Terkenal dengan kerja jahitan yang halus, Sulaman Suzhou dipuji kerana penggunaan benangnya yang terbaik, gubahan seimbang, jahitan padat dan kemasannya yang licin. Kalau anda nak tahu, Sulaman Suzhou atau dikenali juga sebagai Su Xiu ini adalah salah satu daripada empat jenis sulaman agung di China, selain daripada Sulaman Xiang dari Hunan, Sulaman Shu di Sichuan dan Sulaman Yue di Guangdong. Sulaman Suzhou juga telah diiktiraf sebagai salah satu warisan budaya China pada Mei, 2006.
Sulaman Suzhou ini telah wujud lebih daripada 2,000 tahun dan adalah bentuk kraftangan yang penting dalam sejarah seni dan adat rakyat China. Semasa era Dinasti Ming. Aktiviti menyulam menjadi sangat biasa di Suzhou sehingga banyak keluarga menternak ulat sutera di rumah mereka sendiri. Sulaman pada masa itu sering diilhamkan oleh lukisan tradisional Cina. Hasil Sulaman Suzhou yang menakjubkan inilah telah menimbulkan istilah ‘lukisan dengan jarum’.
Jadi, apa istimewanya Sulaman Suzhou ini?
Berbanding dengan tiga gaya sulaman yang lain – Xiang dari Hunan; Sulaman Shu dari Sichuan dan Yue dari Guangdong, Sulaman Suzhou dicirikan dengan teknik jahitan yang berbeza, penggunaan benang sutera yang terbelah dan tema sulamannya lebih luas. Tapi, yang paling menarik tentang sulaman ini adalah dua sisi sulamannya yang berbeza (double-sided embroidery).
Apa itu dua sisi sulaman berbeza? Sulaman dua sisi ini boleh dikelaskan sebagai tiga jenis, iaitu sulaman dua sisi dengan corak yang sama pada kedua-dua belah, sulaman dua sisi dengan corak yang sama tetapi berbeza warna dan sulaman dua sisi dengan dua corak yang berbeza.
Sebenarnya, amat sukar untuk membuat sulaman dua sisi dengan corak yang sama tetapi warna yang berbeza. Manakala, untuk sulaman dua sisi dengan dua corak berbeza pada kedua-dua belah, teknik dan kemahiran dalam menyulam ini masih misteri dan hanya segelintir pakar sulaman mahir sahaja yang tahu bagaimana untuk mencapainya.
Sebagai salah satu kraftangan tradisional, Sulaman Suzhou mempunyai kaitan rapat dengan budaya tradisional Cina. Antaranya, kaligrafi dan lukisan tradisional Cina telah diungkapkan secara tajam dan jelas dalam penghasilan sulaman ini. Bukan itu sahaja, sulaman ini juga menggabungkan budaya Barat seperti lukisan minyak. Pakar Sulaman Suzhou mampu menggambarkan lukisan minyak dengan jarum dan benang, dan menghasilkan satu sulaman dengan integrasi antara budaya Cina dan Barat.
Oleh: Farahi Kamaruddin
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih