Semenjak awal penubuhannya sehingga 1566 M, Sultan-Sultan Uthmaniyah sentiasa aktif dalam jihad melawan kerajaan Kristian di kawasan Balkan dan anatolia. Para Sultan di masa awal berusaha mengukuhkan segala pertahan dan kekuatan tentera sehingga musuh kuffar tiada peluang untuk mengancam mana-mana nyawa orang islam dan bukan islam dalam empayar.

Semangat jihad yang ada dalam diri sultan menyebabkan mereka sering kali tidak berada di ibu kota dan menugaskan golongan menteri (vizier) memantau keadaan ibu kota sepanjang ketiadaan mereka. Ibn Battuta turut menggambarkan Sultan Orhan (sultan 2 kerajaan Turki Uthmaniyah) yang memerintah dari 1324 M -1363M sebagai seorang yang memiliki hampir serarus benteng yang ia kunjungi dan membenahinya.

Begitu juga Sultan Murat I (1363-1389 ) dinyatakan oleh sejarawan Byzantine yang bernama Halako Nadilas dengan katanya “Murat I telah melakukan banyak perkara yang penting. Beliau memasuki 37 peperangan sama ada di Anatolia dan Balkan drngan mendapat kemenangan dalam kesemua peperangan tersebut.”

Kesungguhan dalam medan jihad turut terlihat pada Sultan Beyazid I (1389-1403M) yang terkenal dengan ketangkasannya dalam medan jihad sehingga digelar “Yeldrem” (halilintar) disebabkan gerakannya yang pantas semasa peperangan. Pada zamannya Imarah (emirat ) Uthmaniyah dinamakan sebagai Daulah Uthmaniyah.

Beliau telah berjaya menakluk kawasan Albania, Romania serta pernah mengepung Konstantinopel selama 7 bulan serta berjaya menumpaskan pakatan Salib negara eropah yang dipinpim pemerintah Hungary iaitu Raja Sigismund pada tahun 1396 M dalam petempuran Nicropolis.

Bapa kepada Sultan Mehmed II iaitu Sultan Murat II juga berjaya menawan kembali beberapa wilayah Uthmaniyah yang pernah ditawan oleh Beyazid I yang terlepas setelah kekalahan Uthmaniyah kepada pemerintah Monggol Timur Lenk dalam pertempuran Ankara (1402M) sehingga Beyazid I sendiri ditawan dan meninggal dalam tahanan. Bahkan Baginda berjaya memimpin tenteranya mencapai kemenangan dalam perang Varna 1444 yang menentukan bahawa kerajaan Uthmaniyah merupakan kekuatan dominan di sememnanjung Balkan bukan Hungary.

Sultan Mehmed II (sultan Muhammad Al-Fateh) yang memerintah dari tahun 1451-1481) dikatakan banyak menghabiskan waktu di padang rumput untuk menegakkan panji Islam seperti ekspedisi penaklukan Konstantinopel, ekspedisi penaklukan di kawasan Barat, ekpedisi penaklukan di Timur dan laut hitam.

Begitu juga Sultan Selim I (1512-1520) yang digelar penakluk Timur setelah berjaya menghancurkan kerajaan Mamluk dan mengalahkan kerajaan Syiah Safawi sehingga ke kawasan Tabriz. Sultan kerajaan Uthmaniyah paling agung iaitu Sultan Sulaiman Al-Qanuni (1520-1566) telah memimpin sendiri tenteranya melawan kerajaan Hugraria sehingga berjaya menakluk Belgrade, Buda serta mencapai kemenangan besar-besaran dalam perang Mohacs (1526) dalam masa yang singkat.

Sultan Sulaiman juga memimpin sendiri tenteranya menakluk Pulau Rhodes daripada Kesatria John. Sultan Sulaiman juga mara bersama tenteranya menghadapi Syiah safawi di Iran sehingga berjaya menakluk Baghdad pada tahun 1534 dan konflik ini berakhir pada tahun 1555 melalui perjanjian Amansya yang menetapkan garis batas wilayah Uthmaniyah dan Kerajaan Safawi di Iran.

Sultan Sulaiman sediri mangkat pada tahun 1566 ketika perlawanan terhadap Hungary dalam pengepungan Szigetvar dua hari sebelum kota itu dapat ditawan. Namun setelah kemangkatan Sultan Sulaiman pada tahun 1566, Sultan Uthmaniyah tidak lagi turun ke medan jihad dan angkatan tentera Uthmaniyah dipimpin oleh pemimpin tentera mereka sahaja kecuali beberapa orang sultan seperti Sultan Mehmed III (1595-1603) yang memimpin pasukannya di Hungary untuk menghadapi Austria dan Hungary sehingga kerajaan uthmaniyah berjaya menawan kota Eger pada 1596 M dan menghancurkan tentera Austria dan Hungary dalam pertempuran Mezo-Keresztes.

Sultan Uthman II (1618-1622) yang memimpin tenteranya menghadapi Poland yang berakhir dengan kegagalan dan yang terakhir Sultan Murat IV (1623-1640) yang memimpin tenteranya menghadapi Syiah safawi sehingga berjaya menwan kembali kota Erivan (1635) dan kota Baghdad (1638). Setelah itu tiada lagi Sultan yang turun ke medan jihad serta sultan banyak menghabiskan masanya di Istana .

Sikap Sultan yang tidak turun ke medan jihad menyebabkan kerajaan Uthmaniyah mengalami kekalahan demi kekalahan kerana kehadiran sultan dalam perang memberikan semangat secara psikologi kepada tenteranya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nama Diberi Muhammad Iqbal Harraz bin Mohd Yaakub. Masih lagi belajar di UiTM Rembau di dalam jurusan diploma mascomm. Sangat meminati sejarah Islam dan suka berkongsi apa yang dibaca kepada orang ramai. Berpegang kepada prinsip "yang Benar tetap Benar".

Comments are closed.