Ada 1 fakta menarik yang mungkin korang tak tau. Sultan Brunei sekarang sebenarnya berketurunan Rasulullah SAW dari jalur Saidina Hassan!

Eh, seriuslah!

Ianya bermula dari pemerintahan Sultan Sharif Ali ibn Sharif Ajlan, Sultan ketiga Kerajaan Kesultanan Brunei Darussalam yang memerintah dari tahun 1425 sehingga 1432.

Sultan Sharif Ali juga dikenali sebagai Sultan Barakat. Sharif Ali menikahi Puteri Ratna Kesuma, puteri Sultan Ahmad, pemerintah kedua Brunei ketika itu.

Disebabkan Sultan Ahmad tiada anak lelaki, Sharif Ali ditabal jadi Sultan. Setelah jadi Sultan, Sharif Ali dikenal sebagai pemimpin yang memperkuat syiar Islam di Brunei serta memperkenalkan undang-undang Islam.

Sebenarnya, macam mana Sultan Sharif Ali boleh sampai Brunei?

Menurut catatan Tarsilah Brunei, Sultan Barakat berasal dari Taif, Mekah dan memiliki Pedang Si Bongkok kerana beliau ialah seorang Amir Mekah.

Menurut “Buku Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah Dan Kerajaan Melayu” ada menceritakan bahawa Sharif Ali diangkat menjadi Penguasa Mekah ketika usianya masih muda dan melewati konflik perebutan kekuasaan di sana.

Konflik dengan mantan penguasa Mekah, Syarif Inan terjadi berulang kali, bahkan mencapai puncaknya dalam pertempuran di Syeib Al-Azir pada tahun 1387.

Meskipun tidak ada pemenang, jelas konflik ni menimbulkan kekacauan di Mekah.

Pada akhirnya, Syarif Ali mendapatkan sokongan penuh dari syarif-syarif terkemuka di Mekah yang membuat Raja Mesir, Al-Malik Az-Zahir Sayf ad-Din Barquq serahkan kekuasaan Amir Mekah sepenuhnya kepada Sharif Ali. Ini menyebabkan pertelingkahan di Mekah dari pihak Syarif Inan.

Untuk meredakan keamanan di Mekah, Sharif Ali penjarakan penyokong Syarif Inan, tapi tindakan ni menyebabkan ramai penduduk Mekah meninggalkan kota itu menuju Yanbu.

Pada tahun 1395, Sharif Ali meninggalkan jawatannya sebagai Amir Mekah dan pergi berkelana dari Mekah ke Brunei, di mana baginda menemui ketenangan dan akhirnya meninggal pada tahun 1432.

Baginda sepanjang masa berkelana dari negara ke negara tetap tampil bersederhana sebagai seorang pendakwah mengembangkan syiar Islam tanpa sekalipun pernah memberitahu bahawa baginda adalah seorang Amir Mekah sebelumnya.

Hanya Pedang Si Bongkok pemberian Raja Mesir kepada baginda kekal disimpan sebagai saksi baginda pernah menjadi Amir Mekah.

Baginda dikebumikan dengan sederhana tanpa pangkat atau gelaran di Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan. Hanya tertulis perkataan “Ali” pada batu nisan baginda.

Baginda meninggalkan amanat sebelum kemangkatannya bahawa tidak ada pangkat yang harus dibawa, kerana semua manusia sama di hadapan Allah.

Daripada jalur Sultan Barakat inilah melahirkan pemerintah-pemerintah Brunei yang seterusnya termasuk Sultan Brunei yang bertakhta sekarang iaitu Sultan Hasanal Bolkiah.

Oleh: Azizul Farhan

___

KITAB TAMADUN MELAYU II bakal bawa korang kenal kerajaan-kerajaan Melayu yang pernah atau masih wujud sehingga hari ini!

Serius seronok kalau korang dapat tahu betapa hebatnya orang Melayu ni dulu!
https://shope.ee/6zw5WznX8B


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply