Seketul batu yang berumur jutaan tahun telah ditemui di sebuah tanah dalam. Penemuan batu tersebut telah memberikan kefahaman baru tentang putaran Bumi.

Analisis ke atas batu tersebut menunjukkan bahawa Bumi pada 70 juta tahun yang lalu hanya mempunyai putaran setengah jam lebih pendek.

Perkara ini dapat membantu saintis untuk mengetahui lebih tepat kadar Bulan menjauhi kedudukannya daripada Bumi.

Mengkaji evolusi dan bahagaimana kadar putaran Bumi berubah merupakan kajian yang begitu mencabar. Kita tidak boleh berpatah balik ke masa lampau untuk merasai dan mengambil pengalaman. Ataupun merekodkan kejadian pada masa lalu.

Perkara yang mampu kita lakukan hanyalah menganalisis semula melalui rekod-rekod yang dilakukan oleh Bumi sendiri.

Sebagai contoh, kita dapat mengkaji bagaimana perubahan sinaran solar yang direkodkan oleh batu-batu purba dipadankan dengan kitaran Matahari lebih daripada 10,000 tahun.

Daripada situ, saintis telah dapat menentukan bahawa satu hari di Bumi pada 1.4 bilion tahun yang lalu, sehari di Bumi hanya 18 jam.

Namun, kadangkala, untuk mendapatkan maklumat dalam skala batu-batu kecil agak mencabar juga. Pada masa inilah dwicangkerang (bivalve) yang telah pupus dipanggil torreites sanchezi memainkan peranan.

T.sanchezi tergolong dari kumpulan dwicangkerang yang dipanggil “rudists” yang telah pupus ketika peristiwa 66 juta tahun yang lalu. Dwicengkerang ini tidak wujud lagi pada hari ini.

Bentuknya lebih kurang seperti bentuk pasu dan dwicengkerang ini pernah mendominasi ekosistem terumbu karang. Dwicengkerang ini mempunyai persamaan dengan kerang moden iaitu kerangnya tumbuh dalam kadar satu lapis sehari.

Kita dapat maklumat tentang pertumbuhan pokok melalui cincin pokok itu sendiri. Hal ini sama seperti kerang juga. Lebih spesifik, kerang dapat memberikan kita tentang keadaan air laut seperti keadaan suhu dan kimianya.

Pasukan penyelidik telah menemui fosil dwicengkerang yang telah pupus ini dan dapat menganalisis keadaan Bumi ketika 70 juta tahun yang lampau.

Selain itu, dwicengkerang itu juga menunjukkan bahawa air laut pada ketika itu jauh lebih hangat berbanding sekarang iaitu sekitar 40 darjah Celsius ketika musim panas dan 30 darjah Celsius ketika musim sejuk.

Cincin kerang dapat memberikan maklumat tentang kepelbagaian musim. Sebagai contoh, lapisan kerang moden akan lebih gelap apabila tumbuh di musim sejuk.

Kesan kepelbagaian musim ke atas kulit kerang telah memberikan saintis untuk menentukan skala masa setahun ke atas corak pada kulit kerang seperti mana cincin kerang dapat dipadankan dengan kepelbagaian musim.

Dengan cara ini, saintis dapat mengira tempoh jam sehari ketika dwicengkerang ini wujud pada masa lalu. Mereka mendapati dwicengkerang ini hidup selama 9 tahun.

Analisis lanjut dibuat ke atas kulit dwicengkerang itu mendapati Bumi pada 70 juta tahun yang lalu hanya berputar selama 372 hari.

Benda yang kita pasti ialah, kadar tahun tidak pernah berubah kerana orbit Bumi belum pernah lagi berubah.

Kalau setahun pada ketika itu hanya 372 hari, ini bermaksud putaran Bumi yang berubah, bukan peredarannya mengelilingi Matahri yang berubah.

Putaran Bumi semakin lama semakin perlahan. Dulu Bumi berputar agak laju, sebab itu sehari, jamnya lebih pendek. Mengapa Bumi semakin perlahan ada kaitannya dengan Bulan.

Nyapecutan (deceleration) putaran Bumi disebabkan oleh geseran air pasang surut Bumi. Daya geseran ini dipanggil sebagai kesan pasang surut.

Air pasang surut itu berpunca daripada tarikan graviti Bulan yang mengakibatkan air laut menjadi naik dan berbonjol.

Tetapi putaran Bumi telah menyebabkan benjolan air pasang itu terkehadapan sedikit daripada kedudukan asal.

Hal ini telah menyebabkan kedudukan Bulan di orbitnya lari sedikit. Seterusnya, daya putaran terhasil yang menyebabkan pecutan pada Bulan. Kemudian, perlahan-lahan Bulan akan beranjak dari Bumi.

Pada masa kini, Bulan sedang beranjak dari Bumi dengan kadar 3.82 cm setahun.

RUJUKAN:

  1. de Winter, N. J., Goderis, S., Van Malderen, S. J., Sinnesael, M., Vansteenberge, S., Snoeck, C., … & Claeys, P. (2020). Sub‐daily scale chemical variability in a Torreites sanchezi rudist shell: Implications for rudist paleobiology and the Cretaceous day‐night cycle. Paleoceanography and Paleoclimatology, e2019PA003723.
  2. https://www.sciencealert.com/old-shell-reveals-earth-s-days-were-half-an-hour-shorter-70-million-years-ago

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.