Benarkah ada sultan berbangsa Cina yang menentang Dinasti Qing?

Benar ada, namanya ialah Sulayman Ibnu Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Du Wenxiu yang menggelar dirinya sebagai ‘Sultan Dali’ dan memerintah Wilayah Yunnan ini selama 16 tahun. Dali di bawah pemerintahannya dikenali sebagai Pingnan Kuo (Negara Selatan Aman).

Di bawah pemerintahannya, kebebasan beragama dibenarkan dan bangsa Hui dan Han hidup dalam harmoni. Du Wenxiu juga menggunakan bahasa arab di dalam pentadbirannya.

Beliau bukanlah berbangsa Hui yang sememangnya beragama Islam tetapi berdarah etnik Han iaitu etnik yang terbesar di China. Ayahnya adalah seorang mualaf dan ini adalah kelebihan Sultan Dali dalam menyatukan bangsa Hui dan Han.

Penentangan beliau terhadap kuasa Manchu bermula pada tahun 1856 apabila sejumlah 3,000 orang Hui yang beragama Islam telah dibunuh oleh pentadbiran Dinasti Qing di Kunming. Du Wenxiu kemudiannya menyatukan orang Han dan Hui yang ketika itu di bawah pimpinan Ma Rulong untuk mengusir keluar Bangsa Manchu yang dianggap sebagai bangsa penjajah.

Maka bermulalah beberapa siri penentangan yang dinamakan Pemberontakan Panthay. Du Wenxiu bukan sahaja mendapat sokongan Han dan Hui, tetapi beliau juga berjaya mendapat sokongan etnik Shan, Kakhyen dan beberapa lagi etnik pergunungan yang tidak beragama Islam.

Motto perjuangan yang dilaungkan oleh Du Wenxiu ialah “Tentera ini punyai tiga tugas; halau kuasa asing Manchu, bersatu dengan Han dan usir keluar pengkhianat”.

Di antara tahun 1860 hinggalah 1868, Sultan Dali ini menakluk lebih 40 bandar dan 100 perkampungan. Beberapa siri rundingan juga bertemu jalan buntu.

Populariti Du Wenxiu tidak disenangi oleh Ma Rulong dan akhirnya beliau berpaling tadah dan bersekongkol dengan Manchu setelah ditawarkan jawatan penting dalam kerajaan.

Pada tahun 1871, tentera Dinasti Qing yang semakin kuat menakluk satu persatu kawasan Du Wenxiu hinggalah Dali dikepung dan beliau terperangkap di dalamnya. Dalam keadaan yang menghimpit, Du Wenxiu menghantar anaknya Putera Hassan ke England untuk memohon bantuan Ratu Victoria tetapi usaha ini hanya sia-sia.

Ketika Putera Hassan masih di perantauan, pada tahun 1873, dengan dibantu oleh pakar ketenteraan Peranchis, Dali jatuh ke tangan Dinasti Qing dan Sultan Dali ini ditangkap dan dipancung ketika beliau dikatakan cuba untuk menamatkan riwayat hidupnya dengan meminum candu yang banyak.

Jasad Sultan Dali dikebumikan di Xiadui manakala kepalanya diawet dengan madu dan dihantar ke Peking untuk menghadap maharaja sebagai tanda kemenangan Dinasti Qing.

Pemberontakan Panthay berakhir pada Bulan Mei 1873 apabila kubu terakhirnya di Momien jatuh dan gabenornya Ta Sa Kon dijatuhi hukuman mati.

Lebih sejuta nyawa terkorban di dalam pemberontakan ini dan mereka yang masih hidup meninggalkan Yunnan dan berhijrah ke Wilayah Wa di Burma. Di sini, mereka membina penempatan baru yang dinamakan Panglong. Di Burma, mereka dikenali sebagai Panthay dan kini bangsa Hui Panthay ini sudah berasimilasi dengan bangsa lain di Myanmar seperti Shan dan etnik-etnik pergunungan lainnya.

Sultan Sulayman atau Du Wenxiu kini diangkat sebagai wira negara oleh pemerintah Negara China moden. Perjuangan beliau bukanlah suatu penentangan yang sia-sia walaupun hayatnya berakhir dengan tragis.

Begitulah kisahnya sultan berbangsa Cina yang menentang Dinasti Qing di Yunnan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pengembara warisan yang fokus kepada tinggalan sejarah dan budaya setempat. Gemar membaca dan menulis itu cara beliau mengekspresi diri dan dunia marcapada

Comments are closed.