Selepas kejatuhan Baghdad dan Andalusia, umat Islam kehilangan zaman keemasannya. Meskipun begitu, kegemilangan kita tidaklah hilang sepenuhnya. Khilafah Turki Uthmaniah menyambung legasi sains sepanjang lebih 600 abad.

Teknologi steam yang memanfaatkan wap dibangunkan oleh Takiyuddin, seorang ahli falak dan ahli matematik. Ciptaan saintifik ini diwujudkan 200 tahun lebih terkehadapan daripada barat. Sayangnya, teknologi steam ini gagal dipopularkan atau dimanfaatkan industri Turki. Apa yang jadi adalah fungsinya terbatas untuk hal simple seperti masak kebab. Lol.

Tahtelbahir, seorang saintis muslim mencipta kapal selam pertama untuk Turki Uthmaniah pada tahun 1719. Kapal selam ini menggunakan teknologi steam daripada pembakaran arang. Untuk menyelam ke dasar laut, bara api yang dinyalakan perlu dipadam oleh anak kapal. Wap yang terkumpul dalam bekas kapal selam akan mencukupi untuk perjalanan dasar laut.

Amiral Piri Reist (1465 – 1553 M), telah melakarkan peta dunia yang memuatkan benua Amerika dan Australia. Khilafah Turki Uthmaniah sendiri tidak mengambil kesempatan untuk menjelajah ke dunia baru itu. Kalaulah dulu Khalifah terdetik idea nak buka koloni kat Amerika, mungkin sejarah akan berubah!

Sebelum adanya Klinik Haiwan seperti hari ini, Turki Uthmaniah telah membina Gurabahane-i Laklakan iaitu hospital haiwan untuk merawat burung bangau dan unggas-unggas yang bermigrasi. Di bandar-bandar Turki moden, akhlak menjaga kebajikan binatang masih boleh kita temui. Sebagai contoh, bekas untuk meletakkan bijirin burung masih mudah ditemui. Masyarakat Turki juga sangat menyukai kucing dan membiarkannya bermain di masjid dan tempat awam.

Turki Uthmaniah juga menerapkan kaedah vaksin yang diambil daripada perubatan cina. Dengan cara ini, mereka membasmi smallpox daripada teruk menjangkiti kanak-kanak. Lady Montagu, seorang penyair Inggeris menceritakan kaedah perubatan Turki ini kepada rakyat tanah airnya. Tidak lama kemudian, vaksin untuk smallpox dicipta oleh Edward Jenner.

Akşemsettin, guru ruhani kepada Sultan Mehmet al-Fatih tiada kurangnya. Dia mendedahkan kewujudan bakteria yang boleh mengakibatkan penyakit kepada manusia. Kitab Maddet’ül Hayat pada abad ke-15 itu menjelaskan ada bakteria yang tidak mampu dilihat mata kasar. “Penyakit itu hidup seperti manusia dan tumbuhan. Salah kalau kita kata penyakit tiba-tiba sahaja muncul pada manusia. Sebetulnya penyakit boleh berpindah daripada manusia kepada manusia. Jangkitan ini tidak boleh dilihat mata kasar namun wujud dengan saiz sekecil zarah.”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply