Dalam peperangan, tipu helah merupakan satu aspek yang tidak boleh diketepikan. Ini kerana ia boleh saja menjadi penentu kemenangan atau kekalahan sesebuah pasukan. Di teater Pasifik WWII, sebuah kapal perang Belanda menyamarkan dirinya sebagai sebuah pulau kecil untuk mengelak daripada menjadi sasaran serangan udara tentera Jepun.

Hal ini mungkin sukar dipercayai tetapi itulah yang dialami krew kapal HNMS Abraham Crijnssen. Kapal tersebut merupakan kapal perang jenis pembersih periuk api yang dibina pada 1930-an sebelum digunakan secara rasmi oleh tentera laut Belanda pada 1937. Nama kapal ini bersempena komander tentera laut Belanda yang terkenal pada abad ke-17, Abraham Crijnssen.

Selepas Belanda jatuh ke tangan Jerman pada 15 Mei 1940, usaha peperangan negara itu diteruskan oleh kerajaan mereka yang duduk dalam buangan di London. Angkatan laut Belanda meneruskan penentangan di semua teater WWII termasuk di Pasifik. Di Pasifik, sebahagian aset laut Belanda berada di Hindia Timur Belanda (Indonesia moden) termasuk HNMS Abraham Crijnssen.

Sebelum tu, kami nak cadang korang beli buku ni. PERTEMPURAN DI HUTAN adalah kisah perjuangan Dato Mohd Rani Abdul Rashid dalam memelihara kedaulatan negara daripada dimamah bala durjana komunis. Buat julung kalinya kisah kepewiraan dirinya dan anggota keselamatan yang lain direkodkan dengan mendalam dalam sebuah buku. Dapatkan sekarang, ada DISKAUN lagi! Pautan pembelian: https://shopee.com.my/The-Patriots-Pertempuran-Di-Hutan-Hardcover–i.238336777.17131032084

Jepun merancang untuk meneruskan kempen Blitzkrieg (perang kilat) mereka di Pulau Jawa menerusi empat kapal kruzer, 14 kapal pemusnah dan 10 kapal pengangkut. Pihak Bersekutu menggerakkan semua aset yang ada iaitu lima kapal kruzer dan sembilan kapal pemusnah membabitkan pihak AS, Australia, Belanda dan British. Pertempuran laut tercetus antara kedua-dua pihak pada 27 Februari 1942 di mana kebanyakan kapal Bersekutu berjaya dikaramkan oleh pihak Jepun.

Mengikut rancangan, HNMS Abraham Crijnssen perlu berundur ke Australia sambil diiringi tiga kapal perang yang datang dari Laut Jawa. Tetapi masalahnya, majoriti kapal Bersekutu yang berada di situ telah ditenggelamkan oleh Jepun. Dan ini memaksa mereka bergerak secara bersendirian dari Surabaya pada akhir Februari 1942.

Jadi, kapten HNMS Abraham Crijnssen mendapat satu idea gila semasa memikirkan bagaimana hendak melepaskan diri daripada ancaman pesawat dan kapal selam Jepun. Idea tersebut ialah menyamarkan keseluruhan kapal menjadi sebuah pulau kecil.

HNMS Abraham Crijnssen selepas disamarkan dengan dahan-dahan pokok besar.

Sebaik mereka tiba di sebuah pulau, dahan-dahan pokok besar dikumpul dan disusun pada setiap bahagian kapal. Krew turut diarah mengecat badan kapal dengan warna-warna tanah dan batuan bagi melengkapkan imej ‘pulau kecil’ pada kapal berkenaan. Bagi meningkatkan peluang mereka tidak dikesan oleh pihak musuh, HNMS Abraham Crijnssen hanya bergerak pada waktu malam dan berhampiran dengan kawasan pesisir pantai.

Dari satu segi, Jepun mempunyai pelbagai kelebihan dari segi kepantasan dan bilangan aset laut yang boleh digunakan untuk mengejar kapal Belanda itu. Tetapi HNMS Abraham Crijnssen menggunakan kelebihan 18,000 buah pulau sekitar Hindia Timur Belanda untuk bergerak tanpa dikesan pihak musuh. Selepas lapan hari menempuh pelayaran yang mendebarkan, akhirnya HNMS Crijnssen tiba juga di Australia. Kapal Belanda itu turut mencipta rekod sebagai kapal Bersekutu terakhir yang berjaya melarikan diri dari Hindia Timur Belanda.

Sebaik tiba di Australia, proses penambahbaikan segera dibuat bagi menjadikan ia boleh digunakan semula sebagai aset laut Bersekutu di medan Pasifik. Krew kapal Belanda ini kemudiannya digantikan oleh saki-baki krew kapal tentera laut British, HMS Jupiter yang terselamat daripada pertempuran laut di Laut Jawa dan tentera laut Australia.

Dan ini membawa kepada satu pertelagahan kecil tentang gambar pemerintah mana yang patut digantung di dewan mes HNMS Abraham Crijnssen. Memandangkan ini merupakan kapal Belanda, maka gambar yang patut digantung ialah Ratu Wilhelmina yang merupakan ketua negara ketika itu.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Tetapi disebabkan krew yang mengambil alih ialah gabungan krew Australia dan British, mereka mahu meletakkan gambar Raja George VI. Selepas Belanda bertegas untuk tidak mengalihkan gambar Wilhelmina, pihak Bersekutu mengambil keputusan untuk menghormati keputusan mereka. Selepas dikendalikan krew ini selama beberapa bulan, HNMS Abraham Crijnssen diserahkan semula kepada tentera laut Belanda pada Januari 1943.

Pada akhir WWII, ia berperanan sebagai pembersih periuk api yang dipasang sekitar Pelabuhan Kupang. Setelah semua periuk api berjaya dimusnahkan, ini membolehkan kapal-kapal perang Australia berlabuh dan menerima penyerahan kalah Jepun di situ.

HNMS Abraham Crijnssen kemudiannya digunakan sebagai kapal peronda sekitar perairan Hindia Timur Belanda semasa revolusi kemerdekaan Indonesia tercetus. Selepas tidak lagi digunakan pada 1960, hari ini ia menjadi sebahagian daripada kapal-kapal Belanda yang ditempatkan di Muzium Tentera Laut Belanda di Dan Helder, utara Belanda.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:

World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

RUJUKAN

Liem, E. (2015, 30 Julai). A stranded Dutch warship evaded Japanese bombers in WWII by disguising itself as an island. We Are The Mighty.

Budanovic, N. (2018, 17 Mei). True: A Stranded Dutch Warship In WWII Disguising Itself As An Island To Evade Japanese Bombers. War History Online.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply