Penggunaan straw sudah menjadi sebahagian daripada cara hidup moden. Kebergantungan pada straw plastik walau bagaimanapun mengundang padah yang teruk pada alam sekitar.

Mesin-mesin kitar semula tidak dapat memproses straw plastik, kerana saiznya yang serba kecil.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Jadi banyak kerajaan hari ini menggunakan jalan mudah iaitu dengan mandat larangan penggunaan straw plastik demi kelestarian alam sekitar.

Peserta industri minuman perlu beralih ke straw kertas untuk tujuan pakai buang.

Terfikir juga – macam mana straw diperkenalkan pada orang? Jawapan paling mudah, straw sudah sebati dengan orang ramai kerana sejarahnya yang sangat panjang.

Pengeluaran straw plastik secara besar-besaran bermula selepas Pe.rang Dunia Kedua. Tetapi straw ketika ini hanya masuk peringkat mass production saja. Tiada unsur inovasi, melainkan penciptaan mesin penghasilan.

Tamadun dan Peradaban Silam

Pada tahun 1897, seorang pakar arkeologi bernama Nikolai Veselovsky mewakili Universiti Saint Petersburg ke pekan Mikop yang terletak di wilayah Kaukasus.

Maikop memang terkenal dengan aktiviti arkeologi. Malah di sini juga ada sebuah bukit perkuburan (burial mound) yang dibina sekitar 5,000 tahun lalu.

Contoh sebuah burial mound (di Jepun).

Ujian pentarikhan meletakkan anggaran sekitar 3,700 S.M. ke 3,100 S.M.

Dan bukit buatan ini bukannya kecil. Cukup besar, dengan ketinggian mencecah 10 meter bagi memuatkan tiga kamar berbeza saiz.

Setiap satu kamar menempatkan rangka seorang dewasa yang dikebumikan dalam keadaan tertunduk.

Mungkin kamar paling besar untuk seseorang yang kenamaan, kerana rangka tersebut dihiasi pakaian bermanik emas.

Tetapi bukan semua ini yang menarik perhatian sekarang. Jujur cakap, tiada siapa peduli pasal rangka yang sekarang terdedah habis sampai boleh merah pipi orang.

Sekarang yang penting adalah pasal tiub-tiub ditemui bersama rangka-rangka tersebut.

Lukisan yang menunjukkan kedudukan tiub di tepi rangka.

Tiub ini mempunyai panjang semeter – dan ketika dipersembah pada raja-raja Rusia dulu, tiub ini katanya cokmar kuasa (Strickland, 2022).

Kuasa diraja?

Punyalah lama orang pegang pada prasangka ini… sampai satu masa apabila saintis mula tengok apa ada pada dan dalam tiub-tiub tersebut.

Kalau betul cokmar kuasa, apa benda mereka jumpa kanji barli dalam tiub tersebut?

Dari sini baru mereka fikir – ini bukan cokmar kuasa. Kalau boleh cakap pada saintis lama, tentu mereka cakap, “ini straw, pandai! Belajar tinggi-tinggi hirup vodka pakai sudu ka selama ni?”

Keindahan Budaya Asing

Penemuan straw di tempat perkuburan 5,000 tahun adalah suatu khazanah yang sangat penting dalam bidang arkeologi. Seolah-olah unik pula straw ini ditemui di bumi Rusia… dengan bukti penggunannya untuk minum bir (… tiada air lain. Bir juga dibuatnya). Tetapi bukan usia straw saja yang menimbulkan rasa minat. Seni yang terdapat pada straw itu sendiri boleh tahan unik.

Jemput beli buku imprint Fiksyen The Patriots di http://bit.ly/PraTempah

Rusia ketika itu hanyalah gugusan puak yang membawa budaya sendiri. Namun puak-puak ini memang terkenal dengan aktiviti penjelajahan, yang membawa mereka masuk dalam pengaruh Tamadun Sumeria.

Minum bir dengan menggunakan straw panjang adalah perkara biasa dalam Tamadun Sumeria.

Straw Maikop mempunyai ciri-ciri sama seperti straw Sumeria. Salah satu ciri-ciri ini adalah penapis buatan besi yang bertujuan untuk menapis sisa-sisa barli semasa minum bir (Metcalfe, 2022).

Dan pengguna straw semasa zaman Maikop dulu barangkali minum bir daripada sebuah tembikar tiga liter. Mereka akan minum dalam kumpulan, mungkin sebahagian daripada amalan tradisi tertentu.

RUJUKAN:

Metcalfe, T. (2022, Januari 19). Ancient ‘scepters’ were actually straws for communal boozing, researchers say. NBC News.

Strickland, A. (2022, Januari 19). King Tut’s tomb had a scepter. This ancient burial had something entirely different. CNN.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply