Pandemik mencetuskan berbagai-bagai idea bagi melepaskan kebosanan. Antaranya dengan menubuhkan beberapa komuniti di media sosial, seperti ‘Masak Apa Hari Ini’, ‘Tukang Apa Hari Ini’, dan ‘Lawak Apa Hari Ini’. Ia komuniti yang relatif sihat dan selamat; sekadar untuk berkongsi cerita dan jenaka.

Tren ‘yada-yada Apa Hari Ini’ juga ada di India. Cuma di sana, ia sikit berbeza dan agak melanggar norma. Bayangkan, komuniti yang dibina adalah ‘Muslimah Mana Modal Kita Hari Ini’. Sekali baca pun boleh naik bulu roma.

Ceritanya begini. Masih ingat lagi isu perlecehan ustazah di Singapura pada Mei lepas? Di mana, nama dan gambar dua belas orang ustazah dinaikkan tanpa pengetahuan mereka oleh individu tidak bernama ke dalam satu undian – undian ‘ustazah mana paling sesuai dira.tah beramai-ramai’. (Baharudin, 2021).

Tangkap layar berkenaan kes di Singapura

Julai lalu, kes serupa berlaku di India. Cuma di sana, motivasinya lebih rumit. Bukan sekadar nafsu dan fantasi. Tetapi, ia turut didorong oleh sentimen politik, agama, dan budaya. Yakni, budaya memanggil wanita Muslim sebagai ‘Sulli’.

Iya, Sulli. Bukan mendiang Sulli bintang K-Pop itu. Tapi ‘sulli’ – istilah slanga bagi menghi.na wanita Muslim. Biasanya, yang pakai istilah ini adalah pelampau Hindutva. Jadi bersempena istilah tersebut, mereka ada bangunkan satu aplikasi bernama Sulli Deals.

Boleh dapatkan buku terbaru The Patriots di webstore kami: https://bit.ly/pratempahktmktr

Aplikasi ini berfungsi sama saja seperti permainan yang biasa kita layan bila bosan di Facebook; akses ke laman permainan, klik satu butang, dan kita pun akan dapat jawapan muka kita serupa dengan artis mana.

Dalam aplikasi Sulli Deals juga pengguna hanya perlu klik satu butang – ‘Cari sulli untuk dibuat modal anda hari ini’. Selesai klik, skrin akan paparkan sekeping gambar wanita Muslim secara rawak. Kemudian seperti biasa, pengguna akan kongsikan ke media sosial (Twitter biasanya). Lalu, jadilah ia seumpama satu permainan; “Weh, aku dapat awek ini. Kau pula dapat siapa?” (Ramesh, July 2021)

Bermula dari seorang pengguna, berjangkit jadi dua dan tiga. Seterusnya dan seterusnya. Sampailah pada 4 Julai, setelah beroperasi selama 20 hari, aplikasi ini mula diketahui ramai (Pandey, 2021) – termasuk oleh mang.sa sendiri yang jumlahnya kira-kira 83 orang, mungkin lebih. (Khan, 2021)

Kebanyakan mang.sa menetap dalam negara. Namun ada juga yang berada di luar negara. Tetapi yang pasti, semuanya Muslim. Rata-rata mereka malah berpendidikan dan berkedudukan; jurnalis, aktivis, artis, dan saintis. Sebab itu, Sulli Deals bukan sekadar pelampias fe.tish tetapi juga se.rangan dari kumpulan fa.sis.

Memetik Rana Ayyub (kolumnis di The Washington Post yang juga salah seorang mang.sa), “Mereka (pelampau sayap-kanan Hindu) percaya, satu-satunya cara untuk malukan dan diamkan kami (wanita Muslim) adalah dengan melakukan se.rangan sek.sual dan jadikan kami objek s.ek.s. Bagi mereka, kami perlu ‘dikurung’.” (Bakshi, 2021)

Dan memang, sebilangan mereka jadi murung. Sampai perlu tutup akaun media sosial. Manalah tidak. Nama dan gambar dah disek.sualkan oleh entah siapa-siapa. Tidak cukup begitu, akaun mereka ditag pula pada hantaran berkaitan (Ramesh, July 2021). Bila begini, hendak keluar rumah pun fikir dua kali.

Muka dah terpampang, akaun pun turut di-tag sama

Apatah lagi pada hari ini, internet sudah semakin meniti realiti-maya. Di sinilah tempat kita bersosial, di sinilah kita berjual, dan di sini jugalah kita membina nama serta label. Justeru, setiap kali kita mengakses media sosial, setiap kali itu jugalah kita umpama singgah ke bandar-maya. Alih-alih, ada pula malaun yang mahu timpakan bahaya – ingin perko.sa dan sebagainya.

Atas sebab itu pada Julai lalu, lebih 200 nama besar di dunia mengirim petisyen kepada pemilik Google, Facebook, TikTok, dan Twitter – meminta supaya keselamatan ditingkatkan khususnya buat pengguna wanita. (Holt, 2021)

Semangat ini kemudian diambil oleh sebilangan besar mang.sa Sulli Deals, dengan diketuai antara lain oleh Hana Mohsin Khan, seorang juruterbang. Dia kumpulkan belasan mang.sa dalam satu group WhatsApp dan dapatkan sebanyak mungkin bukti (tangkap layar berkenaan).

Kemudian dengan kerjasama Delhi Comission for Women (DCW), laporan demi laporan polis dibuat bermula dari 6 hingga 12 Julai. Masing-masing di bawah Sesyen 509, Seksyen 354A, dan Seksyen 66 & 67 atas kesalahan menghi.na kehormatan wanita, melakukan se.rangan sek.sual, dan memindahkan kandungan lu.cah (Ramesh, August 2021).

Namun setakat ini, tiada tangkapan dibuat. Satu-satunya tindakan susulan yang diterima adalah daripada syarikat GitHub sendiri (yang platform pengehosannya disalahgunakan oleh pembangun Sulli Deals).

Erica Brescia, CEO GitHub, dalam laman Twitter mengesahkan yang aplikasi berkenaan sudah pun diturunkan. Akaun pengguna yang terlibat juga digantung. Namun sehingga kini, tiada kenyataan lanjut dibuat – terutama tentang identiti pembangun aplikasi.

Bila identiti pelaku tidak diketahui, proses pengha.kiman pun sukar dijalankan. Sudahnya, isu ini ditutup begitu sahaja; terku.bur bersama masa.

Sebab itu, wajar kenyataan daripada Hana Khan, “Ramai suruh saya berhenti muat naik gambar (ke media sosial). Tapi persoalannya, kenapa pula saya yang perlu berhenti? Kenapa bukan kes ini yang perlu dielakkan dari terjadi? Dan, sampai bila baru tindakan (undang-undang) dapat dilaksanakan?” (Ramesh, July 2021)

Luahan ini memang difahami. Tetapi, apa yang boleh dibuat? Sulli Deals bukanlah kes pertama seumpamanya.

Tanggal 13 Mei lalu, di kala umat Islam menyambut Aidil Fitri, saluran Liberal Doge Live kelolaan Ritesh Jha melakukan hal sama di YouTube. Di mana, imej wanita dari India dan Pakistan dipaparkan sambil dibuat bidaan – olok-olok, tentunya. (Bakshi, 2021)

Ada yang tawarkan 10 rupee. Ada yang mahu beri 5 rupee. Gaya dah macam mahu beli ayam di pasar – tawar-menawar dengan penjual, ditepuk ditampar dagingnya ketika memilih, sambil berfikir mahu digoreng atau dimasak rempah.

Video wanita Muslim dari India dan Pakistan ‘dilelong’ sempena Aidil Fitri

Kemudian bila ada seorang pempengaruh membongkar aktiviti je.lek itu di Twitter, habis akaunnya dise.rang berjemaah. Gambarnya diambil, disunting berbaur lu.cah, lalu diapungkan bersama kapsyen, “Sania (nama pempengaruh tadi Sania Ahmad) mana yang patut aku masukkan dalam harem?” Hantaran itu kemudian disambut dengan komen, “Buat apa pilih kalau boleh ba.lun semua? Sudah habis ba.lun, buang saja mereka.”

Agak lancang, tapi memang perkara begini jadi norma. Hatta Amnesty International India sendiri mengakuinya. Januari lepas, ia melaporkan hampir 100 orang politikawanita menjadi bahan gurauan sek.sual di Twitter semasa pilihan raya Lok Sabha. (Jebaraj, 2019)

Mereka diperlecehkan bukan cuma kerana jantina, tetapi agama dan penglibatan dalam politik. Iya, politik berdiri teguh di sebalik perkara ini. Lebih-lebih lagi dasar parti BJP memang anti-Islam. Ambil contoh kes Jun tahun 2018 (TOI, 2018).

Menteri Perpaduan (Jayant Sinha) sendiri bergambar dan mengalungkan bunga malai pada lapan orang penje.nayah yang didakwa terkait dalam kes pembu.nuhan seorang Muslim. Kalau Menteri Perpaduan pun begini, faham-faham sajalah tara mana sensitivi dia.

Perkara ini apa pun tidak pelik. Vinayak Damodar Savarkar, salah seorang pemikir utama Hindutva sendiri menulis dalam bukunya, Glorious Epochs of Indian History bahawa pemer.ko.saan ke atas wanita Muslim adalah satu percaturan politik (yakni, tak main setakat fitnah sesama ahli politik, hidupkan juga sentimen dengan ro.gol wanita lain agama).  Masa sama, ia juga bagai membalas den.dam atas ‘je.nayah’ Islam di India pada zaman pertengahan.

Realiti ini turut dikongsikan oleh Assem Sundan (pengasas-bersama The Rhyme Republic) ketika mengulas fasal isu Sulli Deals (Nabiya Khan, 2021). Kata Assem, satu hari semasa di sekolah, ada seorang senior bertanya sama ada dia Muslim atau bukan. Dia pun jawab, bukan. Dia Hindu.

Terus sahaja senior tadi bercerita pada dia tentang imaginasinya terhadap adik perempuan seorang kawan Muslim ini – terperinci dengan segala posisi. Katanya, keluarga dia memang biasa bercerita dan berimaginasi (terhadap wanita Muslim) begitu. Itu, menurut Assem, adalah kali pertama dia dihadapkan dengan budaya ro.gol (ra.pe culture) bersulam Islamofo.bia.

Kisah Assem ini menunjukkan betapa ia berakar dari persekitaran yang membiasakan lalu menjalar menjadi isu besar seperti Sulli Deals.

Dan sebagai muhasabah, realiti ini malangnya tidak terkecuali di negara kita. Wa ima dalam kes melibatkan aktivis alam sekitar pada Ogos (Alena, 2021), selebriti pada Oktober (Sallehuddin, 2021), mahupun atlit renang pada Mei (Hui, 2021).  Semuanya berkongsi pangkal yang sama – iaitu, hilang segan untuk bersembang tentang kelu.cahan.

Jadi sebagai peringatan bersama, hentikan dan jangan biasakan.

RUJUKAN:

Alena. (2021, 3 September). M’sian Activist (ditapiskan) Harassed, Gets (ditapiskan) with Fake (ditapiskan) Hand & Acid (ditapiskan). World of Buzz.

Baharudin, Hariz. (2021, 27 May). Police investigating (ditapiskan) poll ranking female Islamic teachers; President Halimah and other leaders criticise poll. The Straits Time.

Bakshi, Asmita. (2021, 12 July). Sulli Deals: Indian Muslim women offered for (ditapiskan) in ‘auction’. Al-Jazeera.

Holt, Kris. (2021, 1 July). Facebook, Google, TikTok, and Twitter pledge to improve women’s safety online. Engadget.

Hui, Wong Kai. (2021, 25 May). Berenang dengan ‘buaya’ – atlet imbau gangguan (ditapiskan) jurulatih. MalaysiaKini.

Jebaraj, Priscilla. (2019, 20 May). Amnesty lens on (ditapiskan) tweets against 100 women LS candidate. The Hindu.

Khan, Nuzhat. (2021, 14 July). Sulli Deals: An Everyday Reality for Muslim Women in India. Feminism In India.

Khan, Nabiya. (2021, 22 July). ‘Sulli Deals’ Exposed the Common Roots of Misogyny and (ditapiskan). The Swaddle.

Pandey, Geeta. (2021, 10 July). Sulli Deals: The Indian Muslim women ‘up for (ditapiskan)’ on an app. BBC.

Ramesh, Mythreyee. (2021, 8 July). ‘Sulli Deals’: How Photos of Muslim Women were Misused on a GitHub App. The Quint.

Ramesh, Mythreyee. (2021, 12 August). ‘Sulli Deals’: No (ditapiskan) Made Because We Are Muslim, Say Women Seeking Probe. The Quint.

Sallehuddin, Serimah Mohd. (2021, 20 October). ‘Saya jahil, mohon maaf Raja Farah, suami’ – Fauzi. Berita Harian.

Times of India. (2018, 8 July). Union minister Jayant Sinha garlands 8 (ditapiskan) convicts, face opposition flak


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.