Kerapkali Indonesia menjadi contoh tidak enak pada mata rakyat Malaysia. Memang betul, banyak amalan pelik pernah berleluasa di sana seperti amalan gila di Gunung Kemukus misalnya. Walau bagaimanapun, itulah resam apabila sebuah negara mempunyai populasi besar. Malaysia dengan lingkungan 40 juta orang pun sudah macam-macam hal, apatah lagi Indonesia dengan 270 juta. Sangat tidak adil kalau cakap semua rakyat mereka menjauhi Islam. Kerana baru-baru ini tular pasal rang undang-undang syariah yang katanya bakal dilaksanakan di Sumatera Barat.

Pertama sekali, Indonesia adalah sebuah negara yang terbahagi kepada 34 buah provinsi (wilayah). Lima provinsi menikmati status istimewa, dengan kuasa berautonomi. Salah satu daripadanya adalah Aceh, yang melaksanakan undang-undang Syariah tersendiri – berbeza dengan provinsi-provinsi lain.

Biru: Pilihan mahu mahkamah sekular atau syariah.
Ungu: tiada pilihan. Semuanya syariah.
Kuning: undang-undang syariah hanya dalam kesalahan Islamik sahaja.

Hak Aceh sudah lama termaktub dalam undang-undang republik Indonesia. Jadi perbincangan sekarang adalah – bagaimana Sumatera Barat mendapat perkenan daripada pihak republik untuk melaksanakan undang-undang syariah?

Proses Yang Agak Rapi

Seperti negara-negara lain, Indonesia juga mempunyai Dewan Tinggi (upper house) dan Dewan Umum (lower house). Macam Malaysia, upper house adalah Dewan Negara; lower house pula Dewan Rakyat. Bagi Indonesia, lower house dipanggil Dewan Perwakilan Rakyat. Bulan ini, Dewan Perwakilan Rakyat bersetuju dengan undang-undang baharu yang akan menentukan hala tuju perundangan wilayah Sumatera Barat.Selama ini Sumatera Barat mengamalkan Undang-Undang No. 61.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Lama juga undang-undang ini dikuatkuasakan, sejak tahun 1958 lagi. Peralihan ini mewajarkan kita tengok cara hidup di Sumatera Barat sendiri. Wilayah ini sangat pekat dengan umat Islam. Pekat ini pula bukan setakat syahadah semata-mata. Mereka memang mengamalkan adab,a dat dan akidah Islam, sampai ada pepatah: “Adat basandi syarak, syarak basandi Kitabullah”. Mereka membentuk adat tempatan berdasarkan hukum syarak, yang dibentuk ikut nas al-Qur’an.

Kedudukan Sumatera Barat dalam peta. ( Bwmodular/CC-BY 3.0.)

Jadi secara jelas, adat tempatan “ber-basandi” pada al-Qur’an sendiri. Mungkin ada dalam kalangan pembaca sudah cam budaya Sumatera Barat selepas baca pepatah tersebut. Bagi yang tidak tahu, inilah budaya Minangkabau yang mendiami bumi Sumatera Barat.

Budaya Minang. (Mamasamala/CC-BY 3.0.)

Melihat betapa rapatnya budaya Minangkabau dengan agama Islam, tidak peliklah macam mana mereka boleh melaksanakan peralihan sedemikian sampai Dewan Perwakilan Rakyat sendiri bersetuju. Bukan kerja senang sebenarnya.

Peralihan ini akan mengabsahkan apa yang sudah ada dalam adat dan budaya sedia ada. Mekarnya Islam adalah kerana akidah penganut, adab penduduk dan pelaksanaan undang-undang syariah. Dan Sumatera Barat berada di kedudukan paling rapat sekarang, meskipun ada dalam kalangan rakyat mereka sendiri menafikan tentang peralihan ini. Namun laporan daripada pihak CNN ternyata sangat jelas: perkara ini masih berjalan kerana baru pihak lower house yang meluluskan. Proses masih panjang lagi, barangkali perlu sampai ke Dewan Perwakilan Daerah (upper house) sebelum kemudian pergi ke pihak Joko Widodo pula.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Yang pasti selepas diperkenan semua pihak berwajib barulah Majelis Permusyawaratan Rakyat akan memandatkan peralihan. Namun semua ini adalah perbincangan berasaskan teori semata-mata. Kerana prosesnya sendiri memakan masa. Dan jika ini adalah kehendak rakyat, barangkali mustahil sesiapa boleh menghalang. Jika berjaya, jangan pelik peralihan ini boleh memberi impak geopolitik dengan pengaruhnya boleh sampai sini.


Baginda Rasulullah SAW sudah pergi buat selamanya. Namun baginda meninggalkan amanat yang sangat penting buat kita semua, yakni al-Qur’an dan Hadis sebagai pedoman dan tunjuk ajar hingga kiamat. Buku ini menceritakan banyak perkara tentang baginda, terutamanya berkaitan dakwah dan diplomasi yang boleh dijadikan tauladan. Dapatkan: https://shopee.com.my/The-Patriots-Muhammad-Dakwah-dan-Diplomasi-i.238336777.4838248189


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply