Dari tahun 1917 hingga 1991, dasar keselamatan nasional Amerika memberikan tumpuan pada mengekalkan perpecahan politik perindustrian Eurasia. Pembuat dasar Amerika mengetahui bahawa wilayah perindustrian Eurasia (Eropah tambah Jepun) secara keseluruhan mempunyai kuasa perindustrian yang lebih banyak berbanding Amerika Syarikat. Mereka memerhatikan bahawa kuasa ketenteraan moden adalah dihasilkan daripada kuasa perindustrian.
Pembuat dasar Amerika oleh itu berasa takut bahawa mana-mana negara yang mengawal semua perindustrian Eurasia boleh mengeksploitasi sumber ekonomi wilayah tersebut yang unggul untuk membangunkan jentera p3rang yang lebih hebat daripada jentera p3rang Amerika Syarikat. Mereka takut negara yang sedemikian mungkin memprojeksikan kuasanya melintasi lautan Atlantik dan mengancam atau bahkan men4kluki Amerika Syarikat.
Oleh demikian, pegawai-pegawai di Washington tidak henti-henti menentang perluasan negara yang mahu mencapai hegemoni di Eurasia, mereka melancarkan pep3rangan pahit untuk membendung Jerman dari tahun 1917 hingga 1918 dan dari tahun 1941 hingga 1945 serta p3rang dingin yang panjang untuk membendung Kesatuan Soviet dari tahun 1947 hingga 1989.
Pemimpin A.S. menjual usaha-usaha ini kepada orang awam mereka dengan retorik perjuangan, iaitu pertempuran diantara kediktatoran dengan demokrasi–sebagai pep3rangan dunia yang “bebas” terhadap tirani, yang dilancarkan untuk menyelamatkan orang lain daripada kejahatan. Orang awam Amerika sebahagian besarnya menerima hujah idealis ini. Hari ini ramai rakyat Amerika masih percaya bahawa Amerika Syarikat berp3rang pada tahun 1917 hingga 1989 kerana alasan idealis.
Namun pada hakikatnya, pembuat dasar Amerika bertindak sebahagian besarnya atas sebab-sebab politik kuasa. Mereka bimbang bahawa kuasa hegemon Eurasia akan memiliki kuasa untuk membahayakan Amerika Syarikat, dan mereka berusaha untuk mencegah sebarang hegemoni Eurasia daripada wujud atas sebab itu.[1]
Logik pembuat dasar Amerika ini selari dengan logik imbangan kuasa yang memandui dasar tradisional British terhadap benua Eropah, logik yang membawa Britain untuk membendung perluasan Perancis di bawah Louis XIV, Perancis bawah Napoleon, Czar Russia, Wilhelmine Jerman, dan Nazi Jerman.
Winston Churchill meringkaskan logik dasar tradisional British ini: “Selama 400 tahun, dasar luar negara England adalah menentang Kuasa yang paling kuat, paling agresif, paling mendominasi di Benua (Eropah), dan secara khususnya menghalang Negara-negara Pamah (Low Countries) daripada jatuh ke tangan Kuasa seperti itu. . . . (British) menghadapi Philip II dari Sepanyol, melawan Louis XIV di bawah William III dan Marlborough, melawan Napoleon, melawan William II dari Jerman, ia akan menjadi sesuatu yang mudah dan pasti sangat menggoda untuk bergabung dengan kuasa yang lebih kuat dan berkongsi hasil penaklukan kuasa tersebut.
Walau bagaimanapun, kita selalu mengambil jalan yang lebih sukar, bersatu dengan Kuasa yang kurang kuat, membuat gabungan di antara mereka, dan dengan itu mengalahkan dan mengecewakan kuasa tirani ketenteraan Benua, tidak kira siapa pun dia, tidak kira negara apa pun yang dipimpinnya. Dengan demikian, kita memelihara kebebasan di Eropah.”[2]
George Kennan, diplomat dan strategis Amerika mengulangi hujah yang serupa dengan Churchill ini pada tahun 1951: “Ia adalah sangat penting bagi kita (A.S.) seperti mana kepada Britain, bahawa tidak ada satu pun kuasa daratan Eropah yang boleh untuk menguasai seluruh daratan Eurasia.
Kepentingan kita terletak sebaliknya pada pemeliharaan sejenis imbangan yang stabil di antara kuasa-kuasa dalaman (Eropah), agar tidak ada satu pun daripada kuasa-kuasa tersebut dapat melakukan penaklukan terhadap yang lain, men4kluki pinggiran laut daratan, menjadi kuasa besar di lautan serta juga di daratan, menghancurkan kedudukan England, dan dalam keadaan ini ia tentunya akan melakukan perluasan ke seberang laut yang mengancam diri kita sendiri (A.S.) dan disokong oleh sumber-sumber besar daripada dalaman Eropah dan Asia (yang ia telah takluki).”[3]
Terrorisme tidak dianggap sebagai satu ancaman yang signifikan kepada Amerika Syarikat diantara tahun 1917 dan 1991. Sangat sedikit keganasan yang telah disasarkan kepada Amerika Syarikat pada tahun-tahun ini. Perebakan nuklear juga tidak dianggap sebagai ancaman utama. Dalam tempoh lebih lima dekad pertama era nuklear (1945-2001), penyebaran nuklear dilihat sebagai suatu kebimbangan, tetapi ia salah satu perkara yang lebih rendah daripada kebimbangan geopolitik.
Ancaman terhadap sumber-sumber bersama global (global commons) kelihatan sedikit. Iklim global kelihatannya tidak terancam. Ancaman terhadap kesihatan awam A.S. adalah diakui, tetapi penyelesaian terhadap ancaman ini tidak dipercayai terletak pada melindungi kesihatan masyarakat global.
Ancaman Terhadap Amerika Selepas P3rang Dingin
Bahaya bahawa kuasa hegemon Eurasia mungkin muncul dan mengancam Amerika Syarikat sebahagian besarnya menghilang setelah Kesatuan Soviet runtuh pada tahun 1991. Sekarang tidak ada calon negara yang layak untuk menjadi kuasa hegemoni Eurasia yang akan muncul dalam masa terdekat.
China hampir untuk menjadi kuasa tersebut, tetapi tidak terlalu hampir.[4] Suatu hari nanti China mungkin menandingi Amerika Syarikat dalam kuasa tentera, tetapi hari tersebut adalah jauh berdekad lagi.[5] Dan bahkan selepas itu pun China hanya akan menimbulkan ancaman geopolitik yang sedikit terhadap Amerika Syarikat kerana empat sebab.
Pertama, geografi menjadikan China calon yang sangat kurang munasabah untuk menjadi hegemoni Eurasia berbanding Jerman pada tahun tahun 1917 dan 1941 atau Kesatuan Soviet pada tahun 1947. Jerman dan Kesatuan Soviet bersebelahan dengan kawasan perindustrian besar di Eropah sehingga mereka dapat meny3rangnya daripada daratan.
China sebaliknya, tidak bersebelahan dengan wilayah perindustrian yang besar dan terdedah. Wilayah perindustrian Eropah sangat jauh dari China. Jepun adalah kawasan perindustrian utama yang berhampiran dengan China, tetapi ia terletak di seberang laut penghalang yang luas dari tanah besar Asia.
Ser4ngan secara konvensional oleh China ke atas Jepun merentasi sempadan laut yang mengagumkan ini menjadi suatu perkara yang hampir mustahil. Oleh itu, China tidak mempunyai sasaran perindustrian penting yang ia mungkin akan takluki berhampiran dengannya. Geografi secara semulajadinya menghalang China daripada memperolehi empayar perindustrian yang lebih luas.
Kedua, walaupun jika China berjaya men4kluki kawasan perindustrian yang lain, ia hanya akan memperolehi sedikit kekuatan dengan berbuat demikian. Hal ini kerana ekonomi pasca perindustrian pada hari ini yang berasaskan pengetahuan adalah jauh lebih sukar bagi penakluk memanfaatkannya untuk tujuan yang agresif, berbanding dengan ekonomi cerobong asap (smokestack economies) pada tahun 1940-an dan 1950-an.
Ekonomi pasca perindustrian bergantung kepada akses bebas terhadap maklumat teknikal dan sosial. Akses ini memerlukan beberapa kebebasan akhbar domestik dan akses ke Internet, penerbitan asing, dan perjalanan luar negara.
Tetapi langkah-langkah kawalan yang diperlukan untuk menundukkan masyarakat yang ditakluki memerlukan saluran ini dikawal kerana saluran-saluran tersebut juga berfungsi sebagai pembawa idea-idea subversif. Oleh itu, elemen-elemen penting pada struktur ekonomi kini perlu dicabut untuk mengekalkan kawalan terhadap pihak yang ditakluk.
Penakluk mesti menyekat produktiviti masyarakat yang mereka takluki untuk mengawal mereka, keadaan tersebut memberikan pihak penakluk keuntungan ekonomi bersih yang sedikit atau tidak ada keuntungan sama sekali. Ini adalah perubahan ketara daripada era cerobong asap, era ketika masyarakat dapat ditakluki dan dikawal dengan kerosakan yang jauh lebih rendah kepada ekonomi mereka.
Ketiga, kuasa nasionalisme yang semakin meningkat menjamin bahawa China akan membayar harga yang besar untuk mengawal mana-mana empayar yang ia takluki. Zaman empayar dibina atas harga yang murah telah berlalu dengan penyebaran idea-idea nasionalis, senjata kecil, dan taktik gerila. Usaha China untuk memperolehi empayar akan berkemungkinan bertembung dengan sejenis penentangan efektif yang telah mengalahkan Kesatuan Soviet di Afghanistan (1979-1989) dan Amerika Syarikat di Vietnam (1961-1975).
Amerika Syarikat memiliki senjata nuklear yang mempunyai kredibiliti dari sudut keupayaannya
Keempat, dan yang paling penting, revolusi nuklear menjadikan kuasa dunia hampir tidak dapat ditakluki. Mana-mana negara dengan pencegah nuklear yang terjamin adalah selamat daripada penaklukan ketika mana ia boleh memusnahkan mana-mana peny3rang. Dan pencegahan yang terjamin jauh lebih mudah untuk dijaga daripada untuk mengancam, oleh itu kuasa-kuasa nuklear dapat mempertahankan diri mereka walaupun daripada negara yang mempunyai kuasa ekonomi yang berkali ganda daripada mereka.
Hasilnya, Amerika Syarikat dapat mempertahankan dirinya daripada China walaupun China berkembang menjadi ekonomi terbesar dunia, men4luki negara-negara jirannya, dan kemudian menjumpai jalan untuk memanfaatkan kuasa perindustriannya untuk pep3rangan. Dalam situasi yang sangat tidak mungkin berlaku seperti itu, China masih tidak dapat men4kluki Amerika Syarikat tanpa terlebih dahulu membangunkan keupayaan ser4ngan pertama nuklear terhadap A.S.
Tetapi keupayaan ser4ngan pertama nuklear China adalah satu angan-angan dan akan tetap demikian. Ia memerlukan kepada keunggulan ekonomi yang sangat luar biasa besar oleh China terhadap Amerika Syarikat. China yang berkembang pesat dari sudut ekonomi dan tidak terawasi secara politik tidak akan pernah memperolehi keunggulan ekonomi yang begitu besar walaupun dalam senario yang terbaik untuk China. Keupayaan ser4ngan pertama nuklear China terhadap Amerika Syarikat tidak akan ada. Oleh itu, ancaman China yang mungkin terhadap kedaulatan A.S. dapat diketepikan untuk masa yang akan datang.
Atas sebab-sebab ini, menangani ancaman geopolitik perlu ada keutamaan yang lebih rendah dalam dasar keselamatan nasional A.S. berbanding pada masa yang lepas. Kuasa besar yang lain bukanlah bahaya kepada keselamatan A.S. seperti mana yang pernah sebelumnya. Malah peningkatan yang besar dalam aset yang dimiliki oleh China–atau Rusia atau kuasa-kuasa besar Eropah–akan menjadikan mereka tidak dapat mengancam kedaulatan Amerika Syarikat. Oleh itu, Amerika Syarikat boleh memberikan keutamaan yang lebih rendah pada mengehadkan kuasa mereka.
Nota Kaki:
[1] Tinjauan yang berharga mengenai strategi agung Amerika pada masa yang lalu ialah buku Robert J. Art, A Grand Strategy for America (Ithaca, NY: Cornell University Press, 2003), 178–197; Art, “A Defensible Defense: America’s Grand Strategy after the Cold W4r,” International Security 15, no. 4 (Spring 1991): 5–53 (lihat 10–23); dan buku Christopher Layne, The Peace of Illusions: American Grand Strategy from 1940 to the Present (Ithaca, NY: Cornell University Press, 2006), 15–117.
Mengenai peranan yang dimainkan oleh logik imbangan kuasa dalam kemasukan Amerika ke dalam P3rang Dunia Kedua, lihat juga buku G.R. Sloan, Geopolitics in United States Strategic Policy, 1890–1987 (New York: St. Martin’s, 1988), 113–116 (mengenai pemikiran Franklin Roosevelt sebelum p3rang). Untuk contoh pemikiran imbangan kuasa di Amerika Syarikat sebelum p3rang, lihat Livingston Hartley, Is America Afraid? (New York: PrenticeHall, 1937), 47–50, 69–75, 138–143, 175; Walter Lippmann, “The Atlantic and America: The When and Why of Intervention,” Life 10, no. 14 (April 7,1941): 84–92; dan yang membincangkannya, John A. Thompson, “The Exaggeration of American Vulnerability: The Anatomy of a Tradition,” Diplomatic History 16, no. 1 (Winter 1992): 23–43 (lihat 36–37).
Hujah-hujah seperti ini kemudiannya membentuk teras hujah untuk dasar pembendungan anti-Soviet yang dikembangkan oleh arkitek intelektual utamanya, termasuklah George Kennan dan Walter Lippmann. Mengenai Kennan, lihat buku John Lewis Gaddis, Strategies of Containment: A Critical Appraisal of Postw4r American National Security Policy (New York: Oxford University Press, 1982), 25–88. Mengenai Lippmann, lihat buku Walter Lippmann, U.S. Foreign Policy: Shield of the Republic (Boston: Little, Brown, 1943), 162–164. Buku Lippmann terbit sebelum p3rang dingin, tetapi tulisan-tulisannya yang kemudian menggunakan logik imbangan kuasa yang sama seperti yang dinyatakannya.
Untuk perancang awam dan ketenteraan lain yang mempunyai pandangan yang serupa, lihat Melvyn P. Leffler, “The American Conception of National Security and the Beginnings of the Cold W4r,” American Historical Review 89, no. 2 (April 1984): 346–381 (lihat 356–358, 370, 374, 377); dan buku Lefflrr, A Preponderance of Power: National Security, the Truman Administration, and the Cold W4r (Stanford, CA: Stanford University Press, 1992), rujuk 10–13.
[2] Winston S. Churchill, The Gathering Storm (New York: Bantam, 1961), 186–187.
[3] George F. Kennan, American Diplomacy, 1900-1950 (New York: New American Library, 1951), 10. Untuk pernyataan yang sama, lihat buku Gaddis, Strategies of Containment, 29, 57, dan 201, memetik daripada Kennan, National Security Council Report 7 (NSC 7), dan John F. Kennedy.
[4] Sarjana yang membincangkan skop yang mungkin dan implikasi kepada kebangkitan China ialah Robert J. Art, “The United States and the Rise of China: Implications for the Long Haul,” dalam buku China’s Ascent: Power, Security, and the Future of International Politics, ed. Robert S. Ross and Zhu Feng (Ithaca, NY: Cornell University Press, 2008); Joseph S. Nye, “The Challenge of China,” dalam buku How to Make America Safe: New Policies for National Security, ed. Stephen Van Evera (Cambridge, MA: Tobin Project, 2006), 73–77; Dan tulisan Edward Steinfeld, “Getting China Right,” dalam buku Van Evera, How to Make America Safe, 79–85.
[5] Sarjana yang mengembangkan hujah ini adalah Joseph Nye, “Challenge of China,” dan Edward Steinfeld, “Getting China Right.”
……….
Diterjemah dan diolah oleh: Muaz Malik
*Stephen Van Evera ialah Profesor Ford International di Jabatan Sains Politik MIT. Kajian beliau dalam hubungan antarabangsa adalah termasuk: sebab dan pencegahan p3rang, dasar luar AS, dasar keselamatan A.S., campur tangan A.S. di Dunia Ketiga, hubungan antarabangsa di Timur Tengah, dan teori hubungan antarabangsa. Beliau adalah pengarang buku Causes of W4r: Power and the Roots of Conflict (1984).
RUJUKAN:
To Lead the World: American Strategy after the Bush Doctrine (2008)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih