HAMPIR 100 tahun, dinasti keluarga Brooke memerintah Sarawak dan di ianya juga menyaksikan tiga orang bangsa Eropah menjadi Raja atau Rajah Putih.  Didahului dengan Sir James Brooke menjadi rajah pertama dengan rasminya pada tanggal 18hb Ogos 1842 setelah Sultan Omar Ali Saifuddin II menyerahkan secara total Sarawak kepada beliau pada 24hb September 1841.

Setelah James Brooke meninggal dunia pada 11hb Jun 1868, tampok pemerintahan dinasti Brooke di Sarawak diwarisi oleh anak saudaranya pula.  Ini kerana antara syarat untuk mewarisi legasi Brooke di Sarawak mestilah anak lelaki sedangkan Sir James Brooke tidak mempunyai anak dari perkahwinan yang sah disisi undang-undang pada masa itu.  Jadi, legasi pemerintahan selepas kematian beliau diberikan kepada anak saudaranya iaitu anak lelaki sebelah adik perempuannya yang bernama Sir Charles Anthoni Johnson Brooke.

Kemudian, rajah Sarawak yang terakhir diwarisi oleh anak lelaki rajah kedua iaitu yang bernama Sir Charles Vyner DeWindt Brooke.  Hasil daripada pemerintahan yang bijak daripada ayahandanya maka Sir CV Brooke mewarisi sebuah negara yang kaya raya pada masa itu namun tatkala beliau memerintah pula digambarkan sebagai seorang pemerintah yang suka berfoya-foya dan sebagainya.

Dan bilamana Perang Dunia Kedua menerjah Sarawak akhirnya selepas perang, beliau sudah tidak mampu lagi memerintah kerana banyak infrastruktur pada sudah musnah.  Ditambahlagi keadaan kewangan Sarawak pada ketika itu terlalu meruncing hingga hampir muflis. Inilah antara faktor mengapa dan kenapa Sarawak pada tahun 1946 dengan rasminya diberikan oleh beliau kepada Koloni British walaupun sebelumnya sudah ada gerakan anti penyerahan Sarawak kepada British berlangsung. Sejak itu juga Sarawak dikenali sebagai Koloni Mahkota Sarawak British sehinggalah membentuk Gagasan Malaysia pada tahun 1963.

Itu sejarah secara sepintas lalu era-era pemerintahan Sarawak dibawah dinasti keluarga Brooke.  Dan berbicara di dalam konteks itu mungkin ramai masih tidak mengetahui bahawasanya setiap rajah yang dilantik mempunyai ikrar atau angkat sumpah.  Untuk itu, pemahkotaan Sir Charles Vyner DeWindt Brooke pada tanggal 24hb Mei 1917 begitu menarik untuk kita ketahui.

Ianya menarik kerana walaupun pada dasarnya sekarang Sarawak, Malaysia seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 adalah negeri yang agama rasminya tiada namun di ketika era Brooke amat berlainan sekali.  Walaupun diperintah oleh bangsa Eropah yang beragama Kristian namun pada hakikatnya segala hal mengenai agama Islam dan juga kaum Melayu Sarawak itu adalah antara hal utama di dalam pemerintahan Sarawak Kingdom.

Ikrar pertabalan Rajah Ketiga Sarawak ini dilakukan di Astana Negeri Sarawak dengan bersaksikan ahli-ahli Council Negeri dan ianya digazetkan pada tanggal 1 Ogos 1918.

Versi Bahasa Inggeris:

“WE, VYNER BROOKE, herewith take oath upon the Bible to establish clearly and honourably our attitude concerning the matter set forth the following Articles:-

Article 1.

“We undertake to acknowledge and support the religion of Islam together with the laws and customs pertaining to that religion.”

Article 2.

“We undertake that such laws and customs as affect the Malay race shall follow the principles laid down by this Government in the past.  And no question of any change or alteration shall be entertained except such as may be in accordance with the opinions and deliberations of the member of Council Negri.”

Article 3.

“We undertake on behalf of ourselves and our successors as Rajahs of Sarawak to abide by the conditions expressed in the Will of Rajah Sir Charles Brooke.”

….……………….

….……………….

“And we swear to obey and to carry out the wishes of the late Ruler, our honoured Father, as forming the Constitution of the State”

Versi Bahasa Malaysia:

“Kita, Vyner Brooke pada masa ini bersumpah atas Bible mandirikan serta menerangkan dengan betul pasal-pasal yang demikian.”

Pasal Yang Pertama.

“Kita berjanji mengaku agama Islam serta dengan adatkan hukum yang tersebut pada agama itu.”

Pasal Yang Kedua.

“Kita berjanji seperti hukum dan adat diatas orang Malayu buleh seperti yang sudah diletakan Perentah selama ini.  Maka jikalau mengganti atau mengobah itulah serta pikiran dan pertimbangan daripada Tuan Tuan yang dudok di dalam Council Negri.”

Pasal Yang Ketiga.

“Kita berjanji mana-mana pengantian kita yang menjadi Rajah Sarawak maka sehingga buleh mengikut pasal-pasal yang tersebut didalam Wasiat Rajah Charles Brooke.”

….………………

….………………

“Maka menurutkan mengambil sumpah dan mengikut seperti adat Negri seperti yang maksud almarhom ayanda kita.”

Apa yang disajikan ini berdasarkan kepada dokumentasi yang sudah digazetkan oleh Kerajaan Sarawak dari era Sarawak Kingdom lagi.  Jadi tidaklah menghairankan di dalam sejarah terbukti bagaimana Rajah pertama iaitu Sir James Brooke masih lagi memperuntukkan sejumlah dana untuk pembinaan masjid pertama Sarawak.  Kemudian, diketika pemerintahan Rajah kedua iaitu Sir Charles Brooke telah ada masyarakat Islam Sarawak iaitu pada tahun 1911 seramai 235 orang telah dihantar menunaikan ibadah haji ke Mekah melalui kapal-kapal yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak.

Dan didalam konteks pentadbiran pula, sejak di zaman Brooke lagi masyarakat Melayu Sarawak sudah diberikan peluang untuk mengungguli barisan pentadbiran utama Sarawak Kingdom.  Telah terbukti di dalam sejarah, penasihat kepada Gabenor Sarawak iaitu Sir James Brooke adalah Datu Patinggi Abang Ali dan seterusnya Melayu Datu-datu mengungguli barisan Council Negri yang dipilih suatu waktu dahulu.

Berlapang dada dengan sejarah kerana artikel ini bukanlah sesekali untuk menyatakan ketuanan sesuatu bangsa atau kaum mahupun menyentuh sensitiviti agama, sebaliknya sebagai satu sumber pengetahuan sejarah untuk kita semua.

‘Those who cannot remember the past are condemned to repeat it.’ – George Santayana

Dum Spiro Spero

“While I Breathe, I Hope”

-HB-

#KamekSayangSarawakBah!

Kredit teaser: The Brooke Trust

Rujukan:

  1. Sarawak Gazette 1st August 1918 – Appendix D, Accession Oath of Sir Charles Vyner Brooke, Third Rajah Of Sarawak.
  2. Lembaga Kebajikan Masjid Sarawak (Kronologi Penubuhan Masjid Negeri Sarawak)
  3. Sir Charles Vyner Brooke, Rajah Ketiga Sarawak – Borneo Oracle
  4. Musim Haji Dulu-dulu – Borneo Oracle

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memartabatkan sejarah Sarawak dan Borneo agar mampu diketahui sebaik mungkin oleh masyarakat Malaysia merupakan visi dan misi yang utama di dalam penulisannya. Seorang jurutera automatif yang terjun ke dunia penulisan bagi memvariasikan kebolehan dirinya.

Leave A Reply