Rumi merupakan penyair dari Afghanistan yang popular di negara penjajah, Amerika Syarikat. Ramai selebriti yang suka baca Rumi. Hollywood sampai menobatkannya best-selling poet 2014 & 2016.

Siapa sebenarnya Rumi?

Rumi atau Maulana Jalaluddin Rumi merupakan seorang ahli sufi yang terkenal dengan puisi-puisi cinta yang mengundah syahdu. Sesiapa yang membacanya akan rasa terawang-awangan, bagaikan terbang ke langit sembilan.

Kenapa dia dipanggil Rumi?

Rumi=Rom. Setelah berhijrah, Rumi tinggal di Konya, Anatolia. Sebelum kedatangan Bani Seljuk, kota ini bernama Iconium dan merupakan jajahan Rom Byzantine. Tempat itu sinonim dengan panggilan tanah Rom. Jadi, beliau pun digelar ‘Rumi’ yang bermaksud ‘dari Rom’.

Apa istimewanya Rumi?

Kerana puisi-puisinya bagai menggambarkan cinta romantis di antara kekasih, namun hakikatnya Rumi sedang mendedangkan kerinduan kepada yang Maha Esa.

Dengan bahasa yang puitis dan ringkas, Rumi memberikan kita percikan perasaan bagaimana rasanya bercinta dengan Tuhan.

“Ketika gelap menyerkap, kekasih semakin ghairah. Setiap mata tertidur, melainkan aku yang menyerahkan hati kepada-Mu, tak bisa lelap seperti mereka. Sepanjang malam mataku memandang angkasa, menghitung bintang. Cinta-Nya begitu nyata mencuri tidurku dan kutidak pasti apakah lelap mampu bertandang lagi.” –Rumi

Siapa Rumi di mata orang Turki?

Rumi dipandang sebagai al-Ghazali kedua di zamannya. Beliau menguasai akidah Ahlul Sunnah wal Jamaah aliran Maturiah. Beliau juga mengajarkan feqh mazhab Hanafi di madrasah Antolia.

Namun, semuanya berubah bila Shams Tabrizi datang. Sejak berkenalan dengan lelaki misteri ini, Rumi mula mengenal kemanisan cinta kepada Tuhan yang hakiki. Puisi-puisi ésoterik keluar dari lidahnya, membuatkan semua orang terpana. Shams telah mengubah Rumi buat selama-lamanya.

Apa yang Shams ajarkan Rumi?

Sham Tabrizi seumpama guru futuh buat Jalaluddin Rumi. Lelaki berambut panjang itu membuka kunci di dada Rumi untuk mengenal cinta kepada Tuhan yang tidak pernah jauh. Bak kata Rumi: “Hei pengembara, engkau telah mengembar dari kota ke kota. Bila ‘kan kau mengembara panjang ke dalam diri sendiri?”

Cinta telah mengubah Rumi seumpama puisinya,

“Cinta adalah kekuatan, yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah sedih jadi riang, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibbah, itulah cinta.”—Rumi

Siapakah Shams Tabrizi? Bongkar jawapannya dalam buku terbaru kami!

Healing bersama-sama RUMI di bawah naungan cinta dan puisi. Buku pertama dari Malaysia yang lengkap dengan riwayat hidup RUMI dan huraian puisi secara maknawi. Jadilah yang terawal memilikinya!

Nantikan RUMI: FILSUF CINTA ANATOLIA tulisan Zaki Sapuan Al-Hafiz yang akan terbit 25 DISEMBER ini! PERCUMA preview buku untuk semua pembaca! Klik: https://thepatriots.store/rumi/

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply