Geng Chola dok attack TikTok (http://bit.ly/3ooqk8F) kami beramai-ramai kerana mereka tak puas hati kami berkeras mengatakan bahawa SRIVIJAYA ialah sebuah EMPAYAR MELAYU, takde kaitan dengan TAMIL!

Orang Tamil bukan takde tamadun agung yang mereka bina. Chola, Pandya, Chera, ni semua kerajaan-kerajaan agung, sampai deme ada era tiga kerajaan yang dirakam masyur dalam sastera Sanggam mereka.

Tapi segelintir mereka seboleh-boleh nak claim yang Srivijaya sebagai sebuah kerajaan tinggalan Tamil, padahal ini ialah kerajaan Melayu, Jadi, biar aku senaraikan hujah-hujah aku kenapa Srivijaya itu sendiri merupakan sebuah kerajaan Melayu.

Sebelum kita sambung berhujah beli, apa kata korang beli ramai-ramai buku kami, EMPAYAR MELAYU SRIVIJAYA. Dalam ni kita belajar pasal sejarah nenek moyang kita agar takde yang kerja nak claim tamadun bangsa kita. Beli di: http://bit.ly/3B7SY5u

1. Prasasti-Prasasti Srivijaya

Semua prasasti-prasasti ditulis dalam Bahasa Melayu Kuno. Ini dapat dilihat pada Prasasti-Prasati seperti Kedukan Bukit, Talang Tuwo, dan Telaga Batu, semuanya ditulis dalam Bahasa Melayu Kuno.

Bahasa Melayu Kuno adalah campuran kosa kata Austronesia bersama dengan Sanskrit. Kalau anda rujuk batu-batu bersurat yang ditulis oleh Srivijaya, anda akan jumpa kosa-kosa kata Bahasa Melayu.

Contohnya dalam Prasasti Kedukan Bukit, saya letakkan contoh inskripsi…

“svasti śrī śaka varṣātīta 605 ekādaśī śukla-
pakṣa vulan vaiśākha ḍapunta hiyaṃ nāyik di
sāmvau maṅalap siddhayātra di saptamī śuklapakṣa
vulan jyeṣṭha ḍapunta hiyaṃ marlapas dari mināṅa
tāmvan mamāva yaṃ vala dua lakṣa daṅan kośa
dua ratus cāra di sāmvau daṅan jālan sarivu
tlu ratus sapulu dua vañakña dātaṃ di mukha upaṃ
sukhacitta di pañcamī śuklapakṣa vulan āsāḍha
laghu mudita dātaṃ marvuat vanua …
śrīvijaya jaya siddhayātra subhikṣa nityakāla”

Terjemahan:

“Svasti! Pada 11 hari bulan setengah Vaiśākha tahun 605 Śaka Dapunta Hiyang menaiki sampan untuk mendapat siddhayātra. Pada hari ke-7 iaitu 15 hari bulan setengah Jyeṣṭha, Dapunta Hiyang berlepas dari Mināṅa membawa 20000 orang bala tentera dengan bekal-bekalan sebanyak 200 peti di sampan diiringi 1312 orang yang berjalan kaki banyaknya datang ke hulu Upang dengan sukacitanya. Pada 15 hari bulan separuh Āsāḍha dengan senang dan gembiranya datang membuat benua … Śrīvijaya jaya siddhayātra subhikṣa nityakāla!”

Daripada perkataan ni, anda akan jumpa perkataan seperti vulan (bulan), nayik (naik), marlapas (berlepas) dari, di, vanua (benua), dua, ratus, jalan, danan (dengan), sarivu (seribu) dan banyak lagi kosa-kosa kata Bahasa Melayu Kuno.

Nak faham Bahasa Melayu Kuno, sifatnya adalah penggunaan awalan di- dalam Bahasa Melayu Moden sama dengan awalan ni- dalam Bahasa Melayu Kuno. Awalan diper- dalam Bahasa Melayu Moden akan jadi nipar- dalam Bahasa Melayu Kuno.

Dalam prasasti di atas, dan prasasti Srivijaya dalam Bahasa Melayu Kuno yang lain, kalian akan jumpa kosa kata seperti niparvuat (diperbuat), nivunuh (dibunuh), nimakan (dimakan).

Lepas tu ada peraturan seperti awalan ber- dalam Bahasa Melayu moden sama dengan awalan mar- dalam Bahasa Melayu Kuno. Sebab tu dalam Prasasti Kedukan Bukit, berlepas dieja sebagai marlapas.

Dan anda juga akan jumpa peraturan seperti b dan akan dieja dengan konsonan v dan w. Bulan akan jadi wulan. Seribu akan jadi sarivu dan banyak lagi. Semua yang saya tampilkan di atas boleh ditemui pada prasasti-prasasti Bahasa Melayu Kuno orang Melayu.

Kalau Srivijaya ni kerajaan orang Tamil, kenapa semua prasasti-prasasti dalam Bahasa Melayu Kuno?

2. Nama Dapunta dan Hyang pada maharaja-maharaja Srivijaya

Ya, memang nama Srivijaya dan kebanyakan nama Maharaja Srivijaya ni berbaur Sanskrit. Perlu diketahui bahawa ketika itu, orang Melayu mengganut agama Buddha, jadi tak hairan kalau nama mereka berbaur Sanskrit.

Hari ni orang Melayu mengganut agama Islam, nama kami berbaur Arab, tetapi tidaklah iya bermaksud bahawa kami jadi Arab kan? Negeri kami semua ada Darul. Pahang Darul Makmur, Selangor Darul Ehsan, Johor Darul Takzim. Ini semua bahasa Arab. Tapi tak menjadikan negeri Arab kan?

Walaupun sedemikian, tetap ciri-ciri tempatan dan pribumi pada nama Maharaja yang membuatkan ia jadi bukti kukuh dibina oleh orang Tempatan. Maharaja pertama Srivijaya ialah Dapunta Hyang Sri Jayanasa.

‘Dapunta’ adalah gelaran khas raja-raja Melayu Kuno, sebagaimana ‘Bentara’ adalah gelaran yang sinonim dengan raja-raja Jawa. Salah satu raja yang terkenal memakainya adalah maharaja Srivijaya yang memahat kejayaannya dalam Prasasti Kedukan Bukit, Dapunta Sri Jayanasa.

Hyang pula kata dalam Bahasa Melayu yang sama tahap seperti Tuhan dan Dewa. Hyang ialah entiti setahap roh ghaib yang mempunyai kuasa ghaib dalam mitologi Nusantara. Sang Hyang Widhi ialah entiti yang disembah dalam agama Hindu Bali.

Dalam bahasa Melayu, kita juga akan gunakan perkataan Sembahyang merujuk kepada Solat. Ianya adalah gabungan perkataan Sembah + Hyang yang bermaksud Sembah TUHAN.

Sebab tu dalam mitologi Melayu, puteri cantik-cantik, makhluk aneh, semua datang dari tempat yang dinamakan sebagai Kayangan atau Ke-Hyang-an, yang sebenarnya manifestasi tempat tinggal para Hyang.

Nama Dapunta Hyang yang wujud pada Prasasti Kedukan Bukit ini jelas memberi maksud nama tempatan, sebab tak wujud lagi mana-mana raja dalam sejarah India yang menggunakan gelaran atau nama Dapunta dan Hyang.

Rekod lain selain Dapunta Hyang Sri Jayanasa melibatkan penggunaan perkataan Dapunta dapat ditemui dalam Prasasti Sojomerto, Jawa Tengah yang dipahat dalam BAHASA MELAYU KUNO.

Inskripsi dibawah:

“dapûnta selendra namah santanû
namânda bâpanda bhadravati
namanda ayanda sampûla
namanda vininda selendra namah
mamâgappâsar lempewângih…”

Maksudnya:

“yang mulia Dapunta Selendra
Santanu adalah nama bapaknya, Bhadrawati adalah nama ibunya, Sampula adalah nama bininya dari yang mulia Selendra.”

Jadi, kalau anda tak mampu nak bawakan nama Dapunta dan Hyang pada gelar raja India, maka Srivijaya ialah kerajaan pribumi tempatan, dan orang Melayu. Setakat ni di Alam Melayu sahaja terdapat bukti kewujudan Hyang, Dapunta.

3. Chola yang asaskan Srivijaya

Paling power pun Chola pernah buat ialah bawah Rajendra Chola pada tahun 1025 Masihi apabila menjarah Srivijaya sebab tak puas hati dengan dasar perdagangan Srivijaya.

Jarah jer tau, bukan takluk atau tawan sebab Srivijaya masih bertahan, paling kurang sehingga 1275 Masihi, ratusan tahun lepas Chola serang.

Masa Dapunta Hyang Sri Jayanasa pahat batu bersurat Kedukan Bukit pada tahun 682 Masihi, masa ni, Chola berada difasa Interregnum tau. Masa ni kerajaan Pandya and Pallava yang menguasai Selatan India, dan Chola diketahui diserang dan ditakluk oleh kerajaan Kalabhra.

Jadi, tak mungkin Chola yang asaskan Srivijaya sedangkan rekod pada zaman ni sampailah ke abad ke-8 Masihi pun takde sape tahu apa jadi waktu ni.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Pada tahun 848, Vijayalaya Chola berjaya bangkit semula dari abu kejatuhan dan asaskan zaman Medieval Chola, mengambil kesempatan ketika Pandya dan Pallava yang ketika itu saling berperang. Rajendra Chola pula hanya menyerang Srivijaya pada tahun 1025 Masihi.

Jadi, cukup sejarah Chola untuk kalian tahu, betapa tak mungkin Chola yang asaskan Srivijaya kerana ketika sejarah tak menemui rekod mendalam mengenai Chola, Maharaja Srivijaya tengah pimpin 20, 000 tentera dari Minanga, meluaskan kuasa seperti mana dalam Prasasti Kedukan Bukit.


Banyak buku kami menanti bacaan anda. Kami menyediakan pelbagai jenis dan genre buku yang kini boleh dibeli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Ada banyak buku-buku menarik yang menanti anda di https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply