Sekumpulan masyarakat yang sering kali dipandang hina oleh sesetengah pihak membuktikan bahawa mereka mampu memberikan sesuatu yang bermakna kepada negara. Mereka mengharapkan agar mereka dapat melenyapkan persepsi buruk yang sering kali dilontarkan oleh masyarakat kepada mereka.

Mereka menunjukkan bahawa program reben kuning seharusnya diteruskan bagi memberikan mereka peluang kedua untuk meneruskan hidup sebagai masyarakat biasa tanpa didiskriminasi.

Kumpulan yang dimaksudkan ialah warga yang hidup dibalik tirai besi iaitu banduan penjara. Walaupun suatu ketika dahulu mereka melakukan satu perkara yang salah, namun ketika musim penularan wabak pandemik ini, mereka menunjukkan semangat sebagai seorang warganegara dengan menyumbangkan tenaga mereka buat negara. Banduan penjara ini telah menghasilkan peralatan perlindungan diri (PPE) buat petugas barisan hadapan

Sebagai rekod, 12 penjara di seluruh negara telah mengambil bahagian untuk menyumbangkan tenaga mereka menghasilkan peralatan perlindungan diri. Antara penjara yang terlibat ialah Penjara Pengkalan Chepa di Kelantan.

Pusat ini ‘mengambil’ 40 pekerja yang berkemahiran dalam bidang jahitan terdiri daripada banduan penjara tersebut. Mereka mampu dan berjaya menghasilkan kira – kira 1,000 peralatan perlidungan diri (PPE) iaitu perisai muka ataupun lebih mesra dan dikenali sebagai face shield. Sukarelawan ini mampu menghasilkan PPE dalam jumlah yang banyak kerana mereka menggunakan kaedah istimewa tanpa mengorbankan kualiti bahan yang dihasilkan.

Menurut Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, kaedah yang ‘anak buahnya’ gunakan juga mampu mengelakkan pembaziran bahan asas yang yang semakin berkurangan. Untuk pengetahuan semua, kaedah ini telah dilatih kepada banduan oleh seorang intelektual daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Beliau yang merupakan Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, berjaya mendapatkan ilham yang memudahkan ini selepas berkoloberasi bersama seorang Pegawai Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Kelantan.

Lain pula ceritanya jika kita lihat di Penjara Penor di Kuantan, Pahang. Bengkel jahitan di situ pada ketika ini hanya mengambil tempahan khas istimewa buat wira dan wirawati negara yang mempertaruhkan nyawa mereka di barisan hadapan. Banduan di penjara ini menggembleng tenaga bermula seawal jam 9 pagi sehingga 5 petang setiap hari.

Bilangan petugas yang melibatkan diri dalam kerja khidmat bakti buat negara ini adalah berjumlah 18 orang. Mereka ditugaskan untuk mengukur, memotong dan menjahit peralatan perlindungan diri (PPE) yang diperbuat daripada material khas yang berwarna biru. Menurut pengarah penjara di situ, mereka dibekalkan dengan 2,000 meter material berkenaan. Untuk pengetahuan semua, sepasang PPE dari hujung kepala ke hujung kaki memerlukan sebanyak lima meter material tersebut.

Hasil daripada kerja keras mereka yang turut bekerja pada hari Sabtu dan Ahad, mereka mampu menghasilkan sebanyak 20 pasang PPE pada setiap hari. PPE yang telah siap akan dihantar kepada pejabat Setiausaha Negeri Pahang untuk diedarkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri. Bagi melancarkan penghasilan PPE ini, mereka mewujudkan tiga stesen khas yang berlainan. Stesen tersebut adalah bahagian membahagikan material, memotong material dan menjahit material. PPE yang telah siap akan diperiksa oleh kakitangan penjara bagi memastikan produk mencapai kualiti yang diinginkan.

Jika kita beralih pula ke kepulauan borneo, terdapat beberapa penjara di sana turut mengambil bahagian dalam memberikan khidmat bakti mereka kepada negara yang tercinta ini. Penjara yang mengambil bahagian tersebut terletak di negeri di bawah bayu iaitu Sabah. Terdapat 2 buah penjara di negeri itu yang mengambil bahagian dalam penghasilan peralatan perlindungan diri (PPE) ini.

Penjara Sandakan ‘mempertaruhkan’ 10 penghuni berserta 2 tenaga pengajar mereka dalam menghasilkan PPE ini. Dengan hanya tenaga 10 orang manusia, mereka mampu menghasilkan sehingga 200 pasang kelengkapan tersebut dalam masa sehari. Semenjak daripada hari pertama mereka melakukan tugas, sukarelawan ini telah menghantar lebih daripada 2000 kelengkapan PPE ini kepada petugas barisan hadapan di Hospital Duchess Kent, Sabah.

Penjara di Tawau pula, mereka ‘menghantar’ 20 penghuni mereka untuk menyediakan PPE dengan tugasan khas untuk menhasilkan ‘scrub’. Mereka telah berjaya menghasilkan 50 pasang scrub dan telah dihantar ke Klinik Kesihatan Jenis II untuk kegunaan pejuang di sana. Di atas kejayaan cemerlang mereka itu, mereka sekali lagi diberikan kepercayaan untuk menghasilkan lebih banyak PPE untuk membantu memerangi penularan wabak Covid-19. Pada kali ini, mereka diperuntukkan selama 2 minggu untuk menghasilkan 500 helai PPE lagi.

Seterusnya, penjara yang turut serta menggembleng tenaga berada di bumi Kenyalang. Penjara Limbang, Sarawak menjahit sebanyak 500 unit PPE dalam tempoh seminggu. Mereka dikhaskan untuk menghasilkan PPE ini untuk kegunaan pegawai kesihatan di daerah Limbang yang mengalami kekurangan bekalan PPE. Seramai 29 penghuni Penjara Limbang yang berkemahiran dalam bidang jahitan telah diberikan tugas untuk membantu menghasilkan peralatan perlindungan diri tersebut

Kesimpulannya, kita perlu berterima kasih kepada mereka kerana mereka telah membantu petugas barisan hadapan melaksanakan tugas mereka dengan sempurna. Tan pa bantuan mereka, mungkin penularan wabak Covid-19 ini akan menjadi tidak terkawal kerana petugas barisan hadapan tidak memakai peralatan perlindungan diri kerana kekurangan bahan. Akhir kata, kekal duduk di rumah dan patuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak yang berautoriti. #StayatHome

RUJUKAN:

  1. Penjara Pengkalan Chepa Hasilkan 1,000 unit PPE Dalam Tempoh Satu Hari, Bernama.com, 1 April 2020, retrieved: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1827355
  2. Dua Belas Penjara Seluruh Negara Bantu Jahit PPE Petugas Kesihatan, Bernama.com, 6 April 2020, retrieved: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1829111
  3. Banduan Penjara Penor Jahit PPE Untuk ‘Frontliners’ Covid-19, Zulaikha Yusof, 31 Mac 2020, retrieved: https://gempak.com/artikel/34225/banduan-penjara-penor-jahit-ppe-untuk-frontliners-covid-19
  4. Banduan Sediakan PPE Untuk ‘Frontliner’, 9 April 2020, retrieved: https://utusansabah.com/banduan-sediakan-ppe-untuk-frontliner/
  5. Giatmara, Penjara Tawau Jahit PPE, Bantu KKM, 3 April 2020, retrieved: https://www.borneotoday.net/giatmara-penjara-tawau-jahit-ppe-bantu-kkm/
  6. 6. Banduan di Penjara Limbang jahit PPE untuk petugas kesihatan, 11 April 2020, retrieved: https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sarawak/20200411/281913070233501

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Jangan hirau warna bendera, Kerana itu penyebab huru hara, Jangan kisah pengikut siapa, Asalkan dia pembela bangsa. Hairul Faizi bin Hairulnizam merupakan seorang anak muda yang berusia 19 tahun. Meminati bidang penulisan yang berkaitan dengan fakta dan sejarah. Berpegang teguh kepada semangat berilmu untuk berjasa digarapkan sekali dengan misi untuk mendidik bangsa. Bercita cita untuk membawa aura penulisan yang lebih menarik untuk menambat hati anak muda . Di barisan hadapan sebagai pembela, Ilmu di dada menabur jasa, Semakin memuncak cita-cita, Semakin tunduk pada yang Esa.

Comments are closed.