29 Januari 1942, kerajaan Terengganu dinaungi Jepun melalui Gabenor Manabu Kuji, waris kepada Sultan Sulaiman dilantik untuk menggantikan baginda.

 

Kemangkatan Sultan Sulaiman pada 25 September 1942 mempercepatkan kenaikan Tengku Ali.

 

Tengku Ali naik takhta pada 26 September 1942 dan pentadbiran Jepun mengiktiraf status Tengku Ali pada 30 September 1942, menggunakan gelaran penuh Sultan Ali Shah ibni al-Marhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

 

Kenaikan Sultan Ali Shah mendapat tentangan beberapa orang pembesar Terengganu. Mereka kurang yakin dengan keupayaan Sultan Ali Shah.

 

Perjanjian tahun 1943 di antara Jepun dengan kerajaan Siam mengembalikan semula Terengganu menjadi wilayah Thai, menyebabkan perubahan besar pada sistem kerajaan Terengganu.

 

Selepas Jepun tewas, British kembali ke Tanah Melayu. Terengganu kembali semula dinaungani British.

 

British berhasrat menyatukan sistem pentadbiran melalui Malayan Union dan melenyapkan kuasa Raja-Raja Melayu.

 

British siasat status kerjasama semua Raja Melayu dengan Jepun, untuk dijadikan alasan penyingkiran mereka bagi membolehkan ‘Raja Melayu baru mesra British’ dilantik.

 

Beberapa orang Raja Melayu didapati bekerjasama dengan Jepun atau dilantik oleh Jepun, didakwa sehingga ada yang dibuang negeri termasuklah Sultan Ali Shah.

 

Desakan kuat British yang tak iktiraf Undang-Undang Diri, Sultan Ismail terpaksa menandatangani persetujuan.

 

Sultan Ismail secara rasminya diiktiraf sebagai Sultan Terengganu oleh British. Sultan Ismail Nasiruddin juga akhirnya menjadi penentang Malayan Union.

 

Pelbagai rayuan yang dibuat untuk mengkaji semula pemecatan Sultan Ali Shah yang dilakukan tanpa asas, tidak diendahkan British.

 

Baginda tak lagi mendapat sokongan pembesar negeri mula menerima hakikat tidak banyak yang boleh baginda lakukan dalam mengembalikan sokongan kepada baginda.

 

Sultan Ali Shah tak pernah berhenti mengemukakan tuntutan ke atas takhta kerajaan Terengganu sehinggalah mangkat pada 17 Mei 1996.

 

Sepanjang hayatnya baginda menyara hidup dan keluarganya dengan bekerja sebagai pemandu kereta sewa dan juga pengusaha wayang bergerak di sekitar negeri Terengganu.

 

Kes tuntutan takhta oleh waris kepada Sultan Ali Shah masih lagi berlangsung sehingga ke hari ini, dengan Tengku Sulaiman yang merupakan cucu kepada Sultan Ali Shah memfailkan tuntutan di peringkat mahkamah berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu tahun 1911.

 

Sudah beberapa kali tuntutan beliau ditolak mahkamah dengan pengumuman terbaru melibatkan tuntutan ini, dilaporkan pada 31 Julai 2017 – selepas permohonan beliau mahu memindahkan perbicaraan ke mahkamah tinggi Kuala Terengganu ditolak panel hakim Mahkamah Rayuan.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Nak tahu lebih banyak lagi fakta menarik tentang budaya dan sejarah orang Melayu? Baca je KITAB TAMADUN MELAYU, sekarang kami ada Jualan PASCA PBAKL dengan diskaun istimewa. Cepat klik dekat https://bit.ly/40FLVup


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply