Tahukah korang, negeri Johor tidak sahaja terkenal dengan ketangkasan JDT, tetapi juga kebijaksanaan sultannya. Menariknya, kod undang-undang dari Khilafah Turki Uthmaniah pernah diserap ke dalam sistem kehakiman Johor Darul Takzim.
Pada tahun 1878, Maharaja Abu Bakar pergi menjalinkan hubungan diplomatik ke Istanbul, Turki. Baginda tertarik dengan syariat Islam yang menjadi tulang belakang sistem kehakiman Khilafah Turki Uthmaniah. Baginda percaya, dengan menegakkan syariat di Johor, negeri ini pasti dilimpahi rahmat dari Allah.
Oleh itu, baginda memerintahkan Majalah Ahkam al-Adliyyah yang berisi kod undang-undang untuk diterjemah ke dalam Bhasa Melayu. Dah macam Khalifah Harun Rashid dari Abbasiah yang mengarahkan terjemahan karya luar! Gandingan mantap umara’ dan ulama’ pasti membuahkan berkah.
Terjemahan yang dinamakan Majalah Ahkam Johor menjadi panduan rasmi bagi hukum syarak di negeri Johor pada tahun 1878. Walaupun kandungan kod undang-undang ini berasaskan mazhab Hanafi sebagaimana mazhab rasmi Khilafah Turki Uthmaniah, ia disesuaikan dengan pegangan setempat iaitu mazhab Syafie.
Syed Abdul Qadir yang bertugas sebagai mufti dan ketua Hakim Mahkamah pada tahun 1912 telah banyak membantu pelaksanaan kod undang-undang itu agar digunapakai dalam perundangan rasmi. Penggunannyas ecara meluas dikenalpasti pada tahun 1893. Kepentingannya sebagai teks rujukan hukum menjadi jelas pada zaman mufti terawal iaitu Syed Salim bin Abdullah al-‘Attas dan Dato’ Abdullah Musa.
Banyak yang kita boleh belajar daripada negeri Johor. Apa yang dilakukan oleh Sultan iaitu menghidupkan undang-undang syariah menjadi bukti bahawa Malaysia bukanlah negara sekular mutlak seperti omong kosong sebagian orang.
Malaysia layak dipanggil negara Islam kerana kita tak pernah mengabaikan kepentingan hukum al-Quran dalam menentukan halaltuju mahkamah. Sedikit demi sedikit, penambahbaikan sentiasa berjalan dengan sokongan sultan, mufti dan sistem kehakiman.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih