Semua maklum bahawasanya Afghanistan merupakan kubur buat empayar-empayar besar. Semua merasa penangan negara Asia Tengah itu dari kerajaan Mughal hinggalah Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat (sampai sekarang tak mengaku pengunduran tahun lepas satu kekalahan). Semasa Soviet menduduki negara itu, wujud satu trend pihak tentera penjajah merebus peluru dalam periuk selama berjam-jam dalam api terbuka. Mental sangat ke sampai rebus peluru sendiri?!

Bagi memahami kegilaan sebegini, kita perlu melihat konflik Afghanistan-Kesatuan Soviet yang berlaku pada tahun 80-an. Sesetengah melihat konflik tersebut sebagai satu tragedi lebih-lebih lagi dengan mempertimbang hubungan yang terjalin antara kedua-dua negara. Tetapi bagi sesetengah yang lain seperti dinyatakan sejarawan Rusia, Mikhail Zhirokov, itulah peluang nak kaut untung berlipat kali ganda.

Semasa tempoh tersebut, bukan sedikit barang buatan Soviet boleh ditemui dengan mudah di pasar-pasar Afghanistan. Nak barang apa, cakap je dan ia boleh disediakan. Daripada makanan tin daging lembu yang dihasilkan di Poland hinggalah minyak bunga matahari, teh dan rokok. Barang-barang ini sepatutnya dihantar ke perbatasan bagi menambah bekalan tentera Soviet yang berkhidmat di situ. Tetapi bagi sesetengah pegawai yang korup, inilah peluang untuk mereka melalak lagu Hattan, Duit!

Tetapi sebelum kita sambung, inilah masanya untuk korang dapatkan SOVIET DI HUJUNG JARI. Ini kerana cerita Soviet di Afghanistan merupakan sekelumit daripada apa yang kita ketahui tentang mereka. Tengah diskaun lagi, harga memang cun! Pautan pembelian: https://shopee.com.my/The-Patriots-Soviet-Di-Hujung-Jari-i.238336777.6768174598

Jadi, bila pengkhianatan sebegini timbul, askar Soviet mana tak marah. Dahlah tak cukup makanan dan pakaian, lawan pula yang dibakar keinginan untuk halau pihak penjajah untuk berambus dari tanah air mereka. Jadi, satu-satunya pilihan bagi tentera Soviet ini ialah menjual peluru mereka. Tak guna ada ratusan/ribuan peluru kalau yang nak guna mati kelaparan atau kesejukan di medan perang. Lagipun, tiada siapapun akan tahu sama ada peluru yang ada telah digunakan, hilang atau telah dijual.

Pada awalnya, tentera Soviet tak ambil pusing pun siapa pembeli peluru mereka. Janji ada makanan dalam tembolok masing-masing sebagai penambah tenaga semasa bertugas. Tetapi mereka perasan bila peniaga-peniaga Afghan membeli peluru daripada mereka, pastinya penjual-penjual ini akan menjual peluru sama sama ada pada harga diskaun atau memberinya secara percuma kepada pejuang-pejuang Afghan. Dengan menjual peluru kepada mereka seolah-olah memberi bantuan secara tidak langsung kepada pihak musuh.

Tentera Soviet tak menyangka peluru mereka yang dijual boleh jatuh ke tangan pejuang-pejuang Afghan. Sumber: erwinlux/CC BY-SA 3.0

Dan ini membawa kepada cerita gila rebus peluru berjam-jam dalam periuk guna api terbuka. Kononnya dengan berbuat demikian, ia menyebabkan raifal yang digunakan pejuang-pejuang Afghan tidak berfungsi. Resepinya mudah, buat unggun api, masak air dalam mana-mana bekas sebelum masukkan peluru dalam bekas yang digunakan. Rebus peluru selama empat hingga lima jam dengan harapan peluru tak boleh digunakan. Tapi ada satu masalah: resepi ini langsung tak menjejaskan peluru moden!

Di Afghanistan, pihak Soviet menggunakan dua jenis raifal iaitu AK-74 (peluru kaliber jenis 5.45) dan AMK (peluru kaliber jenis 7.62). Peluru abad ke-19 dan awal abad ke-20 tak boleh pakai sebab guna merkuri fulminat sebagai primer. Sebabnya bila ia direbus melebihi suhu 100°Celsius, ia akan mengalami proses yang dikenali sebagai penguraian termal (thermal decomposition). Apabila proses itu berlaku, peluru akan meletup atau paling kurang, tak berfungsi.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Tetapi tentera Soviet terlupa merkuri fulminat yang digunakan sebagai primer untuk peluru merupakan satu bahan beracun. Lantas, ia kemudiannya digantikan dengan bahan yang kurang merbahaya tetapi tahan lama bila digunakan. Ringkasnya, peluru moden masih boleh digunakan walaupun didedahkan kepada haba pada suhu yang tinggi. Dan itu malangnya, turut terpakai kepada peluru-peluru Soviet pada tahun 80-an. Jadi, kerja merebus peluru selama berjam-jam tu sebenarnya kerja sia-sia.

Pastinya cerita sebegini tersebar luas dalam kalangan pegawai tentera dan kerajaan Soviet termasuk ketua kerajaan ketika itu, Mikhail Gorbachev. Melihat situasi yang semakin tidak menyebelahi mereka lagi-lagi dengan kerenah korupsi yang membelenggu operasi Afghanistan, pihak Soviet berundur secara perlahan-lahan pada Mei 1988 sebelum ia dimuktamadkan pada Februari 1989. Perang Soviet-Afghanistan dianggap salah satu punca kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991.

Pihak Soviet mula berundur dari Afghanistan pada 1988. Siapa sangka bertahun-tahun kemudian, giliran AS pula melakukan perkara sama.

Sejak itu, pihak AS asyik menggelakkan Soviet dan penggantinya, Rusia atas apa yang berlaku. Menjelang 2001, Washington menyerang Afghanistan atas alasan untuk menamatkan rejim yang kononnya menyokong serangan 11 September. Tetapi Afghanistan terus mengekalkan reputasinya sebagai kubur empayar besar dengan AS yang terbaru berundur dari negara itu pada Ogos tahun lepas. Yang kaki gelak akhirnya digelakkan semula, betapa kejamnya gurauan dunia terhadap negara yang mengaku dirinya polis dunia…


Siapa Vladimir Putin? Bagi anda, sekadar Presiden Rusia. Tetapi beliau juga bertanggungjawab menubuhkan sebuah ’empayar baru’ selepas teruk dirobek kroni-kroni Boris Yeltsin pada era pasca-Soviet. Jadi, macam mana Putin boleh sampai tahap hari ini? Dapatkan PUTIN: TSAR MODEN RUSIA yang dah ada di Shopee. Ada diskaun lagi!: https://shopee.com.my/The-Patriots-Putin-Tsar-Moden-Rusia-i.238336777.17912981320?

RUJUKAN

Eflein, D. J. (1992). United States Air Force. A Case Study: Afghanistan – A Soviet Failure.

Shevchenko, N. (2022, 30 Jun). Why did Soviet soldiers in Afghanistan BOIL their ammo?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply