Adalah bukan lagi satu persoalan bahawa Islam hari ini sedang berada dalam keadaan yang terumbang-ambing, terbelit dalam pergelutan luaran & dalaman dengan nilai-nilainya, identitinya, dan kedudukannya di dalam dunia ini. Saingannya pula sedang berlumba-lumba ke arah dominasi spiritual & politik. Konflik ini mempunyai implikasi kewangan dan ekonomi, termasuk sosial, politik, dan keselamatan yang serius kepada seluruh dunia. Oleh itu, Barat sedang meningkatkan usaha untuk mencapai persefahaman, memahami dan mempengaruhi kesan dari konflik ini.

Adalah sangat jelas sekali, Amerika Syarikat sebagai sebuah dunia moden terindustri, dan komuniti antarabangsa secara keseluruhannya, pasti menginginkan dunia Islam yang bersesuaian dengan keseluruhan sistem, iaitu demokratik, ekonomi yang mapan, politik yang stabil, masyarakat yang progresif, dan mematuhi peraturan dan norma-norma antarabangsa. Mereka juga sehabis daya ingin mencegah “pertembungan peradaban” (clash of civilization) dari segenap perkara, bermula daripada peningkatan rusuhan domestik yang terhasil daripada konflik antara minoriti Muslim dan masyarakat ‘asal’ Barat, kepada peningkatan militan di seluruh dunia Islam dan akibatnya, ketidakstabilan dan keganasan.

Maka, kelihatannya sangat bijak untuk mendorong keluar elemen-elemen didalam Islam yang pelbagai itu, yang paling bersesuaian dengan keamanan sejagat dan masyarakat antarabangsa, dan yang mesra dengan demokrasi dan kemodenan. Walaubagaimanapun, untuk mengenalpasti dengan betul elemen-elemen ini dan mencari jalan yang paling sesuai untuk bekerjasama dengan mereka tidak selalunya mudah.

Krisis Islam sekarang ini mempunyai dua komponen utama, iaitu kegagalan untuk maju dan terputus hubungan dengan arus perdana global. Dunia Islam ditandai dengan tempoh kemunduran yang panjang, dan ketidakberdayaan perbandingan,

yang mana telah banyak solusi yang berbeza telah dicuba seperti nationalisme, pan-Arabisme, Sosialisme Arab, dan Revolusi Islam. Namun semuanya tidak berjaya, dan ini membawa kepada kekecewaan dan kemarahan. Pada masa yang sama, dunia Islam hari ini sudah tergelincir dari laluan semasa kebudayaan dunia, yang mana merupakan satu situasi yang tidak menyenangkan bagi kedua-dua belah pihak.

Umat Islam berselisih tentang apa yang perlu dilakukan tentang masalah ini, dan mereka juga berselisih tentang bagaimanakah sepatutnya masyarakat mereka kelihatan diakhirnya. Kita boleh membezakan empat posisi utama mereka, iaitu;

  • Kelompok Fundamental (Fundamentalists) tidak menerima nilai-nilai demokratik dan kebudayaan barat hari ini. Mereka mahu satu negara yang

autoritarian (mempunyai kepatuhan yang mutlak kepada pemerintah tertinggi), dan teguh berpegang dengan nilai-nilai agama, yang akan melaksanakan undang-undang Islam (menurut tafsiran mereka yang melampau) dan prinsip moral mereka. Mereka sanggup menggunakan inovasi dan teknologi moden untuk mencapai cita-cita mereka.

  • Kelompok Tradisional (Traditionalists) pula mahu masyarakat yang konservatif. Mereka sangat mencurigai kemodenan (modernity), inovasi, dan perubahan.
  • Kelompok Moden (Modernists) pula mahu dunia Islam menjadi sebahagian daripada arus kemodenan antarabangsa. Mereka mahu memodenkan dan

memperbaiki (reform) Islam untuk membawa Islam mengikuti peredaran zaman.

  • Kelompok Sekular (Secularists) mahu dunia Islam untuk menerima pemisahan antara gereja dan negara sepertimana yang berlaku pada demokrasi perindustrian Barat, yang mana martabat agama diturunkan ke ruangan individu.

Kelompok-kelompok ini mempunyai sikap dan posisi yang sangat berbeza terhadap isu-isu utama yang menjadi perbalahan di dalam dunia Islam pada hari ini, termasuklah politik dan kebebasan individu, pendidikan, martabat wanita, jenayah & keadilan, keabsahan reformasi (reform) dan perubahan, serta sikap terhadap Barat.

Kelompok Fundamental sangat memusuhi Barat dan Amerika Syarikat khususnya, dan dalam berbagai peringkat, ingin merosakkan dan menghancurkan kemodenan demokratik. Menyokong mereka bukanlah satu pilihan pun, kecuali untuk sementara waktu ketika dalam pertimbangan taktikal. Kelompok Tradisional pula umumnya memegang pandangan yang lebih sederhana, akan tetapi terdapat perbezaan yang signifikan pula diantara pelbagai kelompok tradisional. Sesetengahnya dekat dengan kelompok fundamental. Tiada satu pun yang dengan sepenuh hati menerima demokrasi moden bersama budaya dan nilai-nilai kemodenan, dan yang paling bagus pun, boleh mencapai keamanan yang diingini dengan mereka.

Kelompok Moden dan Sekular pula adalah kelompok yang paling dekat dengan Barat, dari segi nilai-nilainya dan polisi. Walaubagaimanapun, mereka biasanya berada dalam kedudukan yang lebih lemah berbanding kelompok lain, kekurangan sokongan yang kuat, sumber kewangan, infrastruktur yang efektif, dan platform awam. Kelompok sekular, selain kadang-kala tidak dapat diterima sebagai sekutu atas dasar kesamaan ideologi yang lebih luas, juga mempunyai masalah untuk mengendalikan sektor tradisional dalam masyarakat Islam.

Islam tradisional ortodoks mempunyai elemen-elemen yang boleh digunakan untuk melawan kelompok Fundemental yang menindas dan autoritarian, tetapi ianya tidak sesuai untuk dijadikan sebagai kenderaan utama kepada Islam Demokratik. Peranan itu jatuh kepada kelompok Islam Modenis, yang mana keberkesanannya, walaubagaimanapun, terhad oleh beberapa halangan, yang mana laporan ini akan menerokainya.

Untuk mendorong perubahan yang positif di dalam dunia Islam ke arah demokrasi yang lebih baik, kemodenan, dan keserasian dengan aturan dunia antarabangsa hari ini, Amerika Syarikat dan Barat harus berhati-hati dalam mempertimbangkan elemen-elemen, aliran-aliran, dan kekuatan di dalam Islam yang manakah yang mereka ingin perkuatkan, apakah matlamat dan nilai-nilai pelbagai kelompok yang berpotensi untuk menjadi sekutu dan anak didik mereka, serta apakah kesan-kesan yang lebih besar akan berlaku akibat daripada pengembangan agenda-agenda mereka masing- masing. Oleh itu, pendekatan campuran yang terdiri daripada elemen-elemen yang berikut kelihatannya lebih efektif:

  • MENYOKONG KELOMPOK MODENIS TERLEBIH DAHULU
  • menerbitkan dan mengedarkan hasil karya mereka dengan kos yang disubsidi.
  • mendorong mereka untuk menulis kepada sasaran yang luas dan anak muda
  • memperkenalkan pandangan mereka ke dalam pendidikan Islam
  • memberi mereka platform awam

o    menjadikan pandangan mereka dan ‘fatwa’ mereka terhadap persoalan-persoalan asas mereka berkaitan dengan tafsiran agama boleh didapati dan dicapai oleh masyarakat, sebagai persaingan dengan kelompok- kelompok fundamental dan tradisional, yang mana mempunyai laman web, kilang percetakan, sekolah-sekolah, insitusi, dan banyak lagi alat untuk menyebarkan pandangan mereka.

  • meletakkan sekularisme dan modenisme sebagai pilihan ‘lawan-budaya’ kepada anak muda Islam yang tidak terjejas.
  • membantu dan memupuk kesedaran terhadap sejarah dan budaya sebelum kedatangan Islam, melalui media dan kurikulum negara yang relevan

o    membantu dalam pembangunan badan sivik bebas, untuk mempromosikan budaya sivik dan menyediakan ruang kepada rakyat biasa untuk mendidik diri mereka tentang proses politik dan menyampaikan pandangan mereka.

  • MENYOKONG KELOMPOK TRADISIONALIS MELAWAN KELOMPOK FUNDAMENTAL

o mengebahkan kritikan kelompok tradisional terhadap keganasan dan pelampau kelompok fundamental; menggalakkan perselisihan antara kelompok tradisional dengan fundamental

o menghalang kesatuan antara kelompok tradisional dan fundamental o menggalakkan kerjasama antara kelompok moden dengan kelompoktradisional yang lebih dekat dengan kelompok moden.

  • mendidik kelompok tradisonal untuk melengkapkan mereka berhujah dengan kelompok fundamental. Fundamentalis biasanya lebih menonjol retorik mereka, sementara kelompok tradisional biasanya lebih bersikap seperti ‘orang tua’. Di kawasan Asia Tengah, mereka mungkin perlu diajar dan dilatih mengikut Islam Ortodok untuk mampu berdiri di atas kaki sendiri
  • meningkatkan kemunculan dan kewujudan profil-profil kelompok moden di institusi –institusi kelompok tradisional.
  • bersikap pilih-kasih terhadap pelbagai sektor dalam kelompok tradisional. Beri galakan kepada kelompok yang lebih kuat tarikannya kepada modenisme, seperti Mazhab Hanafi, lawan kepada mazhab lain. Dorong mereka untuk keluarkan fatwa dan popularkannya untuk melemahkan autoriti pemerintahan Wahabi. Hal ini berkait dengan dana: duit Wahabi akan menyokong mazhab Hanbali. Ianya juga berkait dengan ilmu; banyak bahagian yang mundur dalam dunia Islam tidak sedar akan kehebatan pelaksanaan dan penafsiran hukum-hukum
  • menggalakkan populariti dan penerimaan sufisme
  • BERDEPAN DAN MELAWAN KELOMPOK FUNDEMENTAL
  • mencabar   tafsiran   mereka   terhadap  Islam  dan  dedahkan ketidaktepatan itu
  • mendedahkan  hubungan  mereka  dengan  pertubuhan  dan aktiviti haram.
  • menunjukkan mereka tidak mampu untuk memerintah, mencapai perkembangan positif untuk negara dan masyarakat mereka.
  • menyebar-luaskan kesan-kesan dari tindakan ganas mereka
  • menghala-tujukan mesej-mesej ini kepada anak muda, populasi tradisional yang soleh, minoriti Muslim di Barat, dan kaum wanita

o    mengelak dari menunjukkan sebarang penghormatan atau kekaguman kepada keganasan yang melibatkan pelampau fundamental dan pengganas. Menampakkan mereka sebagai gangguan dan pengecut, bukan sebagai hero jahat.

  • menggalakkan wartawan untuk menyiasat isu-isu korupsi, hipokrisi, dan tidak bermoral dikalangan kelompok fundamental dan penggganas.
  • menggalakkan perpuakkan dikalangan kelompok fundamental.
  • MENYOKONG KELOMPOK SEKULAR SECARA TERPILIH
  • mendorong pengiktirafan tentang kelompok fundamental adalah musuh bersama, tidak menggalakkan persepakatan antara kelompok sekular dan kumpulan anti Amerika Syarikat seperti nationalisme dan ideologi-ideologi kiri
  • mendokong idea bahawa pemisahan agama dan negara juga berlaku dalam Islam, dan ianya tidak menjejaskan aqidah, bahkan menguatkannya lagi.

Apa jua pendekatan yang dipilih, kami mencadangkan ianya dibuat dengan penelitian yang halus, dalam keadaan mengetahui tentang kepentingan sesuatu isu; bermaksud kemungkinan besar akan diserahkan kepada pembuat dasar luar Amerika Syarikat dengan sikap tertentu tentang isu-isu tersebut, kesan-kesan dari penglibatan ini dengan kelompok Islam yang lain, termasuklah risiko membahayakan atau memburukkan kumpulan-kumpulan dan orang-orang yang kita mahu bantu dari awal; dan menilai peluang dan kemungkinan kesan-kesan yang tidak diingini dari kerjasama ini (dengan kelompok-kelompok diatas) yang mungkin kelihatannya sesuai untuk jangka masa pendek.

TERJEMAHAN RINGKASAN LAPORAN RAND CORPORATION 2003
Oleh: Ezzat Shukri


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.