Kira-kira 75 hingga 72 juta tahun yang lalu di kawasan Patagonia Chile, ba.ng.kai seekor dinosaur berekor aneh entah bagaimana boleh tertanam dalam delta sungai wilayah berkenaan. Sedimen yang terkandung dalam tanah tersebut memelihara fosil tersebut sebagai satu lagi kejutan kepada dunia antropologi: spesies dinosaur berperisai baru!

Pengkaji arkeologi yang menemui fosil berkenaan menamakannya sebagai Stegouros elengassen. Ia merupakan spesies ankylosaur yang pernah berada di muka bumi sekitar 75 hingga 72 juta tahun lalu. Analisis pada rangka dinosaur ini termasuk bahagian ekornya menunjukkan wujud percabangan evolusi awal ankylosaur. Analisis ini merupakan sebahagian daripada kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature baru-baru ini.

Rajah 1: Pengkaji arkeologi dari Universiti Chile terpaksa berdepan cuaca sejuk semasa mengeluarkan fosil ankylosaur di Patagonia, Chile. Sumber: Universiti Chile

Ankylosaur merupakan dinosaur jenis herbivor yang hidup pada tempoh akhir Cretaceous. Dinosaur ini mempunyai plat tulang yang dipanggil osteoderm sekitar badan dan kepalanya. Ini bagi melindungi dinosaur itu daripada menjadi mangsa mudah dinosaur pemangsa seperti T-rex dan raptor.

Pelbagai spesies anklylosaur sebelum ini dikesan mempunyai ekor berbentuk kayu pem.uk.ul dan kepala berduri. Tetapi dalam kes S. elengassen, ini merupakan yang pertama seumpamanya dijumpai dalam ankylosaur. Spesies dinosaur ini mempunyai sedikit perisai badan dengan anggota tubuhnya lebih kecil jika dibandingkan dengan ankylosaur yang lain.

S. elengassen mempunyai ciri-ciri yang dimiliki oleh stegosaur dan anklylosaur. Ia berjalan menggunakan empat kaki, mempunyai ketinggian kurang daripada dua kaki dan berukuran kurang daripada tujuh kaki dari kepala hingga ekor. Dan sekali imbas, tulang pelvis S. elengassen mirip pelvis milik stegosaur. Namun begitu, pemeriksaan pada tulang rahang fosil mengesahkan ia memang ankylosaur.

Sebelum ini, banyak fosil ditemui di sebelah utara kawasan-kawasan yang membentuk Pangea. Tetapi tidak banyak fosil ankylosaur ditemui di Hemisfera Selatan. Dan kebanyakan fosil yang ditemui merupakan spesies awal dinosaur berkenaan. Ini menunjukkan berlakunya percabangan evolusi dinosaur jenis perisai bermula dari era pertengahan Jurassic.

Kebanyakan fosil awal yang ditemui di sebelah utara tidak mempunyai ekor berbentuk kayu pemu.k.ul. Hanya fosil terkemudian yang didapati mempunyai ekor sedemikian. Tetapi bagi ekor berduri milik S. elengassen, ia telah dilapisi dengan kepingan keratin yang tajam.

Jadi, mengapa wujud perbezaan pada ekor fosil ankylosaur walaupun ia merupakan spesies sama? Para saintis yang terlibat dalam kajian ini percaya percabangan evolusi tercetus gara-gara Laurasia dan Gondwana mula terpisah pada era akhir Jurassic. Disebabkan perpisahan dua benua itu, ia membuka kemungkinan spesies ankylosaur lain yang menanti masa untuk ditemui. Kini, lebih banyak usaha ekskavasi digerakkan untuk mencari fosil ankylosaur sekitar Chile dan Argentina.

RUJUKAN

Gamillo, E. (2021, 2 Disember). New Species of Ankylosaur Unearthed in Chile Had a Flat, We.ap.on-Like Tail. Smithsonian Magazine.

Greshko, M. (2021, 2 Disember). This bizarre armored dinosaur had a uniquely bl.ad.ed tail we.ap.on. National Geographic.

Sumber gambar: Mauricio Alvarez


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.