Pada tahun 2007, sebuah eksplorasi dasar laut yang djalankan oleh para penyelidik marin iaitu BPR Hydrographer Presbitero (pihak Filipina) dan Scripps Institution of Oceanography di Laut Celebes, iaitu laut di tengah-tengah antara selatan Filipina dan Indonesia, mereka menemui spesis hidupan laut yang aneh dan unik. Kemudian pada 2012, mereka datang lagi ke laut tersebut tapi datang untuk merakam spesis makhluk aneh itu.

Boleh tonton rakaman di sini:

Ketua penyelidikan bernama Karen Osborn memberitahu bahawa rupa makhluk yang ditemui di kedalaman 2,912 meter itu seperti sotong: mempunyai sesungut yang bergerak persis seperti sesungut sotong, dan mempunyai kepala kon yang juga serupa dengan kepala kon sotong. Namun yang bezanya adalah kepala kon ‘sotong; ini dikeliling oleh sirip yang berayun mengikut tempoh bergilir, seperti mengayuh dayung atau menari.

Rakaman oleh kumpulan Osborn pada tahun 2012 di Laut Celebes.

‘Sotong’ ini tidak seperti spesis sotong yang biasa ditemui. Ia hidup sendirian tanpa individu lain berkomunikasi dengan ‘sotong’ ini dan ia bebas berenang tanpa hiraukan pemangsa yang berpotensi menyerangnya. Para pengkaji marin tertarik dengan keberadaan makhluk kecil dan aneh ini berkeliaran di dasar laut.

Apakah sebenarnya ‘sotong’ itu? Adakah ia salah satu ahli keluarga sotong yang telah lama tidak diketahui ramai?

Sebenarnya, nama saintifik ‘sotong’ itu adalah Teuthidodrilus samae, dikenali sebagai cacing sotong (squidworm). ‘Sotong’ ini berasal dari keluarga cacing marin bernama Acrocirridae. Hanya spesis ‘sotong’ ini saja berada dalam kumpulan genus Teuthidodrilus. Jadi, makhluk ini adalah spesis cacing marin, walaupun rupanya seperti sotong.

Dianggarkan cacing ini mampu membesar sehingga 9.4 cm mengikut pemerhatian spesimen, mungkin ia mampu membesar melebihi ukuran tersebut. Badannya lutsinar sehingga kitab oleh milihat organ dalaman cacing tersebut.

Kepala squidworm/cacing sotong.

‘Kon kepala’ atau badan cacing sotong ini mempunyai 25 pasang sirip berbentuk dayung berbulu, dinamakan sebagai notopadia. Panjang notopadia hanyalah 15 milimeter yang berfungsi dalam mekanisme renang. Bahagian bawah badan iaitu kepala cacing mempunyai 5 pasang sesungut yang panjangnya 68 milimeter. 4 pasang sesungut berfungsi sebagai organ pernafasan dan sentuhan, manakala sepasang lagi berfungsi sebagai ‘mulut’ cacing.

Habitat cacing sotong ini adalah kawasan kedalaman 2,000 meter ke bawah dan dietnya adalah kumpulan mikroorganisma dan serpihan bangkai dasar laut bernama ‘marine snow’. Kelakuan dan cara hidup cacing masih tidak diketahui dan sedang dikaji. Menurut Osborn, sebanyai 16 buah specimen dikesan dan hanya 7 spesis makhluk dasar laut saja yang dapat dipungut, termasuklah cacing sotong ini. Keenam-enam spesis makhluk ini dikatakan berkait juga dengan keluarga cacing marin.

Rakaman terbaru tentang cacing sotong di Pulau Galapagos.

Pembaca juga boleh tonton lagi rakaman penemuan hidupan laut termasuk cacing sotong di dasar laut Pulau Galapagos:

RUJUKAN:

Osborn, Karen J.; Madin, Laurence P.; Rouse, Greg W. (2010). “The remarkable squidworm is an example of discoveries that await in deep-pelagic habitats”. Biology Letters. 7 (3): 449–453.

Young, Ed. (23 November 2010). “Meet the squidworm: half-worm, half-squid… er, actually all-worm”. National Geographic. Retrieved from 19 September 2020. https://www.nationalgeographic.com/…/meet-the-squidworm-ha…/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.