Budaya sukan di kalangan orang Turki jika pada pandangan yang pertama ia seolah-olah melihat mereka sedang melakukan persediaan untuk berper*ng. Orang-orang Turki kuno cukup berminat dalam bidang sukan terutamanya sukan lasak seperti menunggang kuda, memanah, menembak, melontar lembing dan bergusti.
Walau bagaimanapun, mereka semua menganggap sukan-sukan sebegini hanyalah sebagai latihan untuk kemungkinan menghadapi peper*ngan sepanjang mereka hidup dalam keadaan aman damai.
Islam tidak begitu menekankan cabang sukan lain kecuali menunggang kuda, memanah dan berenang. Ini kerana, setelah menganut agama Islam, orang Turki lebih memilih sukan yang dianggap berguna pada masa per*ng. Pasukan Bamyacı dan Lahanacı Pada era klasik Uthmaniyyah, merupakan nama untuk dua pasukan yang bertanding dalam sejenis sukan per*ng kuno yang paling diminati baik di istana mahupun di kalangan penduduk tempatan yang tinggal di luar bandar.
Adalah menjadi satu keutamaan untuk melatih para pemuda agar mampu menjadi seorang penunggang kuda atau penembak yang baik. Selain daripada para putera sultan, anak-anak muda yang dibawa menuntut di sekolah istana untuk dilatih sebagai negarawan juga amat mahir dalam sukan.
Sultan pernah menghadiri pertandingan di mana dua pasukan Bamyacı dan Lahanacı bertanding. Sudah tentulah pasukan masing-masing akan mempunyai penyorak dan penyokong yang akan menyokong mereka, dan pemenangnya akan diberi hadiah penghargaan.
Sejarah kedua-dua pasukan ini bermula dari zaman Sultan Mehmed I (1391), ketika baginda menjadi gabenor Amasya. Ahli sukan yang juga merupakan pengawal kepada putera sultan, biasa bertanding dalam dua pasukan yang berlainan, nama kedua-dua pasukan ini diambil dari nama dua jenis sayuran yang paling terkenal di bandar ini.
Mungkin hari ini kita masih boleh melihat simbol kubis (lahana) dan bendi (bamya) pada sebuah tugu peringatan di Istana Topkapi, Istanbul yang dibina khas bagi mengenang mereka.
Pada abad keenam belas, Bosnaik Matrakci Nasuh mencipta permainan yang kemudian menjadi sukan ‘Matrak’, Tongkat yang dibuat dari kayu ditutup dengan kulit digunakan untuk bermain Matrak. Sangat serupa dengan pin boling pada bahagian atas tongkat yang berbentuk bulat dan agak lebih lebar daripada bahagian yang lain. Permainan ini, seringkali, dimainkan di padang rumput dan merupakan bentuk pertemp*ran tiruan. Tentera Uthmaniyyah akan menggunakan permainan ini untuk berlatih pertemp*ran jarak dekat. Pada masa ini, ia telah menjadi salah satu acara yang paling popular di Turki.
Sukan moden mula menjengah kehidupan manusia pada awal abad ke-19. Berdasarkan pemahaman individualistik, orang ramai lebih suka menjalani kehidupan yang sederhana tetapi selesa sementara mereka turut mengambil berat soal penjagaan kesihatan mereka.
Walaupun 14 negara mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik yang mempunyai 10 cabang sukan yang berbeza pada tahun 1896 di Athens dengan tujuan menghidupkan semula Sukan Olimpik Kuno, jumlah kategorinya meningkat kepada 22 jenis pada Sukan Olimpik Berlin tahun 1936. Hari ini, Sukan Olimpik menjadi acara rasmi yang disertai beratus-ratus negara dan merangkumi hampir 40 jenis sukan, yang kebanyakannya sudah lama wujud.
Sukan moden dalam sejarah Turki bermula dengan sukan bola sepak. Golongan yang menarik minat pemuda Turki untuk bermain bola sepak kebanyakannya adalah penduduk tempatan dan asing yang bukan Islam. Pertandingan bola sepak di Turki kali pertama diadakan di Thessaloniki pada tahun 1875, di İzmir pada tahun 1880 dan 1890 di Istanbul.
Sebuah kelab bola sepak bernama ‘Black Stocking’, yang disertai beberapa orang Turki dan para diplomat, tewas 4-1 pada tahun 1899 dalam satu perlawanan menentang orang Yunani. Pihak berkuasa tidak ‘gembira’ dengan keputusan tersebut dan tidak ada lagi sebarang khabar berita dari kelab tersebut selepas perlawanan.
Beşiktaş Gymnastics Club, yang ditubuhkan oleh 26 pemuda Muslim pada tahun 1903, dibenarkan untuk bergiat aktif dengan syarat mereka tidak akan bermain bola sepak. Bahkan terdapat anak-anak muda, yang mengambil bahagian dalam satu perlawanan bola sepak di İzmir pada tahun 1905, telah dibuang dari sekolah mereka.
Di bawah pemerintahan autoritarian, penubuhan kelab seperti itu pada dasarnya tidak dianggap sebagai perkembangan yang positif terutamanya apabila ia ditubuhkan oleh golongan muda dengan kebimbangan bahawa ia berpotensi menyebabkan krisis pergolakan politik.
Orang-orang Inggeris menubuhkan Constantinople Football League pada tahun 1904, yang digelar ‘Sunday League’ di kalangan orang ramai. Didorong oleh langkah ini, orang Turki menubuhkan Galatasaray pada tahun 1905 dan Fenerbahçe pada tahun 1907. Sultan pada waktu itu mengawal politik secara ketat tetapi tidak cuba campur tangan dalam hal ehwal kehidupan peribadi rakyat dan berusaha menunjukkan toleransi terhadap kelab-kelab sukan.
Ada yang mengatakan bahawa baginda menggunakan sukan sebagai alat untuk mengumpulkan maklumat risikan. Kebangkitan sukan kebangsaan dan permintaan yang tinggi dalam sukan bola sepak serta sukan-sukan moden yang lain hanya muncul setelah sistem raja berperlembagaan diisytiharkan pada tahun 1908.
Dalam tempoh ini, banyak kelab sukan ditubuhkan dan bola sepak menjadi sukan yang amat diminati ramai para belia. Liga Jumaat diasaskn hanya untuk kelab pasukan Turki pada tahun 1912. (kerana orang Islam menjadikan hari Jumaat sebagai hari cuti). Juga, beratus-ratus kelab sukan dengan liga masing-masing wujud di Anatolia, yang kebanyakannya ditubuhkan oleh orang Yunani dan Armenia.
Pemerintahan yang dikawal oleh parti Committee And Union Progress (CUP), yang berkuasa pada waktu itu, menyokong kelab Turki menentang kelab bukan Islam, yang lebih maju dalam sukan bola sepak. Parti CUP menganggap sukan sebagai kapal bagi dasar nasionalisme mereka, mereka bahkan cuba membuktikan dengan ‘klaim’ bahawa bola sepak sebenarnya adalah berasal dari sukan kuno Turki dengan nama sebenarnya ‘tepük.’
Per*ng Dunia Pertama meletus, Uthmaniyyah mengerah para pemuda yang sihat dan bertenaga ke barisan hadapan, termasuklah ahli-ahli sukan. Pengorb*nan Beşiktaş Gymnastics Club dalam mempertahankan negara tidak boleh dipandang remeh, cebisan m*yat ketua pasukan Bola Sepak Beşiktaş, Şair Kazım, Asım dan Rıdvan ditemui di posisi masing-masing di Çanakkale. Doktor Ali, Doktor Mehmet dan Doktor Sabri kehilangan nyawa mereka di medan Kaukasus dalam bencana “typhus”. Selepas beberapa ketika, Beşiktaş Club turut kehilangan Muallim Sadi dan Behzat ketika bertemp*r di barisan hadapan, menjadikan lapan korb*n dari pasukan bola sepak pertama sahaja.
Antara tahun 1918 dan 1923, ketika Istanbul berada di bawah pendudukan pihak Sekutu, perlawanan bola sepak pernah diadakan antara pihak Turki dan pasukan penjajah di Berem Taksim yang sudah tidak wujud lagi, di mana jika kita melihat pertandingan itu, dikatakan kebiasaannya pihak yang memenangi pertandingan itu akan merayakannya seolah-olah mereka memenangi pertemp*ran.
Benar, Fenerbahçe Sports Club, yang memenangi 41 perlawanan dan lima kekalahan daripada keseluruhan 50 perlawanan, telah diharamkan oleh penjajah British. Pertandingan antara Greek Pera dan Fenerbahçe sangat dramatik, kadang-kala kelihatan seperti per*ng antara Turki-Yunani, dan begitulah reaksi sebenar masyarakat terhadap penjajahan di Anatolia.
Selepas kemerdekaan dan pengisytiharan Republik, bola sepak menjadi lebih luas selari dengan dunia lain. Ia hampir menjadi isu nasional. Samalah seperti sejarah perlawanan antara El Salvador dan Honduras pada tahun 1969, di mana 3,000 orang terbun*h; di Turki pula seramai 43 orang m*ut pada tahun 1967 dalam pertandingan antara pasukan Kayseri dan Sivas, semenjak itulah kedua-dua bandar itu saling bermusuh sehinggalah mereka dilarang bermain dalam liga yang sama.
Walaupun bola sepak telah menjadi sesuatu yang hampir setiap individu meminatinya dan menjadi keutamaan bagi kalangan sosial, Turki tidak pernah bersuara dalam isu bola sepak dunia.
Di Empayar Uthmaniyyah, perlumbaan mendayung perahu di Selat Bosporus, terutamanya di sekitar Tanduk Emas adalah sangat popular. Sultan Abdülaziz (1861-1876), yang amat meminati segala perkara yang berkaitan dengan laut, menubuhkan pasukan mendayung dan mengadakan perlumbaan perahu di Bosporus. Pada tahun 1913, Association for Ottoman Navy mengetuai penganjuran pertandingan perlumbaan mendayung di Moda dan pelayaran bermula di Istanbul pada tahun 1915 dengan kapal layar Britain yang dirampas. Sukan Gusti, gimnastik, lumba lari berpagar, berbasikal dan tinju diatur dan dikembangkan di seluruh Turki selepas tahun 1920-an. Ketika zaman Perlembagaan, Enver Pasha, yang memiliki minat khusus pada kuda, sangat menggalakkan masyarakat belajar menunggang kuda. Pasukan tentera berkuda Uthmaniyyah ditubuhkan sejajar dengan perkembangan minat dalam cabang sukan tersebut dan ia berlanjutan selepas zaman Republik.
Setelah senjata api semakin berkembang, acara lawan pedang kian kehilangan popularitinya dan sukan menembak pula muncul sebagai acara sukan secara formal. Sukan kegemaran yang lain adalah berbasikal. Di Empayar Uthmaniyyah, pertandingan berbasikal diadakan oleh Kelab Sukan Fenerbahçe pada tahun 1912. Di sisi lain, memanah adalah sukan yang paling menarik minat para sultan Uthmaniyyah. Beberapa sumber mengatakan bahawa sultan sering menyertai pertandingan dan menjadi pemenang memandangkan terdapat nama sultan-sultan terukir pada batu yang menandakan kejayaan mereka.
Dia pergi ke Sweden dan berperanan penting dalam membawa sukan itu kembali ke sekolah di Uthmaniyyah. Gimnastik diajar di sekolah-sekolah Uthmaniyyah selepas tahun 1868. Pehr Henrik Link mempelopori bidang pengajaran sukan gimnastik di Sweden dan dikatakan beliau mendapat ilham ketika memerhatikan pergerakan seorang lelaki Muslim ketika sedang mengambil wuduk semasa lawatannya ke Maghribi.
RUJUKAN:
Turkey brings back Ottoman sports to revive former glory. https://amp.thenational.ae/world/turkey-brings-back-ottoman-sports-to-revive-former-glory-1.44537
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih