Selepas sahaja Sultan Mahmud Syah II mangkat tanpa meninggalkan zuriat, berlaku kekosongan kuasa dalam empayar Johor. Bagi memastikan empayar terus stabil, Bendahara Tun Abdul Jalil telah menaiki takhta dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah.
Tapi secara tiba-tiba, seorang individu daripada Siak iaitu Raja Kechil mendakwa baginda adalah anak kepada Sultan Mahmud Syah II. Menurut Raja Kechil, baginda telah dibawa ke Siak ketika masih kecil. Sekarang ni Raja Kechil datang untuk menuntut kembali haknya. Dari situlah pengaruh Bugis mula meresapi empayar Johor.
Persoalannya macam mana Bugis boleh jadi sangat berpengaruh di Johor?
Sebenarnya orang Bugis dah berinteraksi dengan penduduk Tanah Melayu semenjak era Kesultanan Melaka. Ketika itu kehadiran mereka hanyalah untuk berdagang semata-mata. Selepas itu barulah orang Bugis terlibat secara rasmi dalam politik orang Melayu. Kedah menjadi negeri pertama yang menerima pengaruh Bugis.
Kehadiran Bugis di Kedah bermula apabila berlaku perebutan takhta antara Sultan dan Tengku Ngah Putra. Baginda bersama-sama tentera Bugis cuba menyerang Kedah tetapi gagal dan terus berundur.
Di Johor pulak macam mana?
Sebelum Raja Kechil ingin memulakan serangan dan rampasan kuasa, baginda telah berunding dengan Opu Daeng Bersaudara. Tujuannya adalah untuk mendapat sokongan dan ketumbukan tentera yang besar. Jika serangan ini berjaya, Daeng Parani akan dilantik oleh Raja Kechil sebagai Yang Dipertuan Muda.
Maka Opu Daeng Bersaudara pergi ke Langat yang merupakan penempatan orang Bugis untuk mengumpul tentera. Tanpa mereka sedari, Raja Kechil juga telah mendapatkan sokongan daripada Orang Laut daripada Kuala Johor dan Singapura bagi memulakan serangan. Tanpa apa-apa bantahan, Orang Laut dengan rela hati menyertai Raja Kechil kerana mereka adalah penyokong kuat Sultan Mahmud Syah II.
Melalui bantuan Orang Laut inilah, Raja Kechil berjaya menakluk Johor lantas digelar sebagai Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah. Sultan yang sebelum ini telah diturunkan takhta dan dilantik semula sebagai bendahara Johor.
Secara diam-diam, anak kepada bekas sultan iaitu Tengku Sulaiman amat tidak berpuas hati dengan layanan Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah. Maka dia merancang untuk menggulingkan sultan. Masalahnya, kesemua tentera empayar Johor memihak kepada Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah.
Untuk itu, Tengku Sulaiman telah meminta bantuan Opu Daeng Bersaudara untuk bersama-sama menyerang Johor. Sebagai balas salah seorang daripada Opu Daeng Bersaudara akan dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda Riau. Opu Daeng Bersaudara dengan senang menerima tawaran Tengku Sulaiman. Ditambah lagi Opu Daeng Bersaudara beranggap ini adalah balasan kerana Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah memungkiri janjinya.
Jadi, bermulalah serangan orang Bugis terhadap Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah. Pada mulanya tentera empayar Johor dapat menangkis serangan Bugis. Tetapi amukan Bugis yang terlalu hebat membuatkan baginda terpaksa memindahkan pusat pentadbiran daripada Kota Tinggi ke Kepulauan Riau. Ingatkan dah selamat tapi Opu Daeng Bersaudara tetap mengejar baginda. Mahu tak mahu, Raja Kechil terpaksa lari ke tempat asalnya di Siak.
Kejayaan menewaskan Raja Kechil telah membuatkan Tengku Sulaiman telah dilantik sebagai sultan empayar Johor dengan gelaran Sultan Badrul Alamsyah I. Manakala Daeng Marewah menjadi yang Yang Di Pertuan Muda Riau. Selepas itu semua tahu apa yang berlaku dan Bugis menjadi sangat berpengaruh di johor.
Nak tahu lebih banyak tentang kehebatan Johor, sila baca buku TASJIL ANIS SALATIN: RAHSIA AGUNG JOHOR. Boleh beli di sini bit.ly/3UPqdSD
Rujukan
Syahrul Rahmat. (2019). Bugis di kerajaan Melayu: Eksistensi orang Bugis dalam pemerintahan kerajaan Johor-Riau-Lingga-Pahang. Jurnal Studi Islam Kawasan Melayu, 2(1), 35-44. Dipetik daripada http://ejournal.stainkepri.ac.id/index.php/perada/article/view/25/22
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih