seorang perisik komunis, walaupun dia mungkin telah merancang untuk menggunakan kekuatannya dalam mempengaruhi dasar kerajaan. Chu juga merasa aneh apabila jenayah hasutan yang sepatutnya membawa kepada hukuman m*ti, tetapi Chiang mengubah hukuman itu kepada penjara seumur hidup.
Melalui wawancara dengan bekas anggota Komando Penjara Taiwan, Chu mendapati bahawa pemerintah menyediakan segala keperluan untuk anggota keluarga Kuo dan tidak menganggu kehidupan Kuo selagi da tinggal di Pulau Green dan terus berdiam diri.
Oleh kerana pengakuan Kuo adalah inti dari kes ini, Chu menyimpulkan bahawa keseluruhan kes itu tidak sah. Keputusan yang akhirnya menetapkan Sun Li-jen adalah didapati tidak bersalah telah dipersetujui oleh Control Yuan pada tahun 2001.
Chu terus menemu ramah orang selepas itu, dan pada tahun 2012 dia mengumumkan bahawa Kuo diperdaya hingga terpaksa mengaku salah setelah diberitahu bahawa dengan berbuat demikian dia akan menyelamatkan Sun dan Sun mungkin akan menyelamatkan dia selepas itu.
Peranan Kuo mungkin jelas, tetapi Sun lebih suram kerana kemudiannya didapati Amerika Syarikat lebih cenderung memihak kepadanya berbanding Chiang dan akan menyokongnya jika dia melancarkan gerakan rampasan kuasa – sekurang-kurangnya sehingga Per*ng Korea meletus. Tetapi sumber lain menyatakan bahawa dia hanya bertentangan dengan Chiang Ching-kuo ketika keduanya berselisih pendapat dalam ideologi ket*nteraan.
Tiada siapa yang tahu samada benarkah dia cuba melancarkan gerakan rampasan kuasa ataupun tidak. Mungkin juga kerana dia menerima latihan ketenteraan di luar negara, dia tidak mempunyai keyakinan penuh terhadap kepimpinan Chiang Kai-shek.Walau apa pun jua jawapannya dan sebesar mana pun jasa baktinya, dia tetap dianggap sebagai duri didalam daging rejim Chiang, yang akhirnya telah mentakdirkan nasibnya hingga terkurung selama 33 tahun
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih