Ahad, 25 Oktober 202625 Okt 2026
Strategi Amerika Menghancurkan Umat Islam
Mutiara Islam

Strategi Amerika Menghancurkan Umat Islam

Adalah
bukan lagi satu persoalan bahawa Islam hari ini sedang berada dalam keadaan
yang terumbang-ambing, terbelit dalam pergelutan luaran & dalaman dengan
nilai-nilainya, identitinya, dan kedudukannya di dalam dunia ini. Saingannya
pula sedang berlumba-lumba ke arah dominasi spiritual & politik. Konflik
ini mempunyai implikasi kewangan dan ekonomi, termasuk sosial, politik, dan
keselamatan yang serius kepada seluruh dunia. Oleh itu, Barat sedang
meningkatkan usaha untuk mencapai persefahaman, memahami dan mempengaruhi kesan
dari konflik ini.

Adalah
sangat jelas sekali, Amerika Syarikat sebagai sebuah dunia moden terindustri,
dan komuniti antarabangsa secara keseluruhannya, pasti menginginkan dunia Islam
yang bersesuaian dengan keseluruhan sistem, iaitu demokratik, ekonomi yang
mapan, politik yang stabil, masyarakat yang progresif, dan mematuhi peraturan dan
norma-norma antarabangsa. Mereka juga sehabis daya ingin mencegah “pertembungan
peradaban” (clash of civilization)
dari segenap perkara, bermula daripada peningkatan rusuhan domestik yang
terhasil daripada konflik antara minoriti Muslim dan masyarakat ‘asal’ Barat,
kepada peningkatan militan di seluruh dunia Islam dan akibatnya,
ketidakstabilan dan keganasan.

Maka,
kelihatannya sangat bijak untuk mendorong keluar elemen-elemen didalam Islam
yang pelbagai itu, yang paling bersesuaian dengan keamanan sejagat dan
masyarakat antarabangsa, dan yang mesra dengan demokrasi dan kemodenan.
Walaubagaimanapun, untuk mengenalpasti dengan betul elemen-elemen ini dan
mencari jalan yang paling sesuai untuk bekerjasama dengan mereka tidak
selalunya mudah.

Krisis
Islam sekarang ini mempunyai dua komponen utama, iaitu kegagalan untuk maju dan
terputus hubungan dengan arus perdana global. Dunia Islam ditandai dengan
tempoh kemunduran yang panjang, dan ketidakberdayaan perbandingan,

yang
mana telah banyak solusi yang berbeza telah dicuba seperti nationalisme,
pan-Arabisme, Sosialisme Arab, dan Revolusi Islam. Namun semuanya tidak
berjaya, dan ini membawa kepada kekecewaan dan kemarahan. Pada masa yang sama,
dunia Islam hari ini sudah tergelincir dari laluan semasa kebudayaan dunia,
yang mana merupakan satu situasi yang tidak menyenangkan bagi kedua-dua belah
pihak.

Umat
Islam berselisih tentang apa yang perlu dilakukan tentang masalah ini, dan
mereka juga berselisih tentang bagaimanakah sepatutnya masyarakat mereka kelihatan
diakhirnya. Kita boleh membezakan empat posisi utama mereka, iaitu;

  • Kelompok Fundamental (Fundamentalists) tidak menerima
    nilai-nilaidemokratik dan kebudayaan barat hari ini. Mereka mahu satu
    negara yang

autoritarian
(mempunyai kepatuhan yang mutlak kepada pemerintah tertinggi), dan teguh
berpegang dengan nilai-nilai agama, yang akan melaksanakan undang-undang Islam
(menurut tafsiran mereka yang melampau) dan prinsip moral mereka. Mereka
sanggup menggunakan inovasi dan teknologi moden untuk mencapai cita-cita
mereka.

  • Kelompok Tradisional (Traditionalists) pula mahu masyarakat yangkonservatif. Mereka sangat mencurigai kemodenan (modernity), inovasi, dan perubahan.
  • Kelompok Moden (Modernists) pula mahu dunia Islam
    menjadi sebahagiandaripada arus kemodenan antarabangsa. Mereka mahu memodenkan
    dan

memperbaiki
(reform) Islam untuk membawa Islam mengikuti peredaran zaman.

  • Kelompok Sekular (Secularists) mahu dunia Islam untuk menerima pemisahanantara gereja dan negara sepertimana yang berlaku pada demokrasi perindustrian Barat, yang mana martabat agama diturunkan ke ruangan individu.

Kelompok-kelompok
ini mempunyai sikap dan posisi yang sangat berbeza terhadap isu-isu utama yang
menjadi perbalahan di dalam dunia Islam pada hari ini, termasuklah politik dan
kebebasan individu, pendidikan, martabat wanita, jenayah & keadilan,
keabsahan reformasi (reform) dan
perubahan, serta sikap terhadap Barat.

Kelompok
Fundamental sangat memusuhi Barat dan Amerika Syarikat khususnya, dan dalam
berbagai peringkat, ingin merosakkan dan menghancurkan kemodenan demokratik.
Menyokong mereka bukanlah satu pilihan pun, kecuali untuk sementara waktu
ketika dalam pertimbangan taktikal. Kelompok Tradisional pula umumnya memegang
pandangan yang lebih sederhana, akan tetapi terdapat perbezaan yang signifikan
pula diantara pelbagai kelompok tradisional. Sesetengahnya dekat dengan
kelompok fundamental. Tiada satu pun yang dengan sepenuh hati menerima
demokrasi moden bersama budaya dan nilai-nilai kemodenan, dan yang paling bagus
pun, boleh mencapai keamanan yang diingini dengan mereka.

Kelompok
Moden dan Sekular pula adalah kelompok yang paling dekat dengan Barat, dari
segi nilai-nilainya dan polisi. Walaubagaimanapun, mereka biasanya berada dalam
kedudukan yang lebih lemah berbanding kelompok lain, kekurangan sokongan yang
kuat, sumber kewangan, infrastruktur yang efektif, dan platform awam. Kelompok
sekular, selain kadang-kala tidak dapat diterima sebagai sekutu atas dasar
kesamaan ideologi yang lebih luas, juga mempunyai masalah untuk mengendalikan
sektor tradisional dalam masyarakat Islam.

Islam
tradisional ortodoks mempunyai elemen-elemen yang boleh digunakan untuk melawan
kelompok Fundemental yang menindas dan autoritarian, tetapi ianya tidak sesuai
untuk dijadikan sebagai kenderaan utama kepada Islam Demokratik. Peranan itu
jatuh kepada kelompok Islam Modenis, yang mana keberkesanannya,
walaubagaimanapun, terhad oleh beberapa halangan, yang mana laporan ini akan
menerokainya.

Untuk
mendorong perubahan yang positif di dalam dunia Islam ke arah demokrasi yang
lebih baik, kemodenan, dan keserasian dengan aturan dunia antarabangsa hari
ini, Amerika Syarikat dan Barat harus berhati-hati dalam mempertimbangkan
elemen-elemen, aliran-aliran, dan kekuatan di dalam Islam yang manakah yang
mereka ingin perkuatkan, apakah matlamat dan nilai-nilai pelbagai kelompok yang
berpotensi untuk menjadi sekutu dan anak didik mereka, serta apakah kesan-kesan
yang lebih besar akan berlaku akibat daripada pengembangan agenda-agenda mereka
masing- masing. Oleh itu, pendekatan campuran yang terdiri daripada
elemen-elemen yang berikut kelihatannya lebih efektif:

  • MENYOKONG KELOMPOK MODENIS TERLEBIH DAHULU
  • menerbitkan
    dan mengedarkan hasil karya mereka dengan kos yang disubsidi.
  • mendorong
    mereka untuk menulis kepada sasaran yang luas dan anak muda
  • memperkenalkan pandangan
    mereka ke dalam pendidikan Islam
  • memberi mereka platform awam

o    menjadikan
pandangan mereka dan ‘fatwa’ mereka terhadap persoalan-persoalan asas mereka
berkaitan dengan tafsiran agama boleh didapati dan dicapai oleh masyarakat,
sebagai persaingan dengan kelompok- kelompok fundamental dan tradisional, yang
mana mempunyai laman web, kilang percetakan, sekolah-sekolah, insitusi, dan
banyak lagi alat untuk menyebarkan pandangan mereka.

  • meletakkan
    sekularisme dan modenisme sebagai pilihan ‘lawan-budaya’ kepada anak muda Islam
    yang tidak terjejas.
  • membantu
    dan memupuk kesedaran terhadap sejarah dan budaya sebelum kedatangan Islam,
    melalui media dan kurikulum negara yang relevan

o    membantu
dalam pembangunan badan sivik bebas, untuk mempromosikan budaya sivik dan
menyediakan ruang kepada rakyat biasa untuk mendidik diri mereka tentang proses
politik dan menyampaikan pandangan mereka.

  • MENYOKONG
    KELOMPOK TRADISIONALIS MELAWAN KELOMPOK FUNDAMENTAL

o mengebahkan kritikan kelompok tradisional terhadap keganasan
dan pelampau kelompok fundamental; menggalakkan
perselisihan antara kelompok tradisional dengan fundamental

o menghalang kesatuan antara kelompok tradisional dan fundamental o menggalakkan kerjasama antara kelompok moden dengan kelompoktradisional yang lebih dekat dengan kelompok moden.

  • mendidik
    kelompok tradisonal untuk melengkapkan mereka berhujah dengan kelompok
    fundamental. Fundamentalis biasanya lebih menonjol retorik mereka, sementara
    kelompok tradisional biasanya lebih bersikap seperti ‘orang tua’. Di kawasan
    Asia Tengah, mereka mungkin perlu diajar dan dilatih mengikut Islam Ortodok
    untuk mampu berdiri di atas kaki sendiri
  • meningkatkan
    kemunculan dan kewujudan profil-profil kelompok moden di institusi –institusi
    kelompok tradisional.
  • bersikap
    pilih-kasih terhadap pelbagai sektor dalam kelompok tradisional. Beri galakan
    kepada kelompok yang lebih kuat tarikannya kepada modenisme, seperti Mazhab
    Hanafi, lawan kepada mazhab lain. Dorong mereka untuk keluarkan fatwa dan
    popularkannya untuk melemahkan autoriti pemerintahan Wahabi. Hal ini berkait
    dengan dana: duit Wahabi akan menyokong mazhab Hanbali. Ianya juga berkait
    dengan ilmu; banyak bahagian yang mundur dalam dunia Islam tidak sedar akan
    kehebatan pelaksanaan dan penafsiran hukum-hukum
  • menggalakkan populariti dan
    penerimaan sufisme
  • BERDEPAN DAN MELAWAN KELOMPOK FUNDEMENTAL
  • mencabar   tafsiran   mereka   terhadap  Islam  dan  dedahkan ketidaktepatan itu
  • mendedahkan  hubungan  mereka  dengan  pertubuhan  dan aktiviti haram.
  • menunjukkan
    mereka tidak mampu untuk memerintah, mencapai perkembangan positif untuk negara
    dan masyarakat mereka.
  • menyebar-luaskan kesan-kesan
    dari tindakan ganas mereka
  • menghala-tujukan
    mesej-mesej ini kepada anak muda, populasi tradisional yang soleh, minoriti
    Muslim di Barat, dan kaum wanita

o    mengelak dari menunjukkan sebarang penghormatan atau kekaguman kepada keganasan yang melibatkan pelampau fundamental dan pengganas. Menampakkan mereka sebagai gangguan dan pengecut, bukan sebagai hero jahat.

  • menggalakkan
    wartawan untuk menyiasat isu-isu korupsi, hipokrisi, dan tidak bermoral
    dikalangan kelompok fundamental dan penggganas.
  • menggalakkan perpuakkan
    dikalangan kelompok fundamental.
  • MENYOKONG KELOMPOK SEKULAR SECARA TERPILIH
  • mendorong
    pengiktirafan tentang kelompok fundamental adalah musuh bersama, tidak
    menggalakkan persepakatan antara kelompok sekular dan kumpulan anti Amerika
    Syarikat seperti nationalisme dan ideologi-ideologi kiri
  • mendokong
    idea bahawa pemisahan agama dan negara juga berlaku dalam Islam, dan ianya
    tidak menjejaskan aqidah, bahkan menguatkannya lagi.

Apa
jua pendekatan yang dipilih, kami mencadangkan ianya dibuat dengan penelitian
yang halus, dalam keadaan mengetahui tentang kepentingan sesuatu isu; bermaksud
kemungkinan besar akan diserahkan kepada pembuat dasar luar Amerika Syarikat
dengan sikap tertentu tentang isu-isu tersebut, kesan-kesan dari penglibatan
ini dengan kelompok Islam yang lain, termasuklah risiko membahayakan atau
memburukkan kumpulan-kumpulan dan orang-orang yang kita mahu bantu dari awal;
dan menilai peluang dan kemungkinan kesan-kesan yang tidak diingini dari
kerjasama ini (dengan kelompok-kelompok diatas) yang mungkin kelihatannya
sesuai untuk jangka masa pendek.

TERJEMAHAN RINGKASAN LAPORAN RAND CORPORATION 2003
Oleh: Ezzat Shukri

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet