Tidak syak lagi, Empayar Uthmaniyyah yang besar dan kuat itu pernah menjadi antara penyumbang terbesar yang membentuk perjalanan sejarah dunia.
Ditubuhkan pada tahun 1299, melalui penakl*kan Konstantinopel pada tahun 1453 telah mengukuhkan lagi kedudukan mereka di persada antarabangsa hingga menyebabkan kerajaan-kerajaan sekitarnya yang terkenal merasa gentar, bahkan meruntuhkan Empayar Rom secara penuh.
Memerintah selama lebih dari 600 tahun, pada puncak kekuasaan mereka pada tahun 1653, tanah-tanah yang ditakl*k bangsa Turki ini membentang dari sejauh Timur Tengah hingga sebahagian besar Afrika.
Dunia Barat mula sedar dan memerhatikan kerajaan Turki ini sedang berusaha mengukuhkan status hegemoni mereka untuk kepentingan perdagangan, peper*ngan, dan inovasi dari sudut ilmu dan teknologi.
Namun, pada akhir abad ke-19, Empayar Uthmaniyyah mula menghadapi masalah ekonomi hingga digelar sebagai “orang sakit Eropah”, rakyat minoriti dan Turki liberalis bangkit memberontak melawan mereka, Uthmaniyyah jatuh hingga seolah-olah mereka sudah tiada harapan lagi sebelum dibubarkan pada awal abad ke-19.
Para sejarawan menyatakan bahawa sebahagian daripada sebab ini mungkin adalah perubahan sikap dari apa sebenarnya yang dimaksudkan sebagai pemerintah yang hebat.
Disaat Empayar mereka bermula dengan pemerintah terawal yang membanggakan dirinya sebagai raja yang turun padang bertemp*r mengasaskan negara, hingga akhirnya keturunan sendiri terpaksa mengurung diri di belakang tembok istana mereka dan bergelut untuk menghadapi perubahan zaman di dunia.
Secara semula jadi, hasad dengki, persaingan sesama saudara, dan sikap para penasihat, sahabat, dan keluarga terdekat mereka sendiri telah menyumbang ke arah pengakhiram salah satu empayar terhebat yang pernah wujud di dunia. Namun, terdapat beberapa sultan yang akan diingati kerana tingkah laku mereka yang aneh dan kadang-kadang tidak masuk akal.
Sultan Ibrahim I (Sultan Gila) – 1616 hingga 1648
Keadaan mental Ibrahim yang malang itu mungkin berpunca dari dirinya yang dikurung di dalam kandang sejak kecil di sebuah bangunan di dalam Istana Topkapi yang tidak mempunyai tingkap.
Dinamakan sebagai Kafes, pengurungan sebegini adalah amalan biasa setelah tahun 1617, ianya bagi mencegah para saudara pewaris sultan yang dikhuatiri mungkin akan melakukan cuban menggulingkan takhta pemerintah sedia ada untuk melantik diri mereka sendiri di takhta sultan.
Penulis berpendapat bahawa itu juga adalah salah satu langkah alternatif dari amalan sultan sebelumnya yang ‘menghalalkan’ pembun*han semua bakal waris seperti para shahzade, sultanzade, bahkan termasuk sepupu mereka melalui kaedah fratricide.
Namun, kebiasaannya, kebanyakan pemerintah yang membesar dalam kurunhan dan akhirnya menaiki takhta memang akan menunjukkan tanda-tanda penyakit jiwa termasuk Sultan Ibrahim I.
Untuk mengalihkan perhatiannya, para penasihat mencadangkan supaya Ibrahim harus sentiasa dihiburkan dengan gadis-gadis dari harem. Hiburan yang berlebihan ini sangat menggembirakannya dan membiarkan para menteri sahaja yang memerintah kerajaannya seperti yang mereka kehendaki.
Ibrahim menyukai gundik-gundiknya tetapi sayangnya masalah paranoia mengawal kehidupannya, dan tindakan kejamnya yang masih kekal diingati adalah ketik beliau mengarahkan 280 orang gundiknya sendiri ditenggelamkan hingga m*ti lemas di Selat Bosphorus kerana beliau mengesyaki mereka bersekongkol untuk melawannya.
Sultan Murad IV (Sultan Yang Kejam) – 1612 hingga 1640
Murad adalah abang kepada Ibrahim I dan seandainya sahaja dia mampu mengawal kecenderungan sifatnya yang sadis dan kejam, nescaya dirinya pasti akan tercatat di dalam buku sejarah sebagai seorang panglima tentera yang berbakat dan sangat handal. Malangnya, tindakan pembun*hannya yang sering dilakukan hingga terkenal terus membayangi pencapaian angkatan tentera Uthmaniyyah.
Sekiranya Murad masih hidup sekarang, dunia pasti akan menggelarnya sebagai dalang genosid atau penjenayah per*ng sebaris dengan Adolf Hitler dan Joseph Stalin. Namun, kedudukannya pada waktu itu sebagai sultan kepada sebuah empayar yang mendominasi kuasa di Mediterranean memungkinkan dia melaksanakan lebih banyak tindakan ngeri sebelum orang ramai menyedari bahawa tahap mentalnya berada di luar kawalan.
Sering keluar dengan menyamar, dia suka berkeliaran di jalanan Istanbul bersama dengan algojonya, kemudian dia akan memerintahkan pembun*han serta merta terhadap orang dan tempat yang dia anggap sebagai bermasalah, hakiktnya, dia hanya melakukannya lebih kepada untuk memuaskan nafsunya berbanding menegakkan kebenaran.
Dia pernah memaksa doktornya untuk menelan ubatan merbahaya hingga m*ti kerana terlebih dos, dan seorang utusan yang terkeliru dan silap kerana memaklumkan bahawa dia memperoleh anak lelaki yang baru lahir ketika itu, sedangkan sebenrnya ia adalah seorang anak perempuan, telah disula kerana kesilapan kecilnya itu.
Pemuziknya yang memainkan irama melodi Parsi yang membuatnya sangat marah sehingga dia memotong kepalanya. Beliau pernah mengharamkan pengambilan kopi, hingga dia akan membun*h siapa saja yang meminumnya dan bahkan peminum alkohol juga akan dihukum walaupun pada hakikatnya dia sendiri adalah seorang alkoholik yang tegar.
Sekumpulan wanita yang sedang menyanyi dihukum m*ti dengan dilemaskan hanya kerana mengganggu ketenangannya dan dia sering memaksa gundik dari harem untuk melompat dalam keadaan telanjang ke dalam kolam sambil dia melepaskan tembakan pelet ke tubuh mereka.
Syukurlah, pemerintahan Murad IV tidak bertahan lama, kerana dia meninggal dunia pada usia seawal 27 tahun akibat masalah dalam hati.
Sultan Mustafa (Yang Ketawa) – 1592 hingga 1639
Pada ketika ini, mungkin kita boleh menganggap bahawa “kurungan dalam kandang” mungkin bukanlah satu-satunya punca kegilaan sultan-sultan Uthmaniyyah pada abad ke-17 kerana Mustafa adalah bapa saudara kepada Ibrahim I dan Murad IV, oleh itu, kes ini menunjukkan petanda ada penyakit keturunan.
Mustafa dikurung dalam kandang pada usia 11 tahun, tetapi banyak sumber sejarah menyatakan bahawa dia telah mengalami penyakit mental sejak lahir. Menduduki takhta pada usia 25 tahun, tindakannya lebih lucu daripada dua anak saudaranya itu.
Dia melantik dua orang hamba yang naif dan sangat tidak berpendidikan sebagai gabenor wilayah Damsyik dan Kaherah, kota-kota utama kerajaannya. Seorang petani juga dilantik sebagai pegawai tertinggi setelah petani itu menawarkan dia minuman ketika keluar berburu.
Penasihat besar meletakkan Mustafa kembali ke dalam kandang kurungan, di mana hari demi hari, dia duduk bersama dengan dua hamba perempuan dan sering tertawa kecil seperti orang bodoh. Kedaulatan diserahkan kepada anak saudaranya yang lain, Osman, tetapi dia dibun*h kerana sikapnya yang lemah sebagai seorang penguasa, lalu Mustafa diangkat kembali menaiki takhta namun pada waktu itu dia menolak untuk keluar dari kandang.
Sudah jelas bahawa Mustafa tidak pernah mahu memerintah dan dia menyerahkan kekuasaannya kepada anak saudaranya Murad, hinggalah akhirnya Mustafa meninggal dunia didalam kandang pada usia 47 tahun, menjadikan dirinya dikenali sebagai sultan yang tertawa.
Mehmed IV – Sultan Yang Dihina
Oleh itu, setelah 30 tahun pemerintahan tidak waras dan tidak masuk akal dalam Empayar Uthmaniyyah, tidak salah jika kita tertanya-tanya mengapa mereka tidak runtuh lebih awal daripada awal abad ke-20.
Syukurlah, pemerintah yang berikutnya iaitu Mehmed IV tidak menunjukkan tanda-tanda kegilaan seperti para pendahulunya dan walaupun terdapat kelemahan dari aspek kekuatan ketenteraan, dia masih mampu mengembalikan empayar itu ke arah sebuah pemerintahan yang teratur.
Dia dikenali sebagai seorang yang warak, malangnya, legasinya adalah penghinaan yang memalukan dari pihak Zaporozhian Cossack yang tidak pernah dia tunduk.
Setelah mengalahkan Mehmed dalam satu pertemp*ran kecil, Mehmed diperintahkan menyerah kalah dalam surat yang dikirim kepadanya. Mehmed menolak dan mungkin kerana pihak Cossack pernah mendengar kisah nenek moyang Mehmed yang gila, mereka membalas dengan memanggilnya sebagai setiausaha kepada syaitan Lucifer.
Mereka juga menggelar dia sebagai penipu Babylon, penolak roda Macedonia, pembuat bir Jerusalem, kambing-kambing dari Alexandria, babi Mesir Besar dan Kecil, babi Armenia, pencuri Podolia, algojo Kamyanets, dan si bodoh dari seluruh dunia dan alam barzakh, si bodoh di hadapan Tuhan, dan cucu Serpent.
Tindakbalas mereka yang sarkastik dan biadap, telah melemahkannya secara besar-besaran dan membuktikan bahawa tidak semua orang akan takut kepada Empayar Uthmaniyyah yang hebat, megah dan sultannya yang garang.
Penghinaan ini memalukan Uthmaniyyah hingga memakan masa selama bertahun-tahun untuk dilupakan sebelum legasi kegilaan yang ditinggalkan oleh Murad, Ibrahim, dan Mustafa hilang ke dalam buku-buku sejarah.
RUJUKAN:
Twin Kiosks/Kafes
Caged Princes: Twin Kiosks of Topkapi Palace : https://mediakron.bc.edu/ottomans/twin-kioskkafes
Why Ottoman Sultans Locked Their Brothers Away : https://daily.jstor.org/why-ottoman-sultans-locked-away-their-brothers/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih