Sejak dari dahulu lagi Jepun memang dikenali sebagai negara peminum teh. Ye lah Jepun sendiri banyak menyerap budaya Cina untuk disesuaikan dengan tradisi mereka. Teh juga tidak terkecuali apabila dengan pantas terus menjadi kegemaran orang Jepun. Tapi itu semua berubah setelah kehadiran kopi. 

Kehadiran kopi ni sebenarnya agak tidak disenangi sehingga pernah diharamkan. Persoalannya kenapa kopi diharamkan oleh Jepun? Adakah kerana rasanya yang syedap dan khayai?

Semuanya bermula pada abad ke-17 apabila para pedagang daripada Belanda dan Portugal membawa kopi ke Jepun. Ketika itu masyarakat di Nagasaki menjadi orang Jepun pertama yang merasai kopi. Sayangnya masyarakat Nagasaki tidak boleh menerima kopi tersebut kerana sangat berlainan dengan teh. 

Katanya, kopi tu rasa macam hangit dan sangat pahit. Memang mustahil untuk dinikmati pada waktu petang dengan santai. Disebalik semua itu, kopi sebenarnya masih lagi mendapat perhatian daripada masyarakat Nagasaki tapi agak sedikit negatif. Sebab kopi dikatakan menjadi minuman perangsang bagi pelacur di Nagasaki.  

Ketika kopi pertama kali diminum di Jepun

Sesiapa yang minum ataupun memiliki kopi terus dipandang serong oleh masyarakat Nagasaki. Mesti akan dituduh beli dan minum kopi hanya sebab mahu memuaskan nafsu semata-mata. Bermula sejak itu, minum kopi dianggap satu perbuatan taboo dalam masyarakat Jepun. Kalau deme nak minum kopi juga, kena minum senyap-senyap. Nak lagi selamat boleh join pedagang Belanda dan pedagang Portugal minum kopi atas kapal. 

Setelah Jepun mula berdagang dengan lebih banyak negara, budaya kopi yang sebelum ini dianggap negatif dan taboo mula pudar. Secara perlahan-lahan, orang Jepun mula menerima kopi sebagai minuman harian deme. Bagi menampung permintaan yang semakin meningkat, Jepun telah menjalinkan kerjasama perdagangan dengan Brazil. Hasilnya Brazil akan eksport lebih banyak biji kopi ke Jepun.

Masalah mula timbul apabila kopi yang sudah siap sedia di minum begitu sukar untuk didapati. Kalau nak minum kopi, kena bancuh sendiri. Itu merupakan satu proses yang renyah dan buang masa. Eikei Tei nampak peluang itu lantas membuka kedai kopi pertama di Jepun. Dia cuba ambil konsep kedai kopi di Perancis untuk disesuaikan ke dalam budaya Jepun. 

Tapi agak sukar kerana rakyat Jepun masih belum boleh terima. Jadi kedai kopi itu hanya mampu bertahan selama beberapa tahun sahaja sebelum lingkup. Penutupan kedai kopi Eikei Tei tidak langsung memberi kesan kepada perkembangan budaya kopi di Jepun. Sebab semakin banyak kedai kopi telah dibuka berkat inspirasi daripada Eikei Tei. Bahkan kedai-kedai yang sebelum ini hanya menjual teh turut menawarkan kopi dalam menu mereka. Kemuncaknya adalah Tadao Ueshima telah memulakan langkah untuk lebih mengkomersialkan kopi di Jepun.

Walau bagaimanapun semua itu terhenti apabila Jepun menyertai perang dunia kedua. Ketika itu Jepun telah mengharamkan sebarang aktiviti pengimport kopi daripada luar negara terutamanya barat. Sebab pada Jepun, kopi ni adalah satu benda yang Barat digunakan untuk merosakkan mereka daripada dalam. Nak minum kopi pun tak boleh sebab Jepun haramkan. Tapi ada je yang minum tapi kebanyakkannya adalah orang kaya. Sebab harga kopi sangat mahal dan sukar diperolehi.

Selepas Jepun tewas dalam perang dunia kedua, larangan mengimport dan minum kopi telah ditarik balik. Sejak itu budaya kopi terus berkembang pesat di Jepun. Hasilnya hari ini Jepun menjadi antara negara penggemar kopi tertinggi di dunia.

Senang cerita Jepun telah mengharamkan kopi sebanyak dua kali iaitu pada abad ke-17 dan era perang dunia kedua. Semuanya berpunca daripada persepsi buruk sahaja. Padahal kopi tidak bersalah.

RUJUKAN

Japanese Coffee.Co. (n.d). The history of coffee culture in Japan. Dipetik daripada https://japanesecoffeeco.com/blogs/japanese-coffee-blog/the-history-of-coffee-culture-in-japan

McInulty, C. (2021, Mei 1). Your guide to Japanese coffee culture. Bean Poet. Dipetik daripadahttps://www.beanpoet.com/japanese-coffee-culture/ 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply