Dewasa ini, ramai orang berminat untuk membela sotong kurita. Katanya haiwan eksotik memang sesuai dijadikan hiasan dalam rumah (atau tempat awam). Memang betul. Sotong kurita ada unsur kecantikan luar biasa.

Tambah pula sotong kurita biru yang kecil tetapi memukau. Lagilah orang minat, untuk membela dan mengkaji.

Jujur cakap, bukan senang nak jaga sotong kurita. Sangat susah sebenarnya. Sebab sotong kurita mempunyai 300 spesis berbeza yang dikumpulkan dalam Kelas Cephalopoda bersama sotong biasa dan sotong katak. Biasanya sotong kurita memang cuba habis untuk menjauhi manusia.

Selain daun sup dan daun bawang, orang ramai masih tidak dapat bezakan squid dan cuttlefish.

Tetapi andainya cukup saiz, seekor sotong kurita mampu mencari pasal dengan manusia. Ada saja kes yang penyelam diserαηg sotong kurita bersaiz 2.5 meter bersamaan dengan lapan kaki (Ross, 2014).

Selalunya sotong kurita membuat hal kalau rasa dirinya terαncαm. Sebab itulah banyak sotong cuba melarikan diri terlebih dahulu. Andai terpaksa, jadilah macam kes sotong kurita gergasi keluar entah dari mana.

Walau bagaimanapun, bukan saiz yang perlu diawasi. Semua spesis sotong kurita sebenarnya mempunyai bisα. Dalam semua spesis ini, hanya bisa sotong kurita biru sahaja boleh membµnµh manusia (Fry, et al., 2009). Bahan toksin mereka didapati boleh masuk dalam salur dαrαh melalui kulit, menyebabkan kelµmpµhan kerana “kekejangan” otot. Sehingga hari ini belum ada ubat untuk merawat bisα sotong kurita biru.

Ini adalah seekor sotong kurita biru yang mempunyai empat spesis berbeza.

Nampak saja macam kecil. Sotong kurita halus mulus kecil molek ini sangat merbαhαyα. Bisαnyα dikatakan sangat cukup untuk melµmpµhkan 10 orang (Silver, 2020).

Jadi perkara ini harus dipandang serius dari awal lagi kalau ingin membela sotong kurita sebagai haiwan peliharaan. Ia bukan satu kerja mudah. Sekalipun menjaga sotong kurita selain jenis biru, bisα seekor sotong masih boleh meninggalkan kesan yang agak merisaukan jika ada apa-apa alahan. Maka sebelum mula menjaga sotong kurita, mestilah ada ilmu dulu. Kena belajar macam-macam benda, terutamanya pasal sotong kurita itu sendiri.

Sejujurnya, sotong kurita mengamalkan hidup yang menyendiri. Jadi ia tiada masalah untuk hidup dalam sebuah tangki akuarium asalkan besar dan diberi makan yang cukup. Jangan pandai-pandai pergi letak ikan lain dalam tangki tersebut. Satu dua hari memanglah nampak cantik. Tetapi cukup seminggu, entahnya semua ditelan sotong kurita. Kena ulang semula, “hidup menyendiri”.

Maksudnya tiada jiran dalam tangki sama yang mesti kena ada tempat berlindung kerana itulah fitrahnya: duduk dalam keadaan bersembunyi (Scigliano, 2019). Seekor sotong kurita boleh menced.erakan diri sendiri jika tidak dapat memenuhi fitrah ini.

Sebab itu kos penjagaan seekor sotong kurita sudah begitu tinggi. Kerana haiwan ini amat “demanding” perangainya. Tengok makanan saja pun sudah boleh pengsan. Sotong kurita berperangai kelas atasan, makan ketam atau udang sahaja.

Dan semua pelaburan ini adalah untuk sotong kurita yang hanya mampu hidup dalam masa dua tahun sahaja. Sesetengah sotong kurita pejam celik pun boleh meninggal dunia. Jangka hayat sudah satu hal. Belum lagi pasal sensitiviti pada keadaan sekeliling yang memendekkan usianya.

Andainya bajet terhad, baik bela kucing saja. Tambah pula kucing tempatan yang tidak banyak songeh. Bagi ikan pun makan dengan penuh kesyukuran. Asalkan bukan ikan bilis sudah. Memang habis bersepah disembur satu rumah.

RUJUKAN:

Fry, B., et al. (2009). Tentacles of Venom: Toxic Protein Convergence in The Kingdom. Journal of Molecular Evolution. 68 (4): 311-321.

Ross, P. (2014, Februari 18). 8-Foot Octopus Wrestles Diver Off California Coast, Rare Encounter Caught on Camera. IB Times.

Scigliano, E. (2019, Oktober 15). Is it wrong to keep octopuses in captivity? National Geographic.

Silver, N. (2020, September 10). What To Do If You’re (ditapiskan) by a (ditapiskan) Blue-Ringed Octopus. Healthline.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.