Endgame bermain dengan time travel. No Way Home bermain dengan multiverse. Loki pulak main dengan time travel dengan multiverse sekaligus. Tapi kenapa sekarang ni dua tema ni jadi tema popular di seluruh dunia?

Tapi sebelum itu, dunia post-apocalypse merupakan escapism yang paling popular di Barat. Tentang dunia yang dah hancur, tamadun yang runtuh, meninggalkan beberapa orang yang selamat, hidup dalam kehancuran itu. Ini menggambarkan betapa dah hilangnya harapan mereka di sana tentang kehidupan mereka, dan mengimpikan sistem yang menindas mereka ini runtuh. Mereka impikan para penguasa dunia ini tertunduk pada kehancuran.

Mereka memandang mereka hanya bebas apabila sistem dan penindas ini dah mati, dan dihapuskan terus. Sungguhpun demikian, escapism ini tak tak akan mampu lawan escapism yang aku sebut di atas. Time travel dan multiverse.

Bohonglah kita tak terdetik dalam jiwa kita, kita nak sangat kembali undur masa, perbetulkan kesilapan kita. Korang mungkin pernah tersalah cakap, tersalah keputusan sampaikan korang hilang orang yang korang percaya dan sayang. Mungkin dari tindakan tu hilang kekasih, lebih teruk, putus tunang, paling teruk, bercerai?

Korang nak sangat undur masa, untuk kembali ke waktu silam, bagi memperbetulkan kesilapan yang akan menghantui jiwa korang seumur hidup. Tapi kalau tak mampu nak perbetulkan kesilapan silam, sekurang-kurangnya korang nak tahu, ada bahagian lain dalam semesta kita, korang dan si dia hidup bahagia, dan kenyataan tu pun cukup baik dah untuk korang sedapkan jiwa.

Tak… tak… aku tak baca fikiran korang semua. Aku juga pernah merasainya. 3 bulan lepas, sebab tindakan bodoh aku, aku kehilangan seseorang yang paling aku sayang dalam hidup aku. Dan aku rasa itu akan jadi penyesalan paling besar dalam hidup aku, dan aku hidup akan dalam kekesalan itu.

Dan itu pengajaran terbesar dalam Spiderman: No Way Home ni nak bagitahu korang. Dalam cerita ni, ketiga-tiga Spiderman ni, kesemuanya hilang orang paling diaorang sayang. Spiderman Tobey hilang Uncle Ben, Spiderman Andrew hilang Gwen Stacy, dan Spiderman Tom hilang Auntie May. Tapi filem ini walaupun membawa kalian ke escapism tentang undur masa, tentang betulkan balik kesilapan silam, dan kewujudan multiverse…

Ia juga berbicara tentang bagaimana kehilangan dan kesilapan paling besar kita adalah membentuk kita sebagai manusia. Tak apa, kehilangan tu akan buat kita meratap, hilang semangat. Menangislah, meraunglah, tak kira anda seorang lelaki dan perempuan, tetapi nanti, dari kehilangan dan kepatahan tersebut, kutip semula hati-hati yang berselerak itu untuk dicantum semula.

Dan kali ini, Peter Parker versi Tom Holland takde Tony Stark untuk ajarkan dia tentang bagaimana nak berhadapan dengan kehilangan paling besar dalam hidup. Ada Tobey dan Andrew yang pernah mengalami episod tersebut dalam hidup mereka, dan sudah tiba masanya untuk mereka ajarkan kepada Tom untuk menghadapi kehilanagn itu.

Ya, mungkin kita tak akan pernah mampu lupakan kesilapan kita. Mungkin akan datang satu detik, kita akan tetap teringat dan mengenangkan masa silam. Tapi tanpa detik itu, kita tak akan jadi dewasa. Andrew dan Tobey jadi lebih dewasa atas kehilangan itu. Itulah juga cara kehidupan membawa kita mengenal erti kedewasaan.

Setiap satunya ada hikmah yang TUHAN sisipkan. Mereka yang tenang selepas dugaan itu adalah mereka yang dah belajar untuk berdamai dengan takdir. Mereka yang dah belajar untuk menerima dengan redha, percaya bahawa setiap satu episod yang dah ditulis di Luh Mahfuz, adalah sebuah pendidikan untuk kita. Kita mungkin tak nampak hari ini, tapi mungkin satu hari nanti, kita akan tersenyum dan akhirnya, memahami hikmahnya.

Juga, terkadang jalan perjuangan ini jalan yang sangat sepi. Itu yang ditunjukkan oleh babak terakhir, apabila Spiderman bersedia untuk melepaskan segala-galanya. Dia lepaskan kekasihnya, dia lepaskan sahabatnya, dan memutuskan untuk menjadi seorang diri. Dia memilih untuk semua memori tentang siapa Peter Parker terpadam dalam semua jiwa manusia yang hidup pada semestanya.

Barangkali terkadang perjuangan itu lebih besar daripada belahan jiwa kita, lebih besar daripada sahabat, lebih besar daripada segala kekayaan materialistik, sebab itu ia harus dititi atas jalan yang sepi. Untuk Peter Parker, perjuangannya menjaga keamanan dunia, menjaga keamanan bandarnya lebih besar daripada MJ, lebih besar daripada Ned sahabatnya. Perjuangannya memerlukan dia meninggalkan semua itu kerana akan membahayakan mereka.

Samalah juga kita semua. Jalan perjuangan ni jalan yang sangat sunyi. Jalan yang sangat sepi. Sesiapa yang memilih jalan ini, kena bersedia untuk merasakan dibenci, ditinggalkan, ditentang, salah faham. Selagi mana jalan tersebut tak dilalui, denai yang kita pijak ini tak layak dipanggil sebagai perjuangan. Tetapi untuk seorang Muslim, di sinilah harga kita, di sinilah nilai kita.

Terkadang kehilangan yang awalnya itu perlu untuk kita menyedari, barangkali hadir seseorang itu sama ada sebagai saudara sedarah, sebagai belahan jiwa, sebagai sahabat akan menghalang kita untuk menjadi lebih maju.

Maka kehilangan perlu untuk perjuangan yang lebih besar. Barangkali, perjuangan untuk anak bangsa, agama dan negara, juga The Patriots adalah lebih besar daripada semua itu.

Untuk aku, aku menerima kehilangan yang aku pernah rasa. Tipulah aku tak menyesal, tipulah aku tak terkenang, tipulah aku tak hancur berkecai, tapi hidup kena diteruskan. Aku kena belajar untuk kutip segala yang hancur, bangkit semula dari debu, laksana seekor Phonenix. Dan aku temui kekuatan itu pada perjuangan aku juga.

Akhir sekali oleh kerana pengajaran filem ini sangatlah besar untuk kita, sekurang-kurangnya untuk aku, makanya aku tak nak ulas bab-bab teknikal dalam cerita ini. Sebab aku dapat kaitkan dengan diri aku, tentang apa pengajaran terbesar dalam hidup aku, maka aku coretkan makalah ini untuk tatapan kalian. Tentang nilai-nilai yang dapat aku kutip daripada karya seni ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.