Ketika ini, Indonesia merekodkan lebih 9,000 kes dan 773 kem4tian akibat Covid-19. Tetapi semakan data yang dibuat agensi berita Reuters mendapati bilangan penduduk Indonesia yang menemui ajal akibat penyakit itu sebenarnya lebih tinggi dari apa yang dilaporkan pihak berkuasa.

Berdasarkan semakan data yang dibuat Reuters terhadap 16 wilayah daripada 34 wilayah negara itu, 2,200 penduduk yang menunjukkan simptom Covid-19 yang teruk m4ti tetapi tidak dicatatkan dalam rekod rasmi. Jika ia dicampur dengan angka terkini, ini menjadikan angka kem4tian Covid-19 Indonesia sebenarnya hampir setara dengan kes-kes kem4tian penyakit berkenaan di negara-negara Eropah.

Perlu diingat, dalam catatan penulis terdahulu, Indonesia mempunyai kadar pengujian Covid-19 yang amat rendah berbanding beberapa negara ASEAN seperti Malaysia, Singapura dan Vietnam. Dengan kadar pengujian yang rendah, agak sukar untuk mengetahui skala sebenar penularan penyakit itu di negara keempat teramai populasi penduduk di dunia.

Jadi mengapa perkara sebegini berlaku? Rupa-rupanya, terlalu banyak sampel yang diambil dari pesakit bawah pemerhatian (PDP) yang masih belum diuji di makmal sehinggakan ada sesetengah yang menemui ajal tanpa mengetahui apa yang menggugat kesihatan mereka. Ini diakui oleh salah seorang anggota pasukan petugas khas Covid-19 Indonesia, Wiku Adisasmito.

Adisasmito menambah, “Sekiranya mereka mempunya ratusan atau ribuan sampel untuk diuji, mana satu yang mereka perlu uji? Keutamaan akan diberi kepada PDP yang masih hidup.”

Ramai pakar kesihatan republik itu mengesyaki majoriti PDP sebenarnya ialah pesakit Covid-19. Misalnya, Dr Pandu Riono dari Universiti Indonesia berpandangan sedemikian kerana PDP mempunyai simptom-simptom Covid-19 dan tiada lagi sebab kem4tian yang menjelaskan tanda-tanda yang wujud.

Bagi Dr Iwan Ariawan, beliau berkongsi sentimen sama dengan rakan sejawatnya itu. Beliau berkata, “Kadar sebenar jangkitan dan kem4tian akibat Covid-19 lebih tinggi dari apa yang dilaporkan kerana kadar pengujian Covid-19 per sejuta populasi masih lagi rendah.” Tidak seperti Indonesia, Australia dan Vietnam membuat ujian Covid-19 100 dan 10 kali ganda lebih banyak berbanding 210 ujian per sejuta populasi.

Kadar yang didedahkan Reuters ini turut disokong oleh statistik pengebumian di Jakarta meningkat sebanyak 40% pada Mac, lebih tinggi daripada mana-mana bulan sekurang-kurangnya sehingga Januari 2018. Dan Gabenor Jakarta, Anies Baswedan mengesyaki ramai penduduknya m4ti akibat Covid-19 tetapi tidak direkodkan dalam catatan rasmi kerajaan.

Semua ini berlaku gara-gara sikap acuh tak acuh kerajaan pimpinan Joko Widodo atau Jokowi itu dalam mendepani Covid-19. Semasa Covid-19 mula membadai negara-negara dunia pada Januari dan Februari 2020, antara cara mengelak jangkitan ialah memakan jamu, cuaca panas dan berdoa. Terima kasih kepada sikap ini, Indonesia mula merasa bahana Covid-19.

Kemarahan rakyat terhadap kerajaan semakin membara apabila Jokowi mengakui kerajaan sengaja tidak memberitahu situasi Covid-19 di negara itu dengan tujuan mengelak rakyat panik. Tetapi ramai mengesyaki ia sebenarnya didorong oleh keengganan bersikap telus dalam soal pengurusan wabak terutama statistik kem4tian.

Bukan sekali Jakarta digesa bersikap jujur tentang statistik kem4tian Covid-19. Misalnya, Daeng Faqih yang juga Pengerusi Persatuan Doktor Indonesia menggesa kerajaan mendedahkan bilangan pesakit Covid-19 yang m4ti tetapi tidak sempat diuji. WHO Indonesia turut menggesa perkara sama dilakukan tetapi Adisasmito membalas Jakarta tidak tahu-menahu seruan WHO itu.

RUJUKAN:

Channel News Asia. (2020). More than 2,200 Indonesians who died may have had COVID-19 symptoms, data shows. https://www.channelnewsasia.com/news/asia/indonesians-covid-19-higher-death-toll-symptoms-12683078

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.