Bayangkan satu tempat yang hanya lelaki sahaja dibenarkan masuk. Wanita tidak boleh sama sekali masuk. Apa akan jadi? Kena pandang jauh sekejap. Kerana ada satu tempat yang sudah satu alaf melarang kemasukan wanita.
Tempat ini bukan di Arab Saudi. Di India pun bukan. Tempat ini sebenarnya dalam kawasan Eropah, yakni Gunung Athos yang mempunyai kuasa autonomi dibawah Greece.
Gunung Athos boleh tahan besar juga, sekitar 335.6 kilometer persegi – lagi besar untuk dibandingkan dengan Kuala Lumpur. Cuma populasi Kuala Lumpur mencecah angka jutaan penduduk. Gunung Athos pula hanya 2,000 orang sahaja (Findler & Fidler, 2017). Sebahagiannya bukan warganegara Yunani pun, dengan taburan daripada Bulgaria, Moldova dan Romania misalnya.
Semua penduduk Gunung Athos dijaga Pentadbir Awam (Civil Administrator) yang diiktiraf Presiden dan Perdana Menteri Greece. Tetapi kuasa sebenar Gunung Athos ada dalam tangan seorang individu yang berjawatan Protos.
Tujuan Sebenar Gunung Athos
Asal-usul Gunung Athos ada kena mengena habis dengan Alexander the Great, Xerxes I dan Pliny the Elder. Tetapi struktur hari ini dibentuk sejak zaman Kristian Awal lagi. Tradisi Athos mengatakan baginda Maryam (as) pernah berlayar daripada Joppa (hari ini Yafo di Israel) ke Cyprus untuk bertemu dengan Eleazar yang dihidupkan semula daripada mati. Tetapi kapal Maryam (as) dipukul angin sampai baginda mendarat di Athos.
Katanya Maryam (as) sangat suka dengan tempat ini sampai turun wahyu: “inilah tempat yang diwarisi untuk-mu, sebuah syurga buat semua yang ingin diselamatkan”.
Sejak hari itu gunung ini disucikan sebagai “Taman Ibu Tuhan” – maka wanita haram menjejakinya. Tradisi ini adalah tradisi Yunani. Jadi tidak pasti jika Katolik mengiktirafkannya – apatah lagi Islam dan Judaisme.
Akan tetapi Greece berada dibawah pangkuan Kristian Ortodoks yang memelihara tradisi ini. Jadi mereka mengiktiraf kuasa Protos dan melarang semua wanita daripada Gunung Athos.
Larangan Ini Bersifat Universal
Tiada pembangunan dibenarkan di Gunung Athos, melainkan infrastruktur asas untuk memenuhi intipati ibadat Ortodoks. Semua yang pergi ke Gunung Athos adalah untuk tujuan pertapaan. Mereka ingin mengasingkan diri daripada dunia dan masuk dalam syurgawi. Setiap hari hanya 110 orang lelaki Kristian sahaja dibenarkan masuk – 100 Ortodoks dan 10 bukan-Ortodoks (BBC, 2016). Semuanya lelaki.
Wanita hanya boleh naik kapal sampai 500 meter sahaja. Kalau masuk dalam sempadan 500 meter, entahlah apa akan jadi. Tetapi larangan mereka tidak berhenti pada wanita sahaja. Haiwan betina pun diharamkan sama sekali. Katanya untuk memelihara kemaluan semua di sana (aku malas ulas panjang bab ini sebab aku tahu apa yang dibayang kalian).
Pada mata Ortodoks, satu semenanjung Gunung Athos dianggap macam “biara besar” (great monastery). Logik di sebalik mereka adalah darjat ibu Maryam (as) itu sendiri.
Katanya baginda mahu semenanjung ini untuk baginda sahaja. Jadi “kewanitaan” Gunung Athos hanya ada pada baginda sahaja. Tiada wanita lain layak menandingi baginda.
Kalau manusia tidak boleh, apatah lagi haiwan. Semua haiwan yang masuk adalah jantan. Ayam mesti jantan. Lembu juga jantan. Babi tidak pasti atas faktor kesucian. Tetapi mereka membenarkan kucing betina untuk tujuan menangkap tikus. Benda ini mengesahkan kata-kata orang.
Kucing boleh buat apa sahaja tanpa mempedulikan hati perasaan manusia. Selain daripada kucing, penduduk Gunung Athos membenarkan haiwan liar betina (seperti pelanduk misalnya). Memang mustahil untuk halang pergerakan haiwan liar.
RUJUKAN:
BBC. (2016, Mei 27). Why are women banned from Mount Athos?
Findler, R., & Fidler, M. (2017, Januari 5). The holy mountains: monks of Mount Athos – photo essay. The Guardian.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih